Jumaat, 2007 November 09

Laman Web Social Networking yang Berbeza (dan menguntungkan)!


Hai kawan-kawan! Jangan risau, saya tidak akan membebel panjang. Saya cuma mahu berkongsi maklumat menarik yang baru saya temui ketika melayari internet. Namanya Yuwie, di mana ianya merupakan sebuah laman social networking (agak serupa dengan seperti Friendster, MySpace, FaceBook dan lain-lain). Anda semua pasti terfikir, “Buat apa nak penat-penat mendaftar di laman ini pula?” Saya juga terfikir benda yang sama kerana untuk mengupdate profile dan sebagainya mengambil masa. Apa yang menarik mengenai Yuwie ialah, ia akan membayar anda jika orang lain melayari ataupun meninjau profile, blog ataupun gambar-gambar anda.

Namun begitu, janganlah pula anda menyangka untuk menjadi kaya dalam masa sehari dua sahaja. Tapi, apabila bayaran tiba di tangan anda, bukankah seronok? Malah, anda juga akan dibayar apabila anda memperkenalkan ahli baru ke laman ini. Sebaiknya, anda mendaftarlah sebuah akaun PayPal kerana cek dari luar negara akan mengambil masa yang sangat lama untuk diproses di bank Malaysia.

Seperkara lagi, memandangkan laman ini merupakan laman baru, paparan dan kemudahan yang disediakan agak sedikit dan tidak ada banyak pilihan. Tapi, saya pasti laman ini akan berkembang dan ianya akan menjadi lebih baik. Oleh itu, elok anda sertai sekarang sementara tidak berapa ramai orang tahu mengenainya dan kuranglah sedikit pesaing anda!

Jumpa anda di sana!

Oh, ini link ke Yuwie:

http://shlnk.com/28


0 ulasan: