Memaparkan catatan dengan label Bicara Kewangan . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Kewangan . Papar semua catatan

Khamis, 2007 September 06

Perancangan Kewangan Adalah Asas Penting Kepada Pengurusan Kewangan


Seorang tukang rumah menggunakan sesebuah set pelan rumah semasa membuat kerjanya. Jika tidak kemungkinan besar, tandas pun akan dilupakannya.

Seorang saintis roket tidak akan sesekali memulakan kerjanya membina sebuah roket canggih tanpa rangka kerja yang terperinci. Tapi kebanyakan dari kita semua ini langsung tidak tahu apa-apa mengenai perancangan kewangan yang betul dan cuma mengandaikan sahaja.

Satu perbuatan yang sungguh tidak bijak kan?

Satu pelan kewangan adalah satu bentuk perancangan kewangan yang boleh membantu kita mencapai tahap matlamat kewangan kita.

Tanpa sebarang bentuk perancangan, kita akan mudah tersasar dari apa yamg di idamkan dan tidak mengetahui arah tuju kewangan kita.

Jika anda mempunyai pasangan (isteri/suami), adalah bagus jika anda dapat membuat perancangan kewangan ini bersama. Duduk dan berbincang dengan mereka samada ianya untuk jangka masa lama ataupun singkat.

Setelah itu rancanglah supaya kewangan anda dapat mencapai matlamat anda berdua. Setiap perjalanan bermula dengan setapak langkah, dan langkah pertama untuk mencapai matlamat anda ialah untuk membuat satu perancangan kewangan yang membolehkan anda berdua dapat menjayakannya.

Sesuatu perancangan kewangan bukanlah sebab untuk anda mengikat perut. Ianya tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang. Asingkan keperluan perbelanjaan anda bagi tujuan pakaian, makanan, tempat tinggal, insuran, dan keperluan peribadi, juga bagi tujuan hiburan dan barangan mewah. Menyimpan wang seharusnya dilakukan dahulu sebelum perbelanjaannya.

Sekalipun penyimpanan anda adalah dalam jumlah yang sedikit, ianya membantu anda dalam mencapai apa yang anda inginkan dalam jangka masa panjang dan pendek. Anda akan dapati banyak jenis bentuk merancang perbelanjaan di internet. Hanya dengan menggunakan sistem carian, banyak perancangan kewangan percuma dapat diperolehi.

Ianya memang terlalu banyak, cari pilih satu yang anda rasa boleh dimanfaatkan dan cetakkan, sekarang anda haruslah berusaha bersama pasangan anda. Kedua anda haruslah merasa gembira dengan perancangan tersebut dan jadikan ia sebagai satu kaedah yang dapat anda berdua bekerja bersama.


Berbelanja Bijak atau Menabung?


Pernahkah anda perasan setiap kali anda berbelanja di kedai runcit atau barang perkakasan rumah, kos anda juga naik setiap sen diantara tempoh berbelanja itu? Tidak dalam jumlah yang banyak, tapi ianya semakin bertambah setiap kali, setiap minggu.

Apa yang membuatkan harga barangan itu menjadi naik adalah lonjakan harga dalam pasaran negara. Perhatikan harga bahan api (petrol / diesel) adalah sangat berkait dengan lonjakan harga ini.

Ada caranya bagi kita mengatasi pertambahan harga ini tanpa terlalu menjejaskan kewangan kita, adalah dengan cara membeli dengan kuantiti yang diperlukan dan mencari harga yang terbaik bagi barang yang selalu diperlukan. Gunakan barang yang selalu diguna setiap hari, simpan yang secukupnya untuk kegunaan seharian dan ia membantu mengekalkan keadaan di pasaran.

Sebagai contohnya, makanan binatang peliharaan adalah murah 10% jika dibeli dalam pek besar jika dibandingkan dengan satu tin, apalagi jika tiba masa jualan murah, anda dapat lagi banyak penjimatan.

Sediakan ruang didalam rumah anda dan buat senarai barang yang anda perlukan yang tidak akan rosak. Barang-barang berasaskan bijirin harus anda simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak dicemari serangga atau tikus.

Kemudian anda cari dan bandingkan harga kuantiti barangan dipasaran yang anda mahu beli seperti barangan keperluan mandian, makanan tin atau makanan kering.

Anda akan dapati yang anda boleh menjimat lagi banyak jika anda membeli beras 20kg daripada 5kg, dan pastikan anda simpan dalam bekas yang tertutup rapat.

Anda juga boleh membeli stoking lelaki atau pakaian dalam kerana ianya tidak bertukar fesyen, tapi elakkan pakaian wanita dan kanak-kanak kerana saiz dan fesyen berubah sentiasa.

Cuba untuk memiliki bekalan barangan-barangan ini dalam tempoh 2 tahun dan anda akan dapat menjimatkan beratus-ratus ringgit.


Rebet: Ganjaran atau Penipuan?


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini rebet telah menjadi sangat terkenal dikalangan peniaga terutamanya barangan elektronik dan alatan komputer. Rebet-rebet yang berjumlah RM20, RM50, atau RM100 adalah sesuatu yang biasa.

Saya pernah melihat sesetengah barang dikatakan sebagai percuma selepas rebet. Adakah anda boleh mempercayai semua ini? Nampak seperti terlalu benar untuk dipercayai bukan? Ada diantara rebet ini benar, ada juga yang penipuan belaka, tetapi jika anda pandai, rebet ini dapat menolong anda mendapat harga yang terbaik.

Cara rebet ini berfungsi adalah dengan cara anda membayar harga penuh sesuatu barang yang anda beli, kemudian anda poskan borang yang dikhaskan beserta kod bar barangan tersebut kepada pihak pengeluar tersebut, dan mereka akan menghantar anda bayaran balik sekaligus ini akan mengurangkan kos harga asal barangan kecuali dengan kelewatan beberapa minggu.

Peraturan #1 : Rebet dari syarikat bereputasi biasanya benar.

Anda boleh mempercayai yang anda akan memperolehi rebet dari syarikat besar seperti Best Buy, Amazon atau Dell, tapi jangan berharap dengan tawaran rebet dari syarikat yang anda sendiri tidak pernah dengarnya. Jika anda benar-benar mahukan barangan tersebut, beli ia dengan harga tertera tapi jangan mengharapkan pulangan bayaran.

Peraturan #2 : Pastikan tarikh luput rebet.

Kebanyakan barangan masih lagi diiklankan walaupun tarikh akhir menhantar borang rebet telah luput, jadi pastikan tarikhnya sebelum membuat pesanan.

Peraturan #3 : Pastikan anda mempunyai semua borang diperlukan untuk rebet sebelum meninggalkan kedai.

Rebet memerlukan anda megisi borang, bukti pembelian dan kod bar jangan dihilangkan.

Peraturan #4 : Selalu ada salinan borang yang siap diisi sebagai bukti.

Buat salinan semua borang yang anda isi termasuk resit dan kod bar. Kadangkala barang hilang dalam proses penghantaran. Jika ini terjadi adalah berbaloi sekiranya rebet anda bernilai RM50 untuk mengulang semula tuntutan rebet anda.


Rabu, 2007 September 05

Mengelakkan Desakan Berbelanja Boros.


Jawab soalan dibawah dengan jujur :

1) Pernahkah pasangan anda merungut yang anda terlalu berbelanja besar atau boros?

2) Adakah anda pernah terkejut bila mana bil kad kredit anda tiba ke rumah dan anda dapati jumlahnya lebih dari yang anda jangkakan?

3) Adakah anda mempunyai himpunan pakaian dan kasut yang melebihi dari apa yang anda mampu pakai?

4) Setiap kali ada keluaran telefon bimbit terbaru, atau perkakas tercanggih adakah anda orang pertama yang akan memilikinya?

5) Adakah anda membeli barang yang dipamerkan dikedai setelah melihatnya walaupun tidak merancang untuk membelinya?
Jika anda menjawab “YA” kepada sekurang – kurangnya dua daripada lima pertanyaan diatas, maka anda dalam golongan orang yang kuat berbelanja dan suka memanjakan diri dengan keadaan itu.

Ini adalah sesuatu yang sangat tidak baik. Perkara ini hanya akan menyebabkan anda tidak dapat menyimpan untuk membeli rumah baru, membeli kereta, melancong ke luar negara dan juga perbelanjaan persaraan kelak. Anda seharusnya menetapkan satu matlamat dan menolak keinginan untuk membelanjakan wang anda bagi benda yang tidak diperlukan dalam jangka masa panjang.

Pembelanja yang boros bukan hanya menghabiskan wang yang banyak tetapi juga perhubungan seseorang. Jadi untuk mengelak dan mengatasi itu dari berlaku, apa yang anda harus lakukan sekarang adalah mengetahui apa yang penting dari apa yang anda inginkan.

Iklan-iklan jualan murah atau produk baru dipasaran menghantui dan membanjiri hidup kita setiap masa setiap hari. Satu dari cara kita mengatasinya adalah dengan tidak terlalu cepat mahu mengeluarkan wang dan membeli barang yang tidak diperlukan, anda harus menahan keinginan itu dengan bersabar.

Sebagai contoh, semasa anda keluar membeli belah sediakan satu senarai keperluan barangan yang anda perlukan dan hanya bawa bersama jumlah wang yang mencukupi untuk harga barang yang tersenarai itu. Tinggalkan kad kredit anda di rumah.

Dan jika anda terjumpa sesuatu barang yang anda betul-betul perlukan, biar diri anda berfikir selama 2minggu adakah anda betul-betul memerlukannya atau anda boleh meneruskan hidup tanpanya. Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini, anda mungkin dapat memulihkan dan mengawal perbelajaan anda dan mungkin juga perhubungan anda.


Selasa, 2007 September 04

Mengapa Saya Memerlukan Perancangan Kewangan?


Anda benar- benar tahu kemana dan di mana wang anda dibelanjakan atau disalurkan dan anda tidak memerlukan ianya (perbelanjaan) dicatatkan? Sekarang saya cabar anda rekodkan setiap sen dari setiap perbelanjaan yang anda keluarkan, termasuk satu sen.

Sekarang anda akan terkejut melihat setiap sen yang dikeluarkan dari poket anda itu bertambah jumlahnya. Cuba anda ambil satu nilai barang yang tidak anda perlukan pada bulan ini, darabkan nilai itu kepada 12 mewakili 12 bulan dalam setahun, jumlah tersebut kemudian anda darabkan kepada 5 untuk mengandaikan kepada 5 tahun yang akan datang.

Jumlah yang banyak itu adalah merupakan nilai wang yang mungkin anda dapat jimatkan dan memberikan anda faedah dalam masa 5 tahun. Oleh sebab itu, saudara sekalian, mengapa anda memerlukan perancangan kewangan.

Jika kita semua dapat mengawal setiap perbelanjaan kecil yang remeh dalam putaran hidup kita seharian, kita dapat menikmati hasil kewangan yang kita perolehi.

Sebenarnya dalam perbelanjaan seharian perkara remeh jangan dilupakan. Cuba anda lihat disini, setiap hari bekerja anda membelanjakan sejumlah RM5 sehari untuk makan tengahari, jika anda mengurangkan ia ( perbelanjaan ) kepada RM3 sehari, dalam masa 5 hari bekerja, anda dapat menjimatkan sebanyak RM10 seminggu, dalam sebulan RM40, dalam jangka setahun RM480 dan jika didarabkan kepada 5 tahun di tambah faedahnya anda dapat menjimatkan sebanyak RM2400.

Jika dilihat, memang sudah terbukti sebenarnya perkara remeh memang selalu dilupakan. Kita semua bekerja setiap hari, setiap hari memerlukan kita membelanjakan sedikit wang untuk makanan tengahari, jadi tidak salah jika anda menjimatkan sedikit perbelanjaan itu dengan apa yang anda tidak perlukan. Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda menjimatkan lagi perbelanjaan anda jika anda benar-benar cuba mahu melihat dengan lebih dalam.

Tetapkan satu jangka masa, samada ianya panjang atau pendek bergantung kepada keperluan peribadi anda. Tiada salahnya jika ia dalam masa terdekat atau dalam jangka waktu yang lama, semuanya bergantung kepada kepentingannya pada anda. Jika ia penting jadi ia adalah mustahak.

Katakan anda mahu membeli rumah sendiri, berkeinginan untuk menghantar anak-anak anda ke kolej atau universiti, membeli kereta mewah atau motor berkuasa tinggi, ataupun membawa keluarga anda melancong ke Paris atau kemana saja. Jadikan ianya satu matlamat untuk anda, satu sebab mengapa anda harus mengendalikan perancangan kewangan anda sekarang.