Memaparkan catatan dengan label Search Engine Optimization . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Search Engine Optimization . Papar semua catatan

Jumaat, 2007 November 02

Kemudahan Untuk Mengkaji Keyword


Seseorang pemilik laman web harus memilih sesebuah keyword yang selalu digunakan di dalam carian dan berpermintaan tinggi, namun tidak terlalu ramai pemilik web lain yang menggunakan perkataan tersebut maka ianya menjadi sebuah keyword yang mempunyai pesaing yang ramai. Terdapat pelbagai kemudahan di luar sana yang boleh membantu pemilik-pemilik laman web ini untuk mengkaji dan mencari keyword-keyword ini.

Selain daripada Wordtracker, terdapat juga kemudahan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Overture, Google Adwords Keyword dan Guidebeam.

Overture boleh didapati di http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion merupakan alat yang percuma dan lebih mudah untuk digunakan berbanding dengan Wordtracker. Ianya berfungsi lebih kurang sama dengan Wordtracker namun ianya tidak memberitahu pengguna akan jumlah laman web yang mensasarkan sesebuah keyword itu. Contohnya, jika anda menaip ‘computer’, Overture akan memberitahu anda jumlah perkataan tersebut digunakan di dalam tempoh satu bulan sebelumnya di dalam carian. Katakanlah ianya digunakan sebanyak 459 550 kali di Overture.com manakala perkataan ‘pcomputer game’ digunakan sebanyak 302 210 kali. Tambahan pula, jika anda memberi sabuah perkataan, ia akan mencadangkan beberapa perkataan lain yang boleh digunakan bersama dengan perkataan tersebut di mana ianya berdasarkan carian-carian yang dibuat oleh pengguna sebelum itu. Jika perkataan yang anda taipkan merupakan perkataan yang jarang digunakan , maka anda tidak akan mendapat apa-apa keputusan. Bermakna terlalu sedikit ataupun tiada pengguna yang menggunakan perkataan tersebut di dalam carian mereka di dalam bulan sebelumnya.

Google Keyword Tool turut menghasilkan keyword-keyword yang berpotensi untuk kempen-kempen iklan anda dan memberi laporan statistik berkenaan perkataan tersebut. Lain-lain kemudahan yang ditawarkan oleh Google Keyword Tool ialah:

  1. Mengasingkan keputusan yang anda mahukan berdasarkan popularity, pencapaian yang lalu, sejarah keyword tersebut dengan sistem Adwords, kos dan ramalan posisis iklan.
  2. Kebolehan untuk memanipulasikan keyword dengan mudah dengan hanya memilih atau menambah kesemuanya sekaligus.
  3. Mencari keyword tersebut yang telah sedia dugunakan di lama-lama web pesaing.
  4. Lebih banyak keputusan berkenaan dengan perkataan yang dicari kerana sistem ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Ini boleh membantu anda untuk mendapat perkataan yang baru.

Guidebeam (http://www.guidebeam.com/) pula meruapakan satu sumber yang cukup menarik. Taipkan sahaja sesebuah perkataan dan ianya akan memaparkan carian yang besar yang berkaitan dengan perkataan tersebut. Nombor yang dipaparkan disamping setiapm perkataan merupakan anggaran Gudebeam mengenai kepentingan perkataan tersebut.

Alat-alat ini amat berguna buat mereka yang ingin mengkaji sifat pengguna dalam mebuat carian dan memanfaatkan laman web anda agar mudah dicari.


Selasa, 2007 Oktober 30

Adakah laman web anda mempunyai keyword density yang optimum?


Keyword density merupakan sesuatu petunjuk berkenaan dengan jumlah sesebuah kata kunci yang dipilih dipaparkan di dalam sesebuah laman web. Tapi, jangan sesekali anda lupa bahawa kata-kata kunci tidak seharusnya digunakan secara berlebihan. Seeloknya perkataan-perkataan ini hanya digunakan secukupnya di bahagian-bahagian yang berpatutan dan penting sahaja.

Jika anda menggunakan sesebuah keyword itu secara berulang-ulang di dalam setiap ayat ataupun baris, maka kemungkinan besar laman anda akan ditolak dan dianggap sebagai spam.

Keyword density biasanya dipaparkan di dalam bentuk peratusan daripada jumlah perkataan yang terdapat di dalam laman tersebut.

Katakanlah satu page daripada laman web anda mengandungi 100 patah perkataan (tidak termasuk kod-kod HTML), dan anda menempatkan keyword anda sebanyak 5 kali di dalam kandungan tersebut. Keyword density laman ini boleh didapati dengan membahagi jumlah keyword anda dengan jumlah keseluruhan perkataan di dalam laman tersebut, di mana di dalam kes ini ianya ialah 5 dibahagikan dengan 100 = .05. Oleh kerana keyword density biasanya dipaparkan dalam bentuk peratus, darabkan hasil bahagi di atas dengan 100, 0.05 x 100 – 5%

Keyword density yang diterima bagi sesebuah laman untuk menarik perhatian enjin-enjin carian ialah di dalam lingkungan 3% hingga 5%, dan seeloknya tidak lebih dari itu.

Ingat, peraturan ini tertakluk pada setiap muka laman web anda. Ini termasuklah apabila anda menggunakan lebih daripada satu jenis keyword di dalam laman tersebut contohnya seperti satu set kata kunci yang berkaitan dengan sesuatu produk ataupun servis.

Langkah mudah untuk memeriksa keyword density laman anda:

  • Copy dan paste isi kandungan laman anda ke dalam Ms Word ataupun Word Perfect.
  • Pilih ‘Edit’ di bahagian menu dan klik pada ‘Select All’. Kemudian pilih menu ‘Tools’ dan klik pada ‘Word Count’. Catatkan jumlah perkataan yang tertera.
  • Kemudian pilih aplikasi ‘Find’ di dalam menu ‘Edit’. Pergi ke tab ‘Replace’ dan taipkan kata kunci yang anda ingin cari. ‘Replace’ perkataan tersebut dengan perkataan yang sama agar anda tidak tetukar teks yang dimaksudkan.
  • Apabila proses ‘Replace’ siap, sistem akan memaparkan jumlah perkataan yang ‘ditukarkan’. Ini akan memberi anda bilangan kata kunci yang anda gunakan di dalam laman tersebut.
  • Sekarang, dengan menggunakan jumlah perkataan seluruh isi kandungan dan jumlah kata kunci anda, anda boleh lah mengira keyword density bagi laman anda.


Khamis, 2007 Oktober 04

Tools Gerguna Untuk Memantau Laman Web Anda


Anda tidak boleh hanya meletak kesemua keywords yang tepat, kandungan yang padat dan menjangkakan trafik dan ranking anda akan kekal tidak berubah. Internet merupakan sesuatu yang akan sentiasa berubah, anda harus sentiasa mengemaskinikan laman web anda seperti para pesaing anda, dan mengenali laman web mana yang paling tinggi trafik dan rankingnya. Ada banyak tools yang sangat berguna yang dapat membantu anda mengatahui apa yang sedang berlaku:

1. Tool yang membantu anda menguji laman web anda atau laman web yang lain bagi mencari sebarang kesilapan link.
http://home.snafu.de/tilman/xenulink.html

2. Dengan menggunakan tool ini anda akan dapat mengetahui berapa banyak link yang membawa URL anda. ( laman web lain yang ada link dengan laman web anda)
http://www.digitalpoint.com/tools/backlinks/

3. Adalah menjadi kepentingan bagi mengetahui lokasi fizikal dimana hosting server anda terletak. Kerana, sesetengah enjin carian seperti Google mempunyai keupayaan untuk menapis result carian bergantung kepada lokasi fizikalnya yang dipanggil geotargeting. Ini boleh menentukan mengapa laman web anda dipaparkan hanya di sesetengah negara. Link ini juga boleh digunakan untuk membuat kajian mengenai lokasi negara sesuatu laman web pesaing.
http://www.digitalpoint.com/tools/laman web-country/

4. Bagi mencari lokasi pengunjung atau pelanggan ke laman web anda.
http://www.digitalpoint.com/tools/geovisitors/

5. Untuk mengetahui Yahoo! web ranking webite anda ataupun pesaing anda.
http://www.digitalpoint.com/tools/webrank/

6. bagi mengetahui web ranking sesebuah laman web dengan menggunakan computer Mac atau Apple.
http://www.digitalpoint.com/tools/pagerank-mac/

7. Anda memerlukan akaun Google Adsense untuk menggunakan ini. Link ini membari anda carta dan report yang akan membolehkan anda menganalisa segala trafik, klik dan result dari pengiklanan Adsense anda.
http://www.digitalpoint.com/tools/adsense-charts/

8. jika anda mempunyai akaun Adsense, link ini membolehkan anda menganalisa alamat laman web anda atau pesaing anda untuk melihat iklan google mana akan dipamerkan jika pelanggan menekan keyword tertentu atau laman web tertentu.
http://www.digitalpoint.com/tools/adsense-sandbox/

9. Link ini akan membawa anda ke cooperative advertising network, dimana anda boleh mempamerkan dan berkongsi iklan anda dengan pemilik laman web lain.
http://www.digitalpoint.com/tools/ad-network/

10. Anda boleh memasukkan sistem carian yang menggunakan Google kedalam laman web anda. Ia hanya berfungsi sekiranya laman web anda tersenarai dalam indeks Google.
http://www.digitalpoint.com/tools/search/

11. Di sini terdapat beberapa laman web counter percuma yang dapat anda gunakan dalam laman web anda untuk mengesan trafik dan ranking anda.
http://www.digitalpoint.com/tools/counter/
http://www.amazingcounters.com/
http://www.cyber-counter.com/signup.php
http://www.statcounter.com/free_hit_counter.html
http://www.free-counters.net/


Meletakkan Keyword di Dalam Page Title


Adalah digalakkan supaya anda mengguanakan keyword dalam page title itu sendiri. Title tag ini adalah berlainan dengan meta tag, tapi berbaloi untuk digunakan. Apapun teks yang diletak dalam title tag akan dapat dilihat dalam title bar browser apabila mereka melihat laman web itu. Sesetngah browser akan memasukkan apa-apa yang anda letakkan dalam title tag dan meletakkan nama mereka sendiri, contohnya Microsoft Internet Explorer dan Mozilla Firefox.

Teks asal yang anda letakkan ke dalam title tag ini merupakan satu faktor penting bagaimana enjin carian menentukan untuk membuat ranking laman web anda. Tambahannya, kesemua web crawler penting akan menggunakan teks dari title tag anda sebagai teks yang digunakan mereka sebagai page title anda dalam listing anda.

Jika anda sudah mereka laman web anda untuk mempunyai banyak page dan bukan hanya satu home page, anda harus ingat bahawa setiap page dalam laman web anda mestilah dioptimumkan. Title bagi setiap page, seperti keyword yang digunakan dalam page itu dan frasa yang dimasukkan dalam kandungannya akan menarik perhatian pengunjung.

Kombinasi unik dari perkataan, frasa, dan kandungannya akan membolehkan pelanggan menjumpainya di enjin carian mengunakan beberapa jenis terma dan teknik carian. Jadi pastikan anda memasukkan beberapa kombinasi keyword dan frasa yang diperlukan kedalam produk, servis dan maklumat page anda.

Kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh orang yang baru dengan bisnes internet semasa membuat laman web pertama mereka ialah dengan meletakkan nama syarikat mereka pada setiap title dalam setiap page. Sebenarnya kebanyakan pengunjung anda tidak mempedulikan tentang nama syarikat anda sehinggalah mereka telah melihat laman web anda dan memutuskan ianya berbaloi untuk dibookmark.

Jadi sekiranya anda memikirkan untuk meletakkan bisnes anda di dalam page title di home page anda, adalah membazir ruang keyword yang berharga untuk meletakkan nama bisnes anda di setiap page dalam laman web anda. Lebih baik jika anda memikirkan keyword yang sesuai untuk diletakkan di page title anda supaya ianya mendapat ranking yang lebih baik di enjin carian.


Pentingnya Enjin Carian Untuk Perkembangan Bisnes Internet Anda


Sebenarnya, sistem enjin carian yang menjadikan laman web anda lebih diberi perhatian oleh pelanggan yang berpotensi. Apabila sesuatu topik ditaip untuk carian, enjin carian akan mencari dalam jutaan laman web yang telah di indeks yang padan dengan topik yang anda cari. Padanan carian itu juga akan di rank kan supaya topik yang berkaitan muncul dahulu.

Ingat bahawa pelanggan yang berpotensi hanya akan melihat 2 atau 3 list pertama dalam result enjin carian sahaja. Jadi adalah sangat penting di mana letaknya ranking laman web anda dalam enjin carian.

Selalunya, mereka menggunakan 6 ke 7 enjin carian yang popular dan enjin-enjin carian ini menarik lebih banyak pengunjung daripada yang lain. Jadi ini semua bergantung kepada enjin carian yang mana anda gunakan dan bagaiman ranking anda dalam enjin caraian itu.

Keyword memainkan peranan yang terpenting dari mana-mana pengiklanan online atau offline yang mahal.

Mengikut survey, apabila seseorang pelanggan mahu mencari sesebuah laman web untuk maklumat atau mahu membeli produk atau servis ditawarkan, mereka mencari laman web itu dengan salah satu cara ini:

• Pilihan pertama ialah mereka mencari laman web mereka melaui enjin carian.
• Keduanya mereka mendapat laman web ini dengan mengklik link yang terdapat dalam laman web atau topik yang menarik bagi mereka.
• Ataupun mereka menjumpai laman web ini yang disyorkan oleh kawan atau melalui pembacaan rencana lain.

Bagaimanapun, cara yang paling popular untuk mencari laman web, dengan menggunakan enjin carian, mewakili hampir 90% daripada pengguna online. Dalam kata lain, hanya 10% dari mereka yang akan menggunakan keadah selain daripada enjin carian.

Kesemua enjin carian mempunyai sistem ranking algoritma dan salah satu tugas utamanya adalah untuk menyemak lokasi dan frekuensi keyword dalam web page anda. Jangan lupa yang algoritma juga memberi weightage kepada link population (jumlah link yang berkaitan dalam laman web anda). Apabila dikendalikan oleh perunding search engine optimizatian yang berkelayakan dan berpengalaman, ianya sanagt berkesan untuk mendapatkan ranking yang tinggi. Melainkan anda mempunyai duit lebih anda boleh menggunakan khidmat pakar. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang cara enjin carian ini berfungsi, anda juga boleh melakukannya sendiri.


Selasa, 2007 Oktober 02

Web Crawler – Bagaimana Enjin Carian Berfungsi


Sebenarnya, sistem enjin carianlah yang menjadikan laman web anda lebih diberi perhatian oleh pelanggan yang berpotensi. Oleh itu, adalah lebih bagus jika anda dapat mengetahui bagaimana enjin carian ini berfungsi dan bagaimana ia memberikan maklumat kepada pelanggan yang menggunakan sistem carian.

Secara asasnya, ada dua jenis enjin carian. Yang pertama ialah menggunakan robot yang dipanggil crawler atau spider.

Enjin carian menggunakan spider untuk mengindeks laman web. Apabila anda menghantar laman web anda ke sesebuah enjin carian dengan mengisi dan melengkapkan submission page yang diperlukan, spider enjin carian akan mengindekskan keseluruhan laman web anda itu. ‘Spider’ adalah satu program automatik yang dijalankan oleh sistem enin carian. Spider akan melawat sesebuah laman web, membaca keseluruhan kandungan dalam laman web itu, dan pada bahagian meta tag, dan juga link yang berkaitan dalam laman web tersebut. Spider kemudiannya membawa kembali maklumat tersebut ke central depository dimana kesemua maklumat yang ia kumpul untuk data itu di indekskan. Ia juga akan melawat setiap link yang tedapat dalam laman web anda dan mengindekskan link itu juga. Sesetengah spider hanya mengindeks beberapa jumlah page dalam laman web anda.

Spider selalunya akan kembali semula ke laman web yang pernah dilawatinya untuk menyemak sekiranya ada maklumat yang sudah berubah. Kekerapan ini berulang ditentukan oleh moderator enjin carian.

Spider ini diumpamakan sebagai sebuah buku dimana ia mengandungi isi kandungan, kesemua laman web dan link yang diperolehi dalam cariannya, dan ia juga boleh mengindeks berjuta page dalam masa sehari.

Contohnya: Google, Excite, Lycos dan Altavista.

Apabila anda memcari sesuatu melalui enjin carian, ini bermakna anda mencari dalam indeks yang telah dibina dan bukannnya dalam Web. Enjin carian yang berlainan memberikan ranking yang berbeza kerana bukan kesemua enjin carian ini menggunakan algoritma yang sama dalam pencarian indeks.

Salah satu perkara yang algoritma enjin carian analisis ialah kekerapan dan lokasi keyword dalam laman web, ia juga boleh mengesan stuffing keyword tiruan dan spamdexing. Kemudian algoritma menganalisis cara sesebuah link berkait dengan sesebuah link dalam Web. Dengan menyemak kaitan link ini, sesebuah enjin dapat menentukan kandungan sesebuah laman web itu jika sekiranya tajuk link mempunyai persamaan dengan tajuk laman web asalnya.


Khamis, 2007 September 20

Tip-tip Untuk Meningkatkan Ranking dan Trafik Laman Web


Berikut merupakan teknik-teknik dan garis panduan yang boleh digunakan untuk meningkatkan ranking dan trafik laman web anda.

  • Bina laman yang mengandungi maklumat, produk dan servis yang berguna.
  • Tempatkan primary dan secondary keyword dalam lingkungan 25 patah perkataan pertama dalam isi kandung laman web anda dan bahagikan mereka sama-rata dalam seluruh artikel.
  • Buat kajian dan guna keyword yang bagus bagi menarik sasaran pengguna.
  • Tempatkan keyword anda di lapangan yang bersesuaian seperti pada tajuk, META tags, Header dan sebagainya.
  • Pastikan reka bentuk laman web anda tidak terlalu rumit bagi memudahkan pengguna untuk melayari dan menavigasi laman-laman tersebut sekaligus menjumpai produk yang mereka cari.
  • Daftarkan laman web anda ke enjin carian-enjin carian dan direktori yang besar dan popular. Pastikan pendaftaran ini dibuat secara manual.
  • Ambil perhatian tentang sistem dan proses perjalanan enjin carian dan pastikan laman web anda sentiasa selari dengan keperluan enjin carian tersebut agar PR anda sentiasa tinggi. Guna kemudahan yang disediakan secara online bagi membolehkan anda untuk sentiasa memerhati prestasi laman anda.
  • Perhatikan pesaing-pesaing anda diluar sana dan ambil pengajaran melalui apa yang mereka lakukan seperti contoh reka-bentuk laman, isi kandungan, kata kunci dan sebagainya.
  • Manfaatkan laporan dan log yang disediakan oleh syarikat web hosting anda bagi memastikan dari mana trafik anda datang. Cuba buat kajian tentang pengguna yang melayari laman anda berkenaan dengan lokasi mereka dan bagaimana mereka boleh sampai ke laman anda.
  • Buat pengguna rasa bahawa laman anda mudah untuk dilayari dan sentiasa berhubung dengan pelanggan anda melalui newsletter, laporan percuma dan berita terkini.
  • Buat demonstrasi atau perkenalkan produk anda dengan menulis artikel dan publikasikan artikel-artikel tersebut di laman-laman yang dipanggil article bank. Dengan cara ini anda akan kelihatan seperti seorang yang pakar dalam industri ataupun produk yang berkenaan dengan laman web anda.
  • Jika anda menjual produk secara online, gunakan proses bayaran dan penghantaran yang mudah dan cepat bagi memastikan transaksi yang lancar.
  • Malu bertanya, sesat jalan. Jika anda tidak pasti mengenai apa yang harus dilakukan, jangan teragak-agak untuk mendapat bantuan. Ataupun, upah seseorang yang boleh membantu. Jangan buang masa dan duit dengan menguruskan laman yang tidak berfungsi.
  • Jangan anggap laman anda seperti katalog semata-mata. Sentiasa buat perkembangan terkini dari masa ke semasa. Buat laman anda seperti kedai yang terdapat diluar sana, "hidup" dan boleh dipercayai.


Isnin, 2007 September 17

Search Engine Optimization - Mengapa Anda Harus Menggunakannya.


E-commerce satu perniagaan yang kompetatif. Anda harus bersedia dengan pengetahuan yang betul dan cara yang efektif untuk menjadikan laman web anda lebih menyerlah daripada laman web lain. Setiap hari lebih banyak laman web yang cuba mengoptimakan laman mereka dalam internet, dan jika anda tidak prihatin, anda mungkin akan ketinggalan dan tergolong dalam kebanyakan laman web e-commerce yang gagal.

Search Engine Optimization atau SEO sangat meluas sekali digunakan oleh banyak laman web e-commerce. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini dan mungkin untuk 10 tahun yang akan datang ini, enjin carian merupakan kaedah yang paling biasa digunakan untuk mencari laman web atau produk dan rencana yang dikehendaki oleh pengunjung.

Kebanyakan orang yang menggunakan enjin carian hanya mengambil perhatian terhada 10 laman web teratas dari muka pertama dalam results page mereka. Mencapai ke tahap top 10, atau lebih baik lagi, antara tiga laman web teratas dalam result page, menjadi kayu pengukur kejayaan sesebuah laman web menggunakan search engine optimization. Kebarangkalian laman web anda diklik meningkat apabila ranking anda tinggi. Dengan banyak trafik ke laman web anda, lebih baik untuk bisnes internet anda.

Tapi adalah penting anda sentiasa berada diantara kedudukan teratas atau jadikan ranking anda lebih baik. Seperti yang saya katakan sebelum ini, setiap hari adalah hari yang baru bagi setiap laman web e-commerce menjadikan ranking mereka lebih baik dengan teknik search engine optimization. Adalah sangat penting menjadikan laman web anda baik dan lebih baik setiap hari.

Jagi apakah yang dikatakan search engine optimization dan kenapa anda harus gunakannya? Jawapan kepada kenapa anda harus gunakannya adalah mudah. Anda perlukan search engine optimization untuk menjadikan laman web anda nombor satu, atau paling tidak pun, dalam ranking yang baik untuk terus menjana pendapatan di internet.

Dengan menggunakan search engine optimization anda dapat kelebihan menghasilkan lebih banyak trafik ke laman anda. Sebagai contohnya anda mendapat 5% hingga 10% kadar jualan daripada jumlah trafik anda. Jika anda mendapat 100 pengunjung sehari, anda sudah memperolehi mendapat jualan yang agak baik, tetapi jika anda mendapat hanya 10 hingga 20 pengunjung sehari, mungkin anda boleh mendapat satu atau dua jualan ataupun tiada langsung.

Search engine optimization memerlukan pelbagai kaedah yang harus dilaksanakan untuk menjayakannya. Ada banyak aspek yang harus ditukar dan ditambah pada laman web anda dalam proses melaksanakan search engine optimization. ini termasuk mendapatkan banyak informasi mengenai keyword yang popular berkaitan dengan fungsi dan topik laman web anda.

Anda mungkin juga perlu menaip semula sebahagian kandungan laman web anda supaya anda mendapat keyword yang bersesuaian tanpa menjadikan ia terlalu komersial tetapi mudah dan berinformasi. Ada beberapa peraturan dan panduan yang harus dipatuhi dalam menjadiakan kandungan laman web anda bersesuaian dan membantu dalam proses search engine optimization.

Anda juga harus bekerjasama dengan banyak laman web lain dalam mendapatkan pertukaran link dan laman anda. Lebih banyak trafik masuk dan keluar yang dihasilkan oleh laman web ke laman web lain adalah satu dari komponen yang digunakan enjin carian dalam menentukan ranking.

Carilah di internet untuk mendapatkan tips berguna. Tips, panduan dan kaedah untuk search engine optimization boleh diperolehi dari pelbagai sumber. Baca banyak rencana tentang mengoptimakan laman web anda dalam result enjin carian. Lagi banyak pengetahuan anda dapat lebih baik. Ini akan dapat membantu anda dalam mendapat ranking tertinggi. Ini mungkin memerlukan masa dan usaha yang lebih dari diri anda tapi hasilnya adalah sangat menakjubkan.

Jika anda sanggup mengeluarkan belanja, ada banyak laman web yang boleh membantu anda mengaplikasikan search engine optimization. Banyak juga laman yang boleh membantu anda mendapatkan keyword yang boleh digunakan laman web anda. Ada juga beberapa penulis yang berpengalaman yang dapat membantu membuat senarai keyword yang berkualiti untuk anda. Tetapi ingat, untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, anda juga harus mengeluarkan belanja yang diperlukan, dan perkhidmatan sebegini boleh menelan kos yang agak besar.

Bertindak sekarang dan lihatlah hasil yang didapati dengan search engine optimization. Semua ini akan dapat menghasilkan trafik yang lebih banyak, dan lebih bisnes untuk perniagaan internet anda.


Membina Laman Web yang “Mesra Enjin Carian”.


Tiada gunanya membuat laman web melainkan untuk dikunjungi orang. Satu sumber penting membawa banyak trafik ke kebanyakan laman web ialah enjin carian seperti Google, Yahoo!, MSN, Altavista dan sebagainya. Oleh itu, dengan merekabentuk laman web yang mesra enjin carian, akan memudahkan laman web anda mendapat ranking yang lebih tinggi di dalam enjin carian dan menambahkan bilangan pengunjung.

Enjin carian yang utama menggunakan program yang dipanggil crawler atau robot, untuk mengindekskan laman web supaya disenaraikan dalam hasil carian mereka. Mereka mengikut link ke laman web, membaca kandungannya dan merekodkan dalam database mereka, mengeluarkan senarai itu bila orang mencarinya.

Jika anda ingin membuat laman web anda senang diindeks, elakkan penggunaan frames. Frames hanya akan mengelirukan robot enjin carian dan mereka mungkin akan mengabaikan laman web anda disebabkan itu. Selain itu, frames juga menyukarkan pengguna membuat bookmark ke page tertentu dalam laman web anda tanpa menggunakan script yang rumit dan panjang.

Jangan masukkan informasi penting dalam format movie flash atau gambar. Robot enjin carian hanya dapat membaca teks dalam source code sahaja, jadi jika anda memasukkan sesuatu perkataan penting dalam movie flash dan gambar dan bukan dalam bentuk teks, kedudukan enjin carian anda akan terjejas. Selain itu, movie flash memakan masa yang lama untuk loading, dan bukan semua pengguna internet mempunyai sambungan internet yang pantas. Fikirkanlah, biasanya orang akan skip sahaja bahagian yang menggunakan flash, dan anda tidak dapat menyampaikan maklumat yang penting itu.

Gunakan meta tag sebaiknya dalam setiap laman dalam laman web anda, supaya robot enjin carian dapat mengetahui bahawa apa sebenarnya kandungan laman web itu, samada mahu mengindekskan atau tidak. Dengan menggunakan meta tag, anda membuatkan kerja robot enjin carian lebih senang dan mereka akan lebih kerap mengunjungi dan mengindeks laman web anda.

Berhenti menggunakan HTML yang salah seperti untuk mencantikkan laman web anda. Sebaliknya guna CSS (Cascading Style Sheet), kerana ia lebih berkesan dan teratur. Dengan menggunakan CSS anda dapat mengurangkan pelambakan tag HTML dan menjadikan laman web anda lebih "ringan" dan cepat dibuka.