Ahad, 2007 September 09

Pay-Per-Click


Apa itu pay-per-click?

Pay-per-click merupakan satu model pengiklanan di mana pengiklan hanya akan membayar apabila seseorang mengklik pada iklan mereka dan dibawa ke laman web pengiklan tersebut. Pengiklan akan membida atas kata kunci atau keywords yang mereka percaya akan ditulis oleh pasaran sasaran mereka dalam search engine atau enjin carian. Apabila pengguna menaip sesuatu keyword yang sepadan dengan keyword yang terdapat dalam senarai keyword pengiklan, atau melayari laman web yang mengandungi kandungan yang relevan dengan keyword tersebut, iklan yang berkaitan akan dipaparkan.

Contoh program pay-per-click yang paling popular sekarang adalah AdWords dan AdSense yang dijalankan oleh Google. AdWords merupakan perkhidmatan pay-per-click bagi pengiklan untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan masing – masing. AdSense pula merupakan perkhidmatan pay-per-click bagi pemilik laman web, blog dan sebagainya. Pemilik laman web yang mendaftar bagi program AdSense boleh meletakkan kod JavaScript di dalam laman web mereka yang membolehkan iklan AdWords dipaparkan di dalam laman web tersebut. Setiap klik yang dibuat atas iklan – iklan tersebut akan membolehkan pemilik laman web tersebut mendapat wang. Selain itu, Yahoo! dan MSN juga mempunyai program pay-per-click mereka sendiri.


0 ulasan: