Selasa, 2007 Oktober 30

Adakah laman web anda mempunyai keyword density yang optimum?


Keyword density merupakan sesuatu petunjuk berkenaan dengan jumlah sesebuah kata kunci yang dipilih dipaparkan di dalam sesebuah laman web. Tapi, jangan sesekali anda lupa bahawa kata-kata kunci tidak seharusnya digunakan secara berlebihan. Seeloknya perkataan-perkataan ini hanya digunakan secukupnya di bahagian-bahagian yang berpatutan dan penting sahaja.

Jika anda menggunakan sesebuah keyword itu secara berulang-ulang di dalam setiap ayat ataupun baris, maka kemungkinan besar laman anda akan ditolak dan dianggap sebagai spam.

Keyword density biasanya dipaparkan di dalam bentuk peratusan daripada jumlah perkataan yang terdapat di dalam laman tersebut.

Katakanlah satu page daripada laman web anda mengandungi 100 patah perkataan (tidak termasuk kod-kod HTML), dan anda menempatkan keyword anda sebanyak 5 kali di dalam kandungan tersebut. Keyword density laman ini boleh didapati dengan membahagi jumlah keyword anda dengan jumlah keseluruhan perkataan di dalam laman tersebut, di mana di dalam kes ini ianya ialah 5 dibahagikan dengan 100 = .05. Oleh kerana keyword density biasanya dipaparkan dalam bentuk peratus, darabkan hasil bahagi di atas dengan 100, 0.05 x 100 – 5%

Keyword density yang diterima bagi sesebuah laman untuk menarik perhatian enjin-enjin carian ialah di dalam lingkungan 3% hingga 5%, dan seeloknya tidak lebih dari itu.

Ingat, peraturan ini tertakluk pada setiap muka laman web anda. Ini termasuklah apabila anda menggunakan lebih daripada satu jenis keyword di dalam laman tersebut contohnya seperti satu set kata kunci yang berkaitan dengan sesuatu produk ataupun servis.

Langkah mudah untuk memeriksa keyword density laman anda:

  • Copy dan paste isi kandungan laman anda ke dalam Ms Word ataupun Word Perfect.
  • Pilih ‘Edit’ di bahagian menu dan klik pada ‘Select All’. Kemudian pilih menu ‘Tools’ dan klik pada ‘Word Count’. Catatkan jumlah perkataan yang tertera.
  • Kemudian pilih aplikasi ‘Find’ di dalam menu ‘Edit’. Pergi ke tab ‘Replace’ dan taipkan kata kunci yang anda ingin cari. ‘Replace’ perkataan tersebut dengan perkataan yang sama agar anda tidak tetukar teks yang dimaksudkan.
  • Apabila proses ‘Replace’ siap, sistem akan memaparkan jumlah perkataan yang ‘ditukarkan’. Ini akan memberi anda bilangan kata kunci yang anda gunakan di dalam laman tersebut.
  • Sekarang, dengan menggunakan jumlah perkataan seluruh isi kandungan dan jumlah kata kunci anda, anda boleh lah mengira keyword density bagi laman anda.


2 ulasan:

hafiza berkata...

penting juga keyword density ini.. kalo peratusannya tidak optimum, jauh terpinggirlah website kita dari engin-engin carian. so kepada usahawan-usahawan internet perlulah mengambil kira perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Ya, mungkin karena itu