Walaupun Google Sandbox merupakan satu faktor yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana pemilik laman web, masih ada langkah-langkah dan tips yang boleh anda amalkan bagi memastikan ianya tidak akan ‘membinasakan’ laman web anda sekaligus menutup peluang anda untuk menjana pendapatan.
Sebelum kami berkongsi tips dengan lebih lanjut, biar kami ingatkan anda terlebih dahulu berkenaan dengan peraturan am yang perlu anda fahami iaitu: tiada siapa boleh mengelak daripada sandbox ini. Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan ialah menyesuaikan diri dan tunggu bagi tempoh ini berlalu. Jangan sekali-kali cuba untuk menggunakan helah-helah yang tidak beretika kerana ianya hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar untuk diri anda sendiri.
Teradap beberapa inisiatif yang boleh anda amalkan seperti:

- Kumpul isi kandungan dan link-link yang bagus secara aktif – sementara menunggu masa berlalu, seeloknya cuba kumpulkan isi kandungan yang original dan link-link yang berkualiti yang boleh membantu anda. Jangan lupa, pastikan link-link anda berasal daripada sumber-sumber yang dipercayai contohnya DMOZ. Lebih baik lagi jika anda mendapat link daripada laman-laman .edu, .gov dan .mil kerana laman-laman ini biasanya terkecuali daripada tempoh percubaan sandbox. Namun begitu, janganlah pula anda menempatkan 500 link dalam sebulan kerana ini boleh memusnahkan laman anda! Sebaliknya, bina link-link ini perlahan-lahan tetapi konsisten.
- Rancang kehadapan – ramai yang percaya, untuk melancarkan sesebuah laman web mereka perlu menyiapkan kesemua laman web terlebih dahulu. Sebaliknya, lancarkan beberapa laman terlebih dahulu bagi memulakan tempoh sandbox mula lebih awal. Siapa tahu, apabila keseluruhan laman web anda dilancarkan, tempoh sandbox untuk laman tersebut boleh jadi hampir berakhir.
- Beli nama domain lama ataupun yang sidah tamat tempoh – kesan sandbox lebih serius ke atas domain dan laman baru. Jadi, jika anda beli domain yang lama dan sudah tamat tempoh pendaftarannya dan gunakannya ke atas laman anda, ia dapat mengurangkan masalah anda.
- Tumpukan perhatian ke atas keyword yang kurang popular – walaupun laman anda berada di dalam sandbox, ianya tidaklah bermakna Google tidak mengindeks laman anda langsung. Sebaliknya, anda boleh mengatasi keputusan carian dari mula lagi! Bagaimana? Dengan memanfaatkan keyword yang kurang popular dan kurang saingannya.
- Bergantung lebih pada enjin carian lain untuk meningkatkan trafik – Jangan lupa, Google bukanlah satu-satunya enjin carian yang ada di luar sana. Oleh itu, sementara berada di dalam Google sandbox, manfaatkan enjin carian lain yang kebanyakannya tidak secerewet Google.

0 ulasan:
Catat Ulasan