Ahad, 2007 November 04

Mendaftarkan Laman Web Anda di Enjin-enjin Carian


Jika anda mempunyai perniagaan berasaskan laman web ataupun mempunyai sumber penjanaan pendapatan melalui laman web, maka cara yang terbaik untuk mengiklankannya ialah dengan mendaftarkan laman tersebut di enjin-enjin carian. Hasilnya adalah lebih baik daripada mengiklankan melalui radio, surat khabar, iklan banner, email, newsletter dan sebagainya. Walaupun cara-cara ini juga berhasil, namun ianya tidak setanding dengan enjin carian.

Berjaga-jaga dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat untuk mendaftarkan laman anda di beratus-ratus enjin carian kerana kebanyakannya merupakan janji-janji palsu sahaja. Lebih baik jika anda melakukannya sendiri secara manual ataupun mengupah pakar untuk melakukannya bagi pihak anda dengan menghubungi enjin carian dan direktori-direktori tersebut.

Sebelum anda mendaftar, pastikan laman anda lengkap dengan rekaan dan maklumat yang profesional dan mempunyai kandungan yang relevan. Jangan daftarkan laman-laman yangv hanya separa siap. Ketika mendaftar pula, pastikan anda memberi maklumat yang menarik dan betul tentang laman anda, keyword dan maklumat-maklumat yang ingin anda sebarkan kepada pengguna termasuklah nama dan maklumat untuk menghubungi perniagaan anda.

Pendaftaran ke enjin-enjin carian tidak akan menjamin laman anda akan di senaraikan serta-merta dan ranking anda akan menjadi tinggi dalam masa yang singkat. Jangan lupa, setiap hari beribu-ribu laman web baru didaftarkan dan ianya akan mengambil masa bagi laman anda untuk disemak. Satu lagi factor penting yang harus anda ingat ialah untuk menyertakan sekali site map bagi laman anda bagi memudahkan lagi proses enjin carian untuk menyemak laman anda. Enjin carian seperti Google biasanya tidak gemarkan laman web yang tidak mengandungi site map.

Terdapat pelbagai-bagai syarikat yang menawarkan servis pendaftaran ke enjin carian. Terpulanglah pada anda untuk memilih pakej-pakej yang ditawarkan ataupun melakukannya sendiri.

Jika anda mahukan bantuan pakar, cuba layari laman-laman seperti:

http://www.addpro.com/professional_submission

http://www.submitawebsite.com/aboutus.html

Berikut merupakan senarai enjin carian yang popular serta direktori yang menerima pendaftaran laman web:

Enjin Carian
Go.com/InfoSeek AltaVista
Google, HotBot
Excite/Webcrawler

Direktori
AOL Search Inktomi
Lycos Open Directory
MSN, Yahoo!
LookSmart Snap

Selain daripada apa yang kami senaraikan di atas, terdapat beribu-ribu enjin carian dan direktori di luar sana. Cuba layari laman-laman di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

http://websearch.about.com/library/searchengine/blsearchenginesatoz.htm

http://websearch.about.com/library/tableofcontents/blsearchenginetableofcontents.htm


0 ulasan: