Ahad, 2007 November 25

6 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Prestasi Adsense Anda


Berikut merupakan tips-tips yang mudah untuk membantu anda menjana keuntungan melalui Adsense:

  1. Cari tempat yang sesuai – Kebanyakan pelawat akan membaca kandungan di tengah-tengah laman. Oleh itu, tempat terbaik untuk meletakkan Adsense anda ialah di bahagian atas laman, iaitu di permulaan isi kandungan anda. Apa yang anda mahu ialah untuk menjadikan Adsense anda kelihatan seperti link tambahan yang menawarkan maklumat tambahan untuk pengguna.
  2. Guna blok segi empat yang besar – Dengan Google Adsense, anda mempunyai pilihan untuk memilih format yang berbeza-beza. Ramai pemilik laman web memilih format Leaderboard (728x90) ataupun Wide Skycraper (160x8600). Apa yang mereka tidak sedari ialah ini merupakan pilihan yang salah kerana ianya kelihatan betul-betul seperti iklan. Sebaliknya pemilik laman web yang bijak akan mendapati bahawa format Large Rectangle (336x280) akan mendapat jumlah klik yang lebih banyak.
  3. Buang garis tepi – Ramai pemilik laman web mendapati jumlah klik mereka akan meningkat apabila mereka menukar garis tepi di blok adsense mereka. Apa perubahan yang mereka lakukan? Mudah sahaja, buang garis tepi tersebut. Ini merupakan satu lagi cara untuk membuatkan Adsense anda kelihatan seperti isi kandungan laman anda yang berguna.
  4. Seragamkan format tulisan – Apabila anda memuatkan isi kandungan di dalam laman web anda, pastikan anda menggunakan jenis tulisan dan saiz yang sama dengan Adsense anda. Ini akan membantu iklan anda kelihatan seperti bahagian yang natural di laman anda.
  5. Seragamkan warna – Selain dari menukar jenis tulisan, anda juga patut menukar warna laman anda. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, jika kandungan anda ditulis dengan warna hitam, dan hyperlink anda merupakan warna biru, maka blok-blok Adsense anda juga patut mengguna warna yang sama. Ini juga dapat membantu Adsense anda kelihatan seperti sebahagian dari kandungan laman anda.
  6. Kurangkan gangguan yang boleh mengurangkan perhatian – Di dalam sesebuah laman web, adalah penting bagi anda untuk menghadkan pilihan untuk pengguna. Dengan meletakkan terlalu banyak link dan gambar, pengguna akan pergi ke bahagian yang tidak menguntungkan anda. Walaupun ianya penting bagi anda untuk menawarkan maklumat yang membantu, anda juga harus bijak dalam memanipulasikan penjana keuntungan anda. Oleh itu, jika sumber keuntungan anda datang dari Google Adsense, sebaiknya anda buang link-link dan imej-imej lain yang tidak berguna.

Dengan mengambil masa untuk mengamalkan 6 langkah mudah ini, anda akan dapati peningkatan jumlah klik pada iklan anda. Cubalah!


0 ulasan: