Memaparkan catatan dengan label Bicara Umum . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Umum . Papar semua catatan

Jumaat, 2007 November 09

Gmail Meningkatkan Kapasiti Inbox (lagi!)



Tidak berapa lama lalu, Google telah meningkatkan kapasiti inbox Gmail. Jika sebelum ini kapasitinya lebih kurang 2 gigabyte, kini sudah lebih daripada 4 gigabyte! Saya mengambil screenshot di atas lebih kurang seminggu lepas, cuma hari ini teringat nak buat post mengenai topik ni. Apa - apa pun, ini perkembangan yang bagus kerana saya mengenali ramai orang yang gemar meng-archive blog atau apa sahaja fail kedalam Gmail.


Ahad, 2007 Oktober 28

Pengumuman Pertama: PageRank SaraHidupOnline.com Meningkat!


Dalam seminggu dua yang lepas, saya menjangkakan bahawa Google akan mengemaskini PageRank (PR) yang diberikan kepada laman - laman web di internet. Ini kerana kali terakhir Google mengemaskini PR adalah hampir tiga bulan yang lepas. Jangkaan saya benar, dan terdapat pelbagai perbuahan yang telah berlaku. Ada yang mendapat PR yang makin tinggi, dan ada pula yang mendapati PR laman web mereka telah merudum.

Untuk pengetahuan semua, blog SaraHidupOnline.com dimulakan pada 29 baribulan Ogos 2007, yang juga merupakan hari ulangtahun Fadila (salah seorang pengasas blog ini). Seperti mana - mana blog atau laman web yang baru bermula, PR blog ini pada mulanya adalah 0. Pada hari ini, kami telah mendapati ianya telah meningkat kepada PR3. Boleh tahan juga untuk blog yang baru berumur beberapa bulan. Blog - blog lain kami yang baru dimulakan juga telah mendapat PR yang baik dan trafik yang memberangsangkan. Ini sekaligus meningkatkan pendapatan AdSense kami. Pada masa akan datang, kami berharap untuk meningkatkan PR blog ini kepada PR5. Begitu juga dengan blog - blog kami yang lain, kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi trafik.

Pengumuman daripada kami yang akan datang adalah lebih menarik, dan akan membincangkan beberapa perkara seperti bagaimana kami mampu mencapai PR yang baik dalam masa yang singkat, dan membuka peluang kepada anda semua untuk lebih berjaya dalam menjana pendapatan internet yang lumayan secara sepenuh masa mahupun sambilan. Jangan ketinggalan ya!


Isnin, 2007 Oktober 15

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Asalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pengunjung SaraHidupOnline.com. Semoga dirahmati dalam menyambut hari kemenangan ini dan bertambah erat ikatan silaturrahim antara keluarga dan rakan - rakan. Dan bagi yang pulang ke kampung tu, drive elok - elok dan pulang selamat, ok! Saya menyambut hari raya di Johor Bahru bersama keluarga dan rakan - rakan, seperti biasa. Tahun ni ada makan laksa Johor! Woohoo!

Oh, dan sebelum saya terlupa, kami akan membuat satu pengumuman yang penting dalam masa seminggu ini, dan saya pasti anda tidak mahu ketinggalannya. Jadi, jangan lupa kembali dan check di SaraHidupOnline.com ok.


Selasa, 2007 Oktober 09

Kisah Kami... (Bahagian 1)


Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari ini terdapat sedikit kesempatan untuk saya menulis tentang latar belakang krew SaraHidupOnline.com, untuk mengenali kami dengan lebih dekat dan bagaimana blog ini boleh dimulakan. Team AGF terdiri daripada tiga orang, dua daripadanya adalah Azlan (saya yang menulis ni) dan Fadhilah serta Hidayah. Walaupun SaraHidupOnline.com sendiri bermula pada tahun 2007, permulaan kami dalam dunia bisnes internet ini bermula sejak tahun 2003 lagi.

Gambar: Saya dan Fadhilah

Pada waktu itu, saya baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diploma saya di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (kini Unitar) Johor Bahru. Sebelum menamatkan pengajian lagi, saya telahpun mencari di serata internet tentang teknik - teknik menjana pendapatan melalui internet, kerana saya berminat dalam bidang perniagaan tetapi tiada pengalaman dan modal yang besar, apa lagi contact atau kabel. Saya pun tidak pandai nak melobi orang - orang tertentu untuk mendapatkan projek dan sebagainya, jadi saya usahalah mengikut apa yang serasi dengan prinsip diri saya.

Tamat sahaja pengajian, saya pun memulakan bisnes internet pertama saya, iaitu menjual pakaian secara online. Sambutannya amat menggalakkan, kami mendapat order yang banyak, terutama sekali daripada pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah. Kami sentiasa sibuk membungkus dan menghantar pakej ke pejabat pos setiap hari. Selama hampir setahun, bisnes tersebut berjalan lancar, sehinggalah satu hari terdapat satu perubahan yang melumpuhkan perniagaan kami. Oleh kerana paranoid akan "ancaman pengganas" pada waktu itu, kerajaan Amerika Syarikat mensyaratkan setiap individu yang ingin menghantar pakej ke sana perlu mendaftar dengan United States Food and Drug Administration (takut kita seludup senjata kimia kot) dan mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Ini tentunya menyusahkan kami kerana 90% pelanggan kami adalah dari Amerika Syarikat, dan proses mendapat kelulusan tersebut akan memakan masa yang sangat lama. Pada waktu itu juga, ibu saya tak jemu - jemu menyuruh saya melanjutkan pelajaran. Setelah berbulan - bulan mendengar keluhan ibu yang mahu saya meneruskan pengajian, selain perkembangan yang membantutkan bisnes internet kami pada ketika itu, saya pun memutuskan untuk menyambung pengajian secara sambilan. Semua urusan perniagaan internet kami pada waktu itu ditangguhkan untuk sementara.


Khamis, 2007 September 13

Selamat Berpuasa!


Bulan Ramadhan telah kembali lagi, dan kami di SaraHidupOnline.com ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung. Semoga diberkati sentiasa dan dipermudahkan segala dugaan, InsyaAllah.

Team AGF.