Memaparkan catatan dengan label Sentuhan Inspirasi . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sentuhan Inspirasi . Papar semua catatan

Sabtu, 2008 April 05

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Produktif


Tidak kira jika anda seorang blogger, internet marketer ataupun kerani, produktiviti merupakan satu faktor penting dalam kehidupan seharian. Tanya diri anda, pernahkah anda merasakan seperti tidak kira bagaimana sekalipun anda seperti tidak dapat menyiapkan sesuatu perkara dengan teratur. Pendek kata, anda rasa seperti anda adalah seorang yang tidak poduktif. Mengecewakan, bukan? Sebaiknya, bertindak serta-merta agar pekerjaan yang anda lakukan tidak menjadi sia-sia, lebih-lebih lagi jika anda seorang blogger. Seorang blogger harus menjadi seorang yang produktif jika anda inginkan kejayaan buat jangka masa panjang. Produktiviti boleh menjadi suatu perkara yang amat susah dicapai walaupun anda berada dihadapan majikan apatah lagi jika anda bekerja di rumah dan tiada siapa yang akan mengawal jadual anda.

Apa yang anda perlu lakukan ialah kenal pasti masalah anda. Di sini saya kongsi bersama 5 sebab yang biasa menjadi punca kepada sikap tidak produktif:

Sebab 1: Anda Benci Apa yang Anda Lakukan

Jika anda tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap apa yang anda lakukan, maka sesuatu pekerjaan itu akan menjadi satu cabaran jika tidak beban yang berat. Anda akan memandang pekerjaan anda itu sebagai satu tugasan. Dengan itu, anda akan sentiasa dibayangi perasaan malas dan segala yang anda lakukan tidak akan menjadi hasil yang terbaik.

Sebab 2: Anda Silap Dalam Menentukan Apa yang Penting dan Apa yang Tidak

Dalam hal ini, anda mungkin boleh jadi sibuk bekerja sehari suntuk, namun hasilnya tidak seberapa. Kenapa? Ini kerana anda silap dalam menentukan perihal yang penting dengan perihal yang tidak. Dengan erti kata lain, anda menggunakan masa anda untuk melakukan kerja yang sia-sia di mana pada masa yang sama anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada benda lain yang lebih memerlukan perhatian anda. Ini berkaitan juga dengan pengurusan masa. Ianya penting jika anda mahu menjadi lebih produktif.

Sebab 3: Anda Mudah Hilang Tumpuan

Ini bergantung kepada keupayaan anda dalam menumpukan perhatian pada sesuatu perkara. Jika anda merupakan seseorang yang mudah hilang tumpuan, cuba jauhkan diri anda daripada elemen-elemen yang boleh mengganggu tumpuan anda. Contohnya, jangan cuba menulis blog anda dihadapan tv yang sedang terpasang. Ataupun matikan telefon bimbit anda agar sms yang datang tidak akan mengganggu. Ini memerlukan kekuatan dalam diri sendiri dan juga disiplin. Jika anda tidak boleh mengatasi masalah ini, bermakna anda akan berhadapan dengan masalah besar buat jangka masa panjang.

Sebab 4: Terlalu Banyak Masa ‘Rehat’

Bagi kebanyakan pekerja di pejabat, dari masa ke semasa mereka akan berhenti membuat kerja dan ambil sedikit masa untuk berehat, berbual, buat air kopi ataupun keluar sebentar untuk merokok dan sebagainya. Kerana ada majikan yang memerhati, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berehat terlalu lama. Namun, jika anda bekerja sendiri ataupun bekerja di rumah, tiada sesiapa yang akan memerhatikan atau memarahi anda jika anda berehat terlalu lama. Jangan salah faham, tidak salah bagi anda untuk berehat. Tetapi, perlu ada hadnya.

Sebab 5: Gaya Hidup Anda Tidak Sihat

Anda barangkali menjalani gaya hidup yang tidak sihat seperti keluar sehingga lewat malam dan tidak mendapat tidur yang cukup. Walaupun anda bekerja sendiri, tidur yang cukup dan kesihatan tetap penting. Memang benar anda boleh mula bekerja bila-bila anda suka dan jika anda rasa tidak sihat sekalipun, anda mungkin fikir ianya tidak mengapa kerana anda boleh tetap bekerja dengan laptop anda di atas katil. Tapi anda perlu ingat, kesihatan dan kesegaran tubuh badan berkait rapat dengan minda kita. Jika badan kita tidak sihat, otak kita tidak cergas. Dan sebagai seorang blogger, otak yang cergas merupakan satu aset yang amat berharga.


Jumaat, 2007 September 21

Berfikirlah Seperti Seorang Usahawan


Untuk berjaya dalam bisnes internet, dan sebenarnya apa jua bisnes di dunia ini, kita perlu berfikir seperti seorang usahawan. Sebenarnya, terlalu ramai orang yang mula menjalankan bisnes mereka seperti ianya satu hobi, ini dipanggil “mindset sambilan”. Sebenarnya tiada masalah untuk menjalankan bisnes internet anda secara sambilan dengan peruntukan masa yang terhad, tetapi itu tidak bermakna attitude kita perlu kurang daripada 100%, kita perlu bekerja seperti itulah kerja kita yang sebenar dan cara sara hidup kita.

Memang benar, hidup ini bukan untuk buat duit sahaja, saya amat bersetuju. Saya amat mementingkan kehidupan yang seimbang dari segi ekonomi, kerohanian dan sosial. Tetapi jangan kelirukan itu semua dengan sikap yang kita perlu miliki untuk membuatkan apa sahaja bisnes kita berjaya – tak kiralah kerja sambilan buat kuih di rumah, ataupun syarikat yang besar dan menggaji ramai pekerja. Mindset anda perlu serius dan jelas – ANDA MEMULAKAN BISNES UNTUK MEMBUAT DUIT dan tiada salahnya berfikiran sebegitu.

Sekarang fikirkan bagaimana mindset dan sikap anda terhadap menjalankan bisnes. Untuk mengetahui perkara tersebut, tidaklah susah sangat. Cuba tanya diri anda… Sanggupkah anda mengambil diri anda sebagai pekerja? Adakah anda seorang pekerja yang bagus? Bagaimana tahap fokus anda? Bagaimana tahap komitmen anda? Kadar kerja anda? Kemahiran organisasi anda? Pengurusan masa anda?

Dan soalan cepu emas… Berdasarkan tahap komitmen anda sekarang, adakah anda rasa anda layak mendapat kenaikan gaji? Ataupun gaji anda patut dipotong?

Bagaimana pula sikap dan mindset anda akan berubah jika segala – gala yang anda ada sekarang bergantung kepada kejayaan bisnes anda? Maksudnya rumah, pendidikan anak – anak, kereta, pinjaman anda yang berpuluh – puluh atau beratus ribu, kesihatan anda, gaya hidup anda dan orang tersayang, perasaan hormat rakan – rakan anda dan keluarga anda, SEGALANYA bergantung kepada kejayaan perniagaan anda. Bagaimana komitmen, fokus dan mutu kerja anda dalam keadaan sebegitu? Kenapa tidak mempunyai sikap dan mindset sebegitu sekarang? Berfikiran seperti seorang usahawan yang professional – bayangkan impak positifnya terhadap bisnes internet anda.


Isnin, 2007 September 10

“Anda Yang Lebih Baik”, Program 7 Hari Bagi Memperbaiki Diri.


Macam sudah tidak terkira berapa banyak saya membaca berita keruntuhan rumahtangga selebriti disana-sini. Bukannya saya hiraukan (secara jujurnya memang tidak), rasa macam aneh bila kita lihat di layar perak atau kaca TV, mereka ini seperti tiada cacat celanya, hidup dalam kemahsyuran dan kekayaan. Saya rasa kita semua harus sedar dan hidup dialam nyata.

Ada banyak cara untuk hilang keyakinan diri walaupun betapa sukar, ia boleh terjadi. Namun walau apapun yang terjadi, kita semua haruslah menjaga supaya tidak hilang harga diri sendiri.

Apa yang boleh dipelajari dari situasi itu? Disini ada beberapa yang boleh anda pelajari dan memperbaharui dalam masa seminggu.

1) Tahu Tujuan Anda.
Adakah anda masih lagi mencari-cari tujuan hidup tanpa sebarang petunjuk? Berharap yang mungkin satu hari anda akan bahagia, sihat dan kaya? Tetapkan tujuan anda dan satu hari anda akan bertemu petunjuk yang akan membawa anda ke jalan yang benar.

Ini mungkin susah pada permulaannya bila anda lihat diri anda dalam jalan buntu. Tapi akan sentiasa ada jalan keluar yang anda bole jadikan ia sebagai titik tolak yang boleh mengubah kehidupan anda.

2) Tahu Nilai Diri Anda
Apa yang anda pentingkan dalam hidup ini? Buat senarai 5 perkar penting dalam hidup, contohnya keselamatan, keluarga, kebebasan, pelajaran dan keagamaan. Semasa anda membuat azam anda untuk tahun 2007, lihat azam anda bandingkan dengan kepentingan anda. Jika azam anda tiada kena-mengena langsung dengan kepentingan anda, anda mungkin harus mempertimbangkannya semula atau membuat azam baru.

Nombor tidak seharusnya melemahkan anda, sebaliknya ia harus memotivasikan diri akan untuk membuat sesuatu lebih dari apa yang anda impikan.

3) Tahu Keperluan Anda.
Keperluan yang tidak diketahui membolehkan anda hidup secara realistik. Jaga diri anda. Adakah anda mempunyai kehendak untuk diterima, untuk jadi benar, mempunyai kuasa, untuk dicintai? Terlalu ramai orang yang hidup tanpa menyedari impian mereka dan kesudahannya mereka tertekan dalam hal itu. Senaraikan 4 kehendak anda dan lakukannya sebelum terlewat.

4) Tahu Apa Keinginan Sebenar Anda.
Anda yang mengenal diri anda dan apa yang anda benar-benar suka lalukan dalm hidup ini. Halangan seperti keraguan dan kurang minat hanya akan melambatkan anda, tetapi tidak menghalang anda dari peluang untuk menjadi apa yang anda impikan. Luahkan apa yang terpendam dan sanjungi orang yang memberi anda ilham untuk menjadi sesuatu yang anda impikan.

5) Hidup Di Dalam Dan Luar.
Tingkatkan tahap kesedaran ingatan anda dengan bermeditasi. Ambil nafas panjang-panjang, hilangkan kebisingan dan kekacauan dari minda anda. Jika orang yang hidup di bandar adalah sesuatu yang sukar untuk mencari ketenangan biarpun berada di rumah sendiri. Dalam kes saya, biasanya saya duduk dalam ruang yang kecil dan memainkan musik klasik. Memang ada bunyi, tapi irama lagu pun dapat menenangkan minda.

6) Puji Kelebihan Anda.
Apakah yang positif dalam diri anda? Apa bakat istimewa yang anda ada? Senaraikan 3 antaranya, jika anda buntu, minta bantuan orang yang rapat dengan anda bantuan. Adakah anda seorang yang berimaginasi tinggi, pandai berjenaka, atau pandai membuat kerja-kerja tangan? Cari jalan untuk meluahkan diri anda kepada orang lain. Anda boleh tingkatkan keyakinan diri anda dengan berkongsi apa yang anda tahu dengan orang lain.

7) Bantu Orang Lain.
Apabila anda hidup secara realistik, and akan membina satu gaya hidup yang konsisten. Apabila anda kenal diri anda, hidup dalam impian anda, memberikan orang lain bakat anda, anda akan dapat membantu orang lain dengan harapan, semangat. Ganjaran untuk berkongsi sesuatu dengan orang yang rapat dengan anda adalah sangat besar. Selalunya orang yang asing dapat melihat semua pengorbanan yang telah anda lakukan.

Memperbaiki diri sendiri adalah satu perkara yang berbaloi. Ianya tidak seharusnya berlaku dalam bangunan pejabat, mungkin juga dalam bilik kecil anda. Perbezaaannya terletak pada diri kita dan seberapa banyak kita mahu memperbaiki diri kepada yang lebih bagus.


Sabtu, 2007 September 08

Cabaran dalam Pemikiran Kreatif (Bahagian 1)


Berapa banyak kali anda menyedari yang diri anda menyatakan bahawa tiada penyelesaian lain kepada sesuatu masalah, dan masalah itu sendiri tiada jalan keluar? Berapa banyak kali pula anda merasakan diri bagai tunggul kerana anda merasakan yang masalah anda memang tidak dapat anda selesaikan langsung. Tiada petunjuk. Tiada pilihan. Tiada penyelesaian.

Adakah anda merasakan yang anda sudah memikirkan semua jalan alternatif tetapi masih lagi masalah itu menggunung, besar, tidak boleh diatasi, dan terlalu kebal? Apabila anda mengalami sesuatu masalah yang terlalu besar, anda mungkin merasakan yang anda sedang mengetuk gunung besi. Tekanan yang anda dapat dari situasi ini tentunya teramat banyak.

Tapi bergembiralah! Mungkin masih ada lagi harapan!

Dengan sedikit teknik penyelesaian masalah yang kreatif, anda boleh lihat masalah anda dengan keadaan yang berbeza. Dan mungkin itu adalah satu harapan untuk anda menyelesaikan masalah anda dalam keadaan buntu anda.

Pertama sekali, dalam cara pemikiran kreatif ini, anda mestilah berfikiran terbuka dan menerima yang bukan hanya ada satu penyelesaian kepada masalah anda itu. Dan anda harus juga menerima bahawa masih ada penyelesaian kepada masalah yang anda pikir tiada jalan.

Sekarang dengan pemikiran yang lebih optomistik ini, kita bolehlah mencuba menyelesaikan masalah kita dengan lebih kreatif.

Pertama; sebab utama kita tidak dapat menyelesaikan masalah kita ini adalah kerana kita tidak begitu melihat dengan jelasnya apakah masalah sebenarnya. Disini dengan memahami masalah itu dan mengetahui dengan jelas cara kerjanya adalah sangat perlu dalam menyelesaikan masalah. Jika anda tahu jalan kerjanya, apa masalahnya, maka anda mempunyai asas yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bukan untuk membuat kesimpulan mudah dari apa jua masalah yang anda hadapi itu. Cuba untuk mengenal pasti entiti yang berkaitan dan apa hubung kaitnya dengan permasalahan itu. Ambil perhatian terhadap perkara yang anda boleh kehilangan dalam masalah yang anda hadapi sekarang. Sekarang anda mempunyai penjelasan yang lebih ringkas mengenai permasalahan anda itu.

Kedua; cuba untuk mengenal pasti kesemua halangan dan andaian yang mungkin ada dalam permasalahan anda ini. Kadang kala andaian ini yang menghalang anda dari melihat penyelesaian yang mungkin. Anda perlu mengenal pasti andaian mana yang boleh diguna pakai dan andaian mana yang harus anda ketepikan.


Cabaran dalam Pemikiran Kreatif (Bahagian 2)


Ketiga; cuba menyelesaikan masalah itu dengan membahagikan ia kepada beberapa bahagian. Selesaiakan ia dengan melihat dari sudut am kepada sudut yang lebih terperinci. Ini dipanggil pendekatan “top-down”. Tuliskan apa persoalannya dan dapatkan jawapannya dalam stu perenggan jawapan kepada sesebuah persoalan itu. Jawapan itu haruslah dari sudut amnya yang memungkinkan anda untuk menyelesaikan masalah itu. Dari sini anda boleh mula menjawab persoalan anda dan menambahkan kerumitannya dengan berperingkat-peringkat.

Keempat; walaupun ia membantu bagi anda untuk mempunyai pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu masalah itu, anda juga haruslah menjadikan ia sesuatu yang kreatif, dan menilai suara-suara dibelakang kepala anda. Bila ada seseorang datang dan memberikan anda jalan penyelesaian yang mungkin bagi permasalahan anda, cuba untuk mempertimbangkannya. Jadi seorang yang creative. Dalam masa yang sama cuba untuk mencari jikalau ada sebarang permasalahan tersembunyi disebalik jalan penyelesaian itu.

Kelima; adalah berbaloi untuk mengingat bahawa berkemungkinan ada beberapa penyelesaian yang diperolehi dalam satu-satu masa. Cuba untuk mengingat setiap penyelesaian itu dan apa jua perkembangannya. Ingat, bahawa terdapat lebih dari satu penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Keenam; selalu ingat pepatah lama “ dua lebih baik dari seorang”, ini adalah sangat benar. Selalu bersedia untuk mendengar idea-idea baru. Anda hanya akan mendapat faedah apabila mendengar setiap jalan dari seseorang. Terutamanya orang itu telahpun melalui apa yang anda hadapi sebelum ini.

Anda tidak perlu menjadi hero filem kung fu, berseorangan menyelesaikan masalah. Jika anda dapat mengumpul lebih banyak pengetahuan/ idea tentang masalah itu, adalah lebih baik.

Ketujuh; bersabar. Selagi anda menjadi seorang yang bersabar, ada kemungkinan yang permasalahan itu mungkin dapat diselesaikan. Ingatlah bahawa tiada sesiapapun dapat membuat sesuatu rekaan dengan sempurna pada kali pertama mencuba.

Latihan pemikiran kreatif ini akan dapat mmenjadikan anda seseorang yang lebih arif/bijak dalam menyelesaikan masalah dimasa hadapan.

Ini adalah satu latihan.

Ambil stu kertas kosong, tulis apa saja perkataan yang terlintas dalam fikiran anda pada ruang tengah kertas itu. Sekarang lihat perkataan itu, kemudian tulis dua perkataan pertama yang terlintas dalam pikiran anda. Ini akan terus berterusan sehingga and dapat membina rangkaian perkataan berkaitan. Ini membantu anda membina keupayaan analogi dan memantapkan pemikiran kreatif anda.


Jumaat, 2007 September 07

Mustahil Itu Hanyalah Perkataan


Semua orang dalam hidup mereka mengimpikan untuk menjadi seseorang yang terkenal, seorang yang penting. Siapa yang tidak impikan untuk menjadi orang yang menang jutaan ringgit? Wanita mana yang tidak impikan untuk menjadi ratu cantik? Dan sudah berapa banyak kali sudah kita semua mengimpikan untuk mejadi kaya, berjaya dan terkenal, ataupun untuk bahagia dalam hubungan kita?

Selalu kita berangan besar dan mempunyai aspirasi yang tinggi. Malangnya impian kita hanya setakat impian sahaja. Dan cita-cita tinggi kita selalunya akan cuma jadi angan-angan kosong.

Ini adalah satu situasi yang menyedihkan dalam hidup kita. Dari kita mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam diri kita sendiri, kita bagaikan tertimbus dengan hal-hal remeh / lazim yang setiap hari berlaku dalam hidup kita.

Tapi and tahu sesuatu? Hidup ini boleh jadi lebih baik jika kita belajar untuk mensasarkan yang lebih tinggi. Tetapi masalah yang paling besar apabila kita ingin mencapai impian adalah perkataan “mustahil” atau “tak mungkin”, berkata pada diri sendiri “saya tak boleh buat itu dan ini, semua ini terlalu sukar”. Jika semua orang berfikir begitu, tiadalah rekaan baru, tiada inovasi dan tiada perkembangan dalam pencapaian manusia.

Akan tetapi, sesetengah orang ada juga yang mengimpikan sesuatu yang diluar jangkaan dan tidak berusaha untuk itu. Kesannya? Impian yang musnah dan cita-cita yang berkubur.

Jika anda menghadkan diri anda dengan keraguan pada diri, dan penilaian yang terhad, anda tidak akan dapat melepasi apa yang anda pikir anda boleh lakukan. Dan jika anda impikan sesuatu yang terlalu tinggi dan tidak berusaha kearah itu, anda akan dapati diri anda tergapai-gapai dengan impian yang mustahil.

Ini adalah satu jenis latihan. Ambil sekeping kertas dan senaraikan beberapa matlamat dalam hidup anda. Dibawah satu tajuk, senaraikan perkara yang anda “Boleh Lakukan”, dibawah satu tajuk lagi, senaraikan perkara yang anda “Mungkin Boleh Dilakukan”, dan dibawah satu lagi tajuk, senaraikan perkara yang anda “ Mustahil Dilakukan”.

Sekarang tengok tajuk ini “Boleh Dilakukan”, dan anda harus berusaha kearah mencapai semua impian didalam senarai itu. Semak ia selepas anda berjaya melakukannya, dan selepas anda berjaya untuk menyemak semua senarai dalam tajuk itu, anda kemudian bolehlah beralih kebawah tajuk “Mungkin Boleh Dilakukan”

Setelah kesemua perkara dibawah tajuk itu selesai anda lakukan, anda bolehlah menukar semua perkara yang dibawah tajuk “ Mustahil Dilakukan” kebawah tajuk “Mungkin Boleh Dilakukan”.

Semasa anda melalui semua proses yang anda anggap mustahil untuk melakukan, anda akan dapati bahawa ia adalah semakin senang untuk dicapai. Dan yang mustahil akan mula nampak tidak mustahil.

Anda lihat disini, tekniknya adalah untuk tidak menghadkan imaginasi anda. Ia adalah dengan meletakkan matlamat yang tinggi dan berusaha kearah itu dengan perlahan. Walau bagaimanapun, adalah tidak wajar jika meletakkan impian yang tidak realistik langsung.

Bagi orang yang hanya bermimpikan sesuatu impian tanpa berusaha keras langsung kearah itu akan berakhir dengan kekecewaan dan berkhayal.

Dalam senario yang berlainan, jika anda bercerita kepada seseorang 100 tahun lampau, yang manusia akan berjalan diatas bulan, mereka akan mentertawakan anda. Jika anda menyatakan bahawa anda boleh menghantar surat dari tempat anda ke negeri luar dalam beberapa saat, mereka akan menyatakan yang anda sudah hilang akal. Akan tetapi dengan keinginan yang mendalam dan keazaman yang tinggi, semua impian mustahil ini adalah realiti.

Thomas Edison pernah menyatakan yang genius adalah 1% inspirasi dan 99% usaha keras. Kenyataan tersebut amat benar. Bagi seseorang untuk mencapai impiannya, mereka haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Tapi mesti diingat, 1% itu adalah impian yang besar, dan sesuatu yang bukan senang untuk dilakukan.

Tanyalah kepada sesiapapun ahli sukan, mereka akan menyatakan bahawa kita tidak akan dapat mencapai apa-apa selagi berada dalam zon-selesa kita. Ada pepatah menyatakan “no pain, no gain”. Dan ia adalah sanagt benar.

Jadi sentiasa ingat akan impian anda, dan jangan terperangkap dengan apa yang anda nampak menjadi penghadangnya. Pikir besar dan berusaha keras untuk merealisasikan impian anda. Semasa anda memanjat tangga menuju kejayaan anda akan dapati yang mustahil itu akan mula menjadi sesuatu yang semakin tidak sukar dicapai.