Pada mulanya, kami menyangkakan bahawa pengguna MySpace terdiri daripada golongan remaja semata-mata. Kemudian, kami dapati bahawa tidak semuanya adalah remaja. Terdapat banyak kumpulan ataupun individu yang menggunakan MySpace untuk mempromosikan lagu, bisnes, laman web, produk, servis dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada golongan pemilik peniaga, webmaster, penyanyi, artis, dan ramai lagi.
MySpace menawarkan satu peluang yang cukup unik untuk anda membina laman web yang mudah, bina rangkaian kenalan, dan mendapat perhatian dalam masa yang pendek. Anda juga boleh mengiklan dengan memaparkan buletin kepada mereka yang berada di dalam rangkaian kenalan anda. Kami amat tertarik dengan peluang ini.
Jika digunakan dengan betul, MySpace boleh menjadi sebuah kemudahan yang amat berguna. Anda boleh mencipta profile dengan hanya menggunakan alamat email anda. Seeloknya, letakkan sekali gambar di dalam profile anda. Sesetengah pengguna menggunakan gambar yang agak menjolok mata ataupun gambar model untuk profile mereka untuk menarik perhatian ramai. Dengan meletakkan gambar di profile anda, ianya boleh membantu anda untuk menambah kenalan. Satu lagi cara untuk menambah kenalan adalah dengan mencipta paparan profile yang menarik. Tidak lah sesusah manapun. Anda hanya perlu mencari ataupun membina layout yang cantik, jana kod html, kemudian sertakan kod tersebut di bahagian “about me” di profile anda. Terdapat pelbagai laman web yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Setelah anda membina profile yang cantik dan menarik, tibalah masa untuk mengumpul ataupun menambah kenalan. Jika anda ingin menghadkan kenalan kepada kawasan tertentuu, guna sahaja kemudahan carian yang disediakan oleh MySpace dan masukkan kriteria yang anda mahukan. Kemudian, layari profile mereka dan klik pada “Add Friend”. Email akan dihantar ke individu tersebut dan mereka boleh memilih untuk menerima ataupun menolak anda sebagai kawan. Jika anda mempunyai profile dan gambar yang menarik, kemungkinan besar mereka tidak akan menolak.
Satu lagi cara untuk meningkatkan jumlah kenalan anda adalah dengan membenarkan profile anda dipaparkan di laman-laman yang berkait dengan MySpace. Friendstorm.com menawarkan untuk memaparkan profile ahli mereka di laman utama mereka. Ini dapat mengembangkan lagi rangkaian kenalan anda.
Setelah anda membina rangkaian kenalan, anda boleh mempromosikan laman web, produk, servis ataupun kebolehan anda. Setelah anda menjadi “kawan” seseorang pengguna, anda dibenarkan untuk meninggalkan komen di laman mereka. Kebanyakan mereka turut membenarkan anda untuk menyertakan link di dalam komen anda. Turut membantu, jika anda turut meninggalkan komen ataupun mesej yang berbentuk peribadi, agar ianya tidaklah kelihatan seperti terlalu komersial ataupun iklan semata-mata. Anda juga boleh menghantar mesej ataupun email kepada mereka. Walaubagaimanapun, saya rasa cara ini tidak berepa efektif untuk mempromosikan atau mengiklankan produk anda. Namun, ianya bagus untuk membina persahabatan yang unik.
Yang terakhir, dan satu cara yang agak berkesan adalah dengan memaparkan buletin. Post buletin dan iklan akan boleh dilihat oleh mereka yang berada di dalam rangkaian anda. Guna tajuk yang menarik bagi meningkatkan kemungkinan untuk buletin anda dibaca. Cuba tinjau cara-cara pengguna lain berinteraksi supaya anda boleh mencipta buletin yang lebih seronok untuk dibaca. Namun, jangan terlalu kerap memaparkan buletin ataupun menggunakan tajuk yang sama berulang-kali. Ini akan membuatkan sesetengah pengguna merasa meluat seterusnya memadam anda daripada kumpulan kenalan mereka.
MySpace, nampak gayanya akan kekal di internet untuk jangkamasa yang lama. Ini merupakan cara yang amat bijak untuk dimanfaatkan bagi anda untuk mempromosikan apa sahaja. Jangan sia-siakan kemudahan ini. Ramai selebriti, syarikat, model dan pelakon yang membina nama melalui MySpace.