Ramai pemilik laman web tidak sedar sistem penempatan iklan yang diamalkan oleh Google. Kebiasaannya, Google akan menempatkan iklan yang menawarkan bayaran yang lebih tinggi di bahagian atas laman web anda ataupun di senarai paling tinggi jika anda menggunakan format iklan yang mengandungi lebih dari satu blok. Manakala, jika anda gunakan format table ataupun jadual untuk memastikan kekemasan laman web, sistem berkenaan akan menempatkan iklan yang paling mahal di bahagian atas sebelah kiri penjuru jadual tersebut.
Oleh itu, pastinya anda ingin menempatkan iklan yang menawarkan harga klik paling tinggi di tempat yang berpotensi untuk mendapat jumlah klik yang lebih. Apa yang saya gemar lakukan apabila menggunakan laman web yang berasaskan maklumat ialah dengan menempatkan iklan-iklan google diantara perenggan-perenggan. Ini akan memastikan pengguna untuk melihat iklan-iklan tersebut. Dan sudah pastilah saya ingin tempatkan iklan-iklan yang mahal disitu. Saya juga akan mengelakkan dari menempatkan iklan-iklan saya di bahagian atas laman kerana ianya akan mengurangkan harga bagi iklan yang saya tempatkan diantara perenggan.
Jika anda mempunya banyak perenggan, cara yang terbaik ialah dengan menempatkan semua iklan-iklan anda di antara perenggan-perenggan tersebut. Jika isi kandungan anda hanya sepanjang satu perenggan sahaja, saya cadangkan agar anda tempatkan iklan tersebut di bahagian atas perenggan tersebut betul-betul di bawah tajuk artikel anda, dan satu lagi iklan di bahagian bawah artikel.
Jika anda tidak berapa gemar dengan idea memecahkan teks anda dengan iklan-iklan google, ambil sedikit masa untuk pergi ke laman dimana anda mahu menempatkan iklan-iklan tersebut. Ambil perhatian akan tempat yang pertama sekali anda lihat, kemudian minta kawan anda untuk melakukan perkara yang sama. Kemungkinan besar anda dan kawan anda akan melihat lokasi yang sama. Disinilah tempat yang sebaiknya bagi anda untuk menempatkan iklan tersebut.
Google telah melancarkan Adsense Heatmap dimana ianya memaparkan lokasi-lokasi yang paling banyak dan paling kurang menerima klik di dalam sesebuah laman web. Heatmap ini boleh dilihat di sini:
https://www.google.com/adsense/images/placement.gif - kawasan yang mempunyai warna yang lebih gelap berpotensi untuk menerima klik yang lebih banyak.

0 ulasan:
Catat Ulasan