Memaparkan catatan dengan label Tips AdSense . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips AdSense . Papar semua catatan

Ahad, 2007 Disember 02

10 Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pemilik Laman Web Berkenaan Adsense


Google Adsense sememangnya satu program pengiklanan internet yang amat popular serta merupakan sumber pendapatan ramai pemilik laman web. Walaubagaimanapun, ramai juga yang lupa bahawa Google Adsense mempunyai peraturan yang jika diabaikan dan dilanggar, boleh memakan diri sekaligus membuatkan nama dipadam dari program ini.

Di sini, saya akan senaraikan 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik laman web dengan Adsense mereka yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada sumber pendapatan mereka sendiri. Percayalah, jika saya boleh nampak akan kesilapan-kesilapan ini, apatah lagi Google!

  1. Jangan sekali-kali klik pada iklan adsense anda ataupun menyuruh rakan-rakan untuk klik untuk anda. Ini merupakan kesilapan yang paling kerap dilakukan. Pastikan keluarga anda turut tidak klik pada iklan-iklan ini demi untuk meningkatkan pendapatan anda. Ini akan membuatkan akaun anda digantung dan dihapuskan. Juga jangan cuba-cuba untuk menawarkan insentif pada pengguna untuk klik pada iklan tersebut ataupun menggunakan alat yang mengklik secara automatik. Adsense sememangnya pakar dalam mengesan klik-klik palsu. Jika anda mahu meninjau iklan pada laman anda, guna alat Google Preview yang disediakan.

  2. Jangan cuba tukar kod Adsense. Google sudah sedia menawarkan kemudahan untuk menukar warna, latar belakang, garis tepi dan sebagainya untuk anda manfaatkan, oleh itu, tidak perlu bagi anda untuk cuba menukar kod yang sedia ada. Jangan fikir Google tidak akan menyedari jika anda menukar kod mereka.

  3. Jangan tempatkan lebih dari 3 unit iklan dan 1 link iklan ataupun 2 kotak carian adsense di dalam mana-mana laman. Lagipun, iklan-iklan ini tidak akan muncul jika kuota ini dilangkaui.

  4. Jangan tempatkan iklan teks ataupun servis carian dari syarikat saingan yang serupa dengan Google Adsense di laman yang sama. Juga jangan sekali-kali guna servis carian dari syarikat saingan Google di dalam laman yang sama. Walaubagaimanapun, program affiliate dibenarkan.

  5. Jangan beri apa-apa maklumat berkenaan akaun anda seperti maklumat CTR, CPM dan potensi keuntungan yang boleh didapati melalui sesebuah unit iklan. Maklumat-maklumat seperti ini hanya ditawarkan oleh Google kepada pemilik-pemilik akaun. Walaubagaimanapun, jika anda mahu beritahu orang ramai tentang jumlah keuntungan yang anda perolehi, terpulanglah.

  6. Label iklan-iklan anda sebagai “sponsored links” ataupun “advertisements” sahaja. Label-label lain tidak dibenarkan.

  7. Jangan guna tetapan di mana laman baru akan keluar setiap kali iklan anda diklik. Iklan-iklan adsense sepatutnya dipaparkan pada laman yang sama. Anda mungkin menggunakan tag untuk memaparkan semua link-link di laman baru sebagai “default”. Betulkan tetapan ini kerana Google tidak membenarkan iklan-iklan mereka dipaparkan di laman baru.

  8. Satu akaun sudah memadai untuk lebih dari satu laman web. Anda tidak perlu mendaftar 3 akaun untuk 3 laman web yang berbeza. Tambahan pula, jika satu akaun anda dihapuskan, Google akan memastikan semua akaun anda turut terpadam sebaik sahaja mereka mengesan akaun-akaun tersebut.

  9. Tempatkan iklan hanya di laman-laman yang berunsurkan maklumat atau lebih dikenali sebagai “Content Pages”. Pemilik iklan hanya membayar untuk laman-laman seperti ini. Tambahan pula, dengan adanya isi kandungan ini ia membantu iklan-iklan yang relevan untuk dipaparkan.

  10. Jangan sekali-kali hantar iklan-iklan anda melalui email. Email berbentuk HTML sememangnya kelihatan cantik dan membenarkan iklan berasaskan javascript. Namun, cara ini dilarang keras oleh Google.


Ahad, 2007 November 25

6 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Prestasi Adsense Anda


Berikut merupakan tips-tips yang mudah untuk membantu anda menjana keuntungan melalui Adsense:

  1. Cari tempat yang sesuai – Kebanyakan pelawat akan membaca kandungan di tengah-tengah laman. Oleh itu, tempat terbaik untuk meletakkan Adsense anda ialah di bahagian atas laman, iaitu di permulaan isi kandungan anda. Apa yang anda mahu ialah untuk menjadikan Adsense anda kelihatan seperti link tambahan yang menawarkan maklumat tambahan untuk pengguna.
  2. Guna blok segi empat yang besar – Dengan Google Adsense, anda mempunyai pilihan untuk memilih format yang berbeza-beza. Ramai pemilik laman web memilih format Leaderboard (728x90) ataupun Wide Skycraper (160x8600). Apa yang mereka tidak sedari ialah ini merupakan pilihan yang salah kerana ianya kelihatan betul-betul seperti iklan. Sebaliknya pemilik laman web yang bijak akan mendapati bahawa format Large Rectangle (336x280) akan mendapat jumlah klik yang lebih banyak.
  3. Buang garis tepi – Ramai pemilik laman web mendapati jumlah klik mereka akan meningkat apabila mereka menukar garis tepi di blok adsense mereka. Apa perubahan yang mereka lakukan? Mudah sahaja, buang garis tepi tersebut. Ini merupakan satu lagi cara untuk membuatkan Adsense anda kelihatan seperti isi kandungan laman anda yang berguna.
  4. Seragamkan format tulisan – Apabila anda memuatkan isi kandungan di dalam laman web anda, pastikan anda menggunakan jenis tulisan dan saiz yang sama dengan Adsense anda. Ini akan membantu iklan anda kelihatan seperti bahagian yang natural di laman anda.
  5. Seragamkan warna – Selain dari menukar jenis tulisan, anda juga patut menukar warna laman anda. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, jika kandungan anda ditulis dengan warna hitam, dan hyperlink anda merupakan warna biru, maka blok-blok Adsense anda juga patut mengguna warna yang sama. Ini juga dapat membantu Adsense anda kelihatan seperti sebahagian dari kandungan laman anda.
  6. Kurangkan gangguan yang boleh mengurangkan perhatian – Di dalam sesebuah laman web, adalah penting bagi anda untuk menghadkan pilihan untuk pengguna. Dengan meletakkan terlalu banyak link dan gambar, pengguna akan pergi ke bahagian yang tidak menguntungkan anda. Walaupun ianya penting bagi anda untuk menawarkan maklumat yang membantu, anda juga harus bijak dalam memanipulasikan penjana keuntungan anda. Oleh itu, jika sumber keuntungan anda datang dari Google Adsense, sebaiknya anda buang link-link dan imej-imej lain yang tidak berguna.

Dengan mengambil masa untuk mengamalkan 6 langkah mudah ini, anda akan dapati peningkatan jumlah klik pada iklan anda. Cubalah!


Jumaat, 2007 November 23

Menempatkan Iklan Google Adsense Anda di Tempat Yang Sesuai


Ramai pemilik laman web tidak sedar sistem penempatan iklan yang diamalkan oleh Google. Kebiasaannya, Google akan menempatkan iklan yang menawarkan bayaran yang lebih tinggi di bahagian atas laman web anda ataupun di senarai paling tinggi jika anda menggunakan format iklan yang mengandungi lebih dari satu blok. Manakala, jika anda gunakan format table ataupun jadual untuk memastikan kekemasan laman web, sistem berkenaan akan menempatkan iklan yang paling mahal di bahagian atas sebelah kiri penjuru jadual tersebut.

Oleh itu, pastinya anda ingin menempatkan iklan yang menawarkan harga klik paling tinggi di tempat yang berpotensi untuk mendapat jumlah klik yang lebih. Apa yang saya gemar lakukan apabila menggunakan laman web yang berasaskan maklumat ialah dengan menempatkan iklan-iklan google diantara perenggan-perenggan. Ini akan memastikan pengguna untuk melihat iklan-iklan tersebut. Dan sudah pastilah saya ingin tempatkan iklan-iklan yang mahal disitu. Saya juga akan mengelakkan dari menempatkan iklan-iklan saya di bahagian atas laman kerana ianya akan mengurangkan harga bagi iklan yang saya tempatkan diantara perenggan.

Jika anda mempunya banyak perenggan, cara yang terbaik ialah dengan menempatkan semua iklan-iklan anda di antara perenggan-perenggan tersebut. Jika isi kandungan anda hanya sepanjang satu perenggan sahaja, saya cadangkan agar anda tempatkan iklan tersebut di bahagian atas perenggan tersebut betul-betul di bawah tajuk artikel anda, dan satu lagi iklan di bahagian bawah artikel.

Jika anda tidak berapa gemar dengan idea memecahkan teks anda dengan iklan-iklan google, ambil sedikit masa untuk pergi ke laman dimana anda mahu menempatkan iklan-iklan tersebut. Ambil perhatian akan tempat yang pertama sekali anda lihat, kemudian minta kawan anda untuk melakukan perkara yang sama. Kemungkinan besar anda dan kawan anda akan melihat lokasi yang sama. Disinilah tempat yang sebaiknya bagi anda untuk menempatkan iklan tersebut.

Google telah melancarkan Adsense Heatmap dimana ianya memaparkan lokasi-lokasi yang paling banyak dan paling kurang menerima klik di dalam sesebuah laman web. Heatmap ini boleh dilihat di sini:

https://www.google.com/adsense/images/placement.gif - kawasan yang mempunyai warna yang lebih gelap berpotensi untuk menerima klik yang lebih banyak.


Khamis, 2007 Oktober 25

10 Tip Adsense Bagi Memaksimumkan Click-Through-Rate Anda


1) Anda harus buat iklan adsense anda kelihatan seperti sebahagian daripada laman web anda. Orang selalunya mempunyai persepsi negatif terhadap iklan. Mereka anda cari di Internet bagi kandungan yang bukan iklan. Terutamanya banner, kerana ianya memperolehi kadar respons kurang daripada 0.5%. Bayangkan jika anda mempunyai iklan adasense yang kelihatan seperti banner dan mempunyai warna latar yang sangat berbeza dengan laman web anda. Ia tidak akan menjana pendapatan langsung.

2) Iklan teks adalah lebih bagus daripada iklan bergambar. Seperti dahulu, orang akan lebih memberikan respons kepada teks dari gambar. Dalam erti kata lain, ini dikira sebagai sebahagian daripada dokumen online dan lebih senang untuk diklik.

3) Iklan yang tiada border. Satu cara yang paling bagus ialah dengan membuangkan border tersebut dan menggantikannya dengan border yang mempunyai warna yang sama dengan latar laman web anda.

4) Jangan ada iklan yang lain. Sebab pertama adalah sebagai menuruti syarat Google, dan sebab kedua yang lebih difahami ialah, anda tidak mahu mengganggu perhatian pengunjung anda dan klik pada iklan lain tanpa menghiraukan iklan anda.

5) Kedudukannya. Walaupun anda mempunyai iklan yang paling terbaik, orang tidak akan dapat memberikan respons jikalau mereka tidak dapat menjumpainya serta-merta. Tempat terbaik meletak iklan adsense anda ialah dibahagian paling atas laman web anda dan seterusnya adalah diantara teks anda. Pelawat akan klik ia lebih kerap kerana ia kelihatan seolah teks anda.

6) Trafik. Cuba gunakan cara mendapatkan trafik yang sah. Sesetengah orang menggunakan Google Adwords dan enjin carian pay per click. Apa yang penting disini ialah untuk mencari berhati-hati keperluan dan keyword yang betul dalam usaha menjadikan kempen anda menguntungkan. Cara lain ialah teknik kepopularan link seperti direktori pertukaran link, software dan juga teknik mass blog submission. Jangan gunakan link farm atau yang sama dengannya kerana algorithm enjin carian sangat bijak mengesan dan akan menutup laman web anda sekiranya anda menggunakannya.

7) Jangan bergantung dengan satu laman web. Benar anda boleh mengaut keuntungan melalui satu laman web, tapi cuba untuk mendapat sebanyak yang anda boleh.

8) Isi kandungan yand relevan adalah paling penting. Artikel dan rencana adalah taktik yang paling bagus untuk membina laman web yang besar yang akan disemak oleh robot enjin carian. Jangan lupa yang enjin carian wujud untuk mendapatkan kandungan yang berkaitan pada mulanya.

9) Gunakan site map. Google site map mengunjungi laman web anda lebih awal daripada submission proses yang lain. Informasi lain boleh diperolehi disini,
http://www.google.com/webmasters/sitemaps

10) Iklan berkaitan. Satu dari faktor utama bagi kejayaan Adsense. Jika sekiranya pengguna Internet tidak dapat menjumpai iklan yang berkaitan didalam laman web anda, mereka tidak akan mengklik iklan tersebut. Ini adalah penting bagi membina satu sumber yang berkaitan untuk laman web anda. Untuk membuat demikian, anda mesti mengikuti langkah berikut.

Pertama fail mestilah disimpan dengan nama yang bersesuaian, contohnya seperti: masakanmelayu.html sekiranya rencana anda mengenai masakan Melayu. Laman web anda akan jadi seperti,
www.namalamanwebanda.com/masakanmelayu.html

Kedua yang anda harus ubah ialah tag tajuk anda. Contohnya:
Rencana Masakan Melayu

Ketiga ialah headingnya. Ayat pertama mesti mempunyai seperti heading ini:
5 Masakan Melayu kegemaran saya


Selasa, 2007 September 18

Gabungkan Pendapatan AdSense dan Affiliate Marketing.


Adakah anda merupakan webmaster yang memerlukan sumber kewangan untuk memastikan laman web anda berjalan lancar? Ataupun laman web anda merupakan satu-satunya sumber pendapatan anda. Tak kiralah siapa anda, asalkan anda merupakan seorang pemilik laman web yang ingin menjana pendapatan di internet, affiliate marketing merupakan pilihan yang bijak. Dengan affiliate marketing anda akan mendapat mata pencarian yang memberangsangkan. Dan andai kata laman web anda penuh dengan isi kandungan dalam bentuk teks atau artikel, apa salahnya jika anda menyertai program Google AdSense dalam masa yang sama?

Mengapa affiliate marketing?
Secara amnya, kerana affiliate marketing merupakan antara program yang paling mudah bagi anda untuk memperoleh keuntungan secara online. Melainkanlah anda juga merupakan peniaga yang mempunyai keluaran produk sendiri dan tidak mahu mengiklankan produk orang lain di dalam laman anda. Namun begitu, pembekal ataupun pengeluar produk juga boleh mendapat kelebihan melalui affiliate marketing kerana program ini sebenarnya amat berguna kepada pembekal produk dan juga ahli affiliate itu sendiri.


Affiliate marketing, merupakan satu hubungan dan persetujuan antara dua laman web iaitu laman milik pembekal produk dengan laman milik ahli affiliate. Dalam hubungan ini, ahli affiliate akan bersetuju untuk mengiklankan produk-produk pembekal di dalam laman beliau. Pembekal pula membayar pemilik laman affiliate bergantung kepada cara pembayaran yang dipersetujui. Secara kasarnya, ia merupakan satu cara yang mudah bagi ahli affiliate untuk membuat keuntungan, hanya dengan menempatkan iklan di laman beliau. Ini juga amat bermanfaat buat pembekal kerana dengan cara ini, beliau dapat menjimatkan kos pengiklanan untuk mempromosikan produk mereka.

Terdapat beberapa cara berkenaan dengan bagaimana pembekal akan membayar ahli affiliate mereka atau dengan erti kata lain, bagaimana pemilik laman dapat menjana pendapatan mereka. Antara cara-cara yang biasa ditawarkan ialah bayaran bagi setiap klik ataupun bayaran bagi setiap jualan yang dibuat melalui laman web ahli affiliate tersebut. Sementara bayaran bagi setiap klik merupakan pilihan yang amat digemari oleh pemilik laman, bayaran bagi setiap jualan merupakan pilihan yang lebih digemari oleh pembekal produk kerana dengan cara ini, pembekal hanya perlu membayar pemilik laman apabila barang mereka dibeli dan mereka sendiri pasti mendapat untung.

Walaubagaimanapun, untuk menjana keuntungan melalui program affiliate marketing bukanlah bergantung semata-mata kepada cara bayaran yang ditawarkan. Tetapi ianya bergantung kepada jumlah trafik yang melayari laman web anda. Lebih ramai pengguna yang melayari laman anda, lebih besar kemungkinan anda untuk membuat keuntungan dalam program affiliate marketing.


Bagaimana pula dengan Google AdSense?

Sebenarnya, Google AdSense juga merupakan sejenis program affiliate marketing. Dalam kes ini, Google merupakan orang tengah antara pembekal dengan pemilik laman web. Melalui Google kedua-dua pihak akan berkerjasama secara tidak langsung, manakala Google akan menyediakan bentuk dan format iklan untuk dipaparkan. Iklan-iklan ini merupakan iklan-iklan pembekal produk dimana akan disenaraikan dalam enjin carian Google dan juga laman web yang mendaftar dalam program Google AdSense.

Terdapat banyak persamaan antara Google AdSense dengan program affiliate marketing diluar sana. Namun, ada juga perbezaannya. Melalui Google AdSense, seorang pemilik laman hanya perlu memasukkan kod di dalam laman beliau sementara Google akan menguruskan perihal yang selebihnya. Iklan-iklan yang akan Google tempatkan merupakan iklan yang berkaitan dengan topik laman web tersebut. Ini merupakan satu kelebihan memandangkan pengguna yang melayari laman anda sedikit sebanyak sememangnya sudah sedia berminat mengenai prooduk yang diiklankan.

Google AdSense menawarkan bayaran bergantung kepada setiap klik yang diteriima. Pembekal yang mengiklankan produk mereka akan memayar Google amaun yang dipersetujui setiap kali iklan mereka di klik oleh pengguna. Kemudian, Google akan menyampaikan sebahagian daripada bayaran ini kepada pemilik laman web tersebut. Google juga menyediakan pemilik laman web kemudahan bagi mereka untuk memerhati perkembangan pendapatan mereka.

Jadi, apa maksudnya semua ini?

Apa lagi jika tidak untung, untung, dan untung! Program affiliate marketing dan Google AdSense dengan mudahnya boleh membantu anda menjana keuntungan yang memberangsangkan tidak kira samada anda seorang pembekal produk ataupun seorang affiliate. Bagi pembekal, kos perbelanjaan untuk mempromosikan dapat dikurangkan sama sekali manakala bagi pemilik laman web, anda boleh memperolehi keuntungan menggunakan bakat yang anda sedia ada iaitu membina laman web atau blog. Gabungkan pendapatan daripada Google AdSense dan program-program affiliate yang lain, hasilnya, bertambah untung!


Ahad, 2007 September 16

Cara Meletakkan Iklan AdSense di Bahagian Bawah Post Anda.


Pernahkah anda tertanya - tanya bagaimana untuk meletakkan iklan AdSense di bahagian bawah post jika anda mempunyai blog di blogger.com seperti yang terdapat di SaraHidupOnline.com?

Sebenarnya untuk meletakkan iklan AdSense anda seperti itu tidaklah susah. Sila ikuti panduan ini untuk mengelakkan anda menghadapi kesukaran. Bagi tujuan contoh ini, saya akan meletakkan kod AdSense bagi format Large Rectangle (300 x 250). Mula - mula sekali, anda login dan apabila di bahagian "Dashboard", sila klik di link "Layout" dan kemudian klik di "Edit HTML".

Apabila anda berbuat demikian, anda akan dibawa ke skrin di mana anda boleh mengedit HTML template yang anda gunakan kini. Klik pula di bahagian "Expand Widget Templates". Setelah anda berbuat demikian, cari bahagian HTML seperti yang ditunjukkan di gambar di bawah (klik gambar untuk besarkan). Anda mungkin perlu scroll melebihi separuh kod HTML template anda, lihat dengan teliti.

Apabila anda menjumpai bahagian tersebut, paste kod AdSense anda di situ. Bahagian pertama sudah selesai, tetapi kerja anda belum habis. Perhatikan kod AdSense anda pada bahgian:

"< !--" dan "//-- >"

Tukarkan tanda "<" dan ">" kepada "&lt ;" dan "&gt ;" (tiada space langsung antara 4 character tersebut, saya berbuat demikian untuk mengelakkannya daripada dipaparkan sebagai <> di dalam post, sila rujuk gambar)


Sekarang kerja anda sudah hampir siap. Untuk memperkemaskan lagi kedudukan iklan AdSense anda, saya cadangkan supaya alignment iklan anda itu diletakkan di bahagian tengah. untuk berbuat demikian, letakkan kod sebelum kod AdSense anda dan selepasnya (seperti gambar di bawah).

Sekarang anda boleh Preview blog anda dan iklan AdSense akan dipaparkan di bawah post anda. Jangan lupa untuk Save Template ok!


Sabtu, 2007 September 15

Lima Cara Menambah Pendapatan AdSense Anda.


Jika seseorang pemilik laman web mahu menjana pendapatan melaui laman web mereka, salah satu cara yang baik adalah dengan menggunakan AdSense. Ramai diantara pemilik laman web yang berusaha keras untuk mendapatkan pendapatan harian melalui laman web mereka tanpa strategi tertentu. Tetapi bagi mereka yang pintar pula memperolehi beratus – ratus ringgit sehari daripada iklan AdSense di laman web mereka. Apa yang membezakan mereka ini dari pemilik laman web yang lain ialah cara pemikiran mereka yang di luar kelaziman.

Mereka yang telah dan sedang melakukan ini mempunyai banyak tip yang berguna bagi membantu mereka yang mahu menceburi bidang ini. Antara tip – tip ini ada sebahagiannya yang terbukti meningkatkan pendapatan pada masa lampau dan masih lagi berkesan sehingga ke hari ini.

Disini ada 5 cara terbaik bagaimana mahu memperbaiki pendapatan AdSense anda.

1) Tumpukan kepada satu format iklan AdSense pada bahagian utama laman web. Format yang paling berkesan untuk kesemuanya adalah Large Rectangle (336X280). Format yang sama ini mempunyai kadar CTR atau “click-through rate” yang tinggi. Kenapa anda memilih format ini sedangkan banyak lagi yang boleh anda pilih? Secara dasarnya, iklan ini nanti akan kelihatan seperti link web normal, dan orang yang biasa melawat lawan web akan lebih cenderung untuk melawat iklan ini. Mereka mungkin tidak akan perasan yang mereka sedang melawat iklan AdSense anda, tetapi selagi ada orang yang menekan link anda, maka anda dapat keuntungannya.

2) Cipta satu palet warna yang biasa bagi iklan anda. Pilih warna yang sesuai dan kena dengan latar belakang lawan web anda jika lawan web anda berlatar belakang warna putih, cuba gunakan tepian dan latar warna putih untuk iklan anda. Ideanya adalah untuk menampakkan yang ianya sebagai sebahagian dari laman web anda. Ini juga akan menambah lebih ramai orang melawat iklan ini.

3) Alih AdSense dari bahagian bawah laman web anda, jadikan ia terletak di sebelah atas. Jangan cuba untuk menyembunyikan AdSense anda. Letak ditempat dimana pengunjung akan nampak ia dengan jelas. Anda akan terpegun bagaimana kedudukan iklan AdSense anda dapat menambahkankan lagi pendapatan anda.

4) Kekalkan link di laman web berkaitan. Jika anda mempunyai laman web yang lebih baik dari yang lain, letak AdSense anda disana, dan sentiasa selenggara dan uruskan ia. Jika sudah banyak AdSense yang ada didalam laman web itu, letak iklan anda di kedudukan paling atas antara AdSense yang lain. Dengan cara itu, pengunjung akan dapat melihat iklan anda dahulu semasa melawat laman web tersebut.

5) Cuba untuk mengawal kemasukan kod AdSense anda didalam laman web dengan menggunakan SSI (or server side included). Tanya kepada pengendali web hosting anda samada server anda menyokong fungsi SSI atau tidak. Bagaimana anda melakukan ini? Hanya simpan kod AdSense didalam fail teks, simpan sebagai “AdSense text”, kemudian uploadkan ke dalam dasar panduan server web tersebut. Kemudian dengan menggunakan SSI, cari kod itu didalam laman web yang berlainan. Tip ini sanagt menjimatkan masa, terutama kepada orang yang menggunakan pengendalian laman automatik untuk mengendalikan laman web mereka.

Ini adalah sebahagian dari tip yang telah membantu mereka yang mahu memperolehi beratus mahupun beribu ringgit melalui laman web. Adalah penting untuk mengetahui bahawa iklan dipamerkan kerana ia kena dengan kehendak pengunjung sesuatu laman web itu. Jadi dengan memfokuskan kepada sesuatu tajuk tajuk tertentu harus menjadi keutamaan kerana ianya akan berkait dengan apa yang sedang dibincangkan dan ramai orang akan melihatnya.

Tip ini adalah sebagai panduan daripada saya dan mereka yang telah pun mendapat pendapatan yang menarik dari AdSense. Jika ini dapat membantu orang lain, mungkin ini dapat membantu anda juga. Cubalah dalam laman web anda dan lihatlah hasilnya. Jika orang lain sudah mencubanya, tiada yang salah jika anda juga mencubanya sendiri.


Rabu, 2007 September 12

Tips Memaksimakan Pendapatan AdSense Anda.


Kebanyakan pemilik laman web mengetahui bahawa AdSense menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui iklannya. Oleh sebab itu, kebanyakan mereka menggunakan keyword yang lebih tinggi bayarannya. Mereka mempunyai senarai keyword yang menjadi pilihan dan sudah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkannya. Walaupun begitu, selepas mereka menggunakan keyword ini. Jumlah wang yang diterima tidaklah seperti yang diharapkan.

Dimanakah silapnya?

Mempunyai laman dengan keyword yang tepat adalah penting, Tetapi untuk menarik perhatian pengunjung adalah sesuatu yang kurang diambil perhatian oleh sesetengah pemilik laman web.

Caranya adalah untuk memperbaiki lagi site navigation anda untuk membawa pengunjung bahagian laman web anda yang mempunyai keyword yang menguntungkan. Pastikan site navigation anda teratur dan mudah difahami

Berhenti seketika dan fikirkan bagaimana pengunjung menggunakan laman web anda. Setelah pengunjung melawat sesuatu page, mereka akan cenderung untuk membuka page berlainan yang dirasakan lebih menarik. Ianya begitu kerana mereka mengklik link yang sedia ada pada page anda tadi. Ini dinamakan site navigation. Tujuannya adalah untuk mempermudahkan pengunjung melayari laman web anda dan satu cara untuk menambahkan lagi pendapatan AdSense anda.

Laman web kebanyakannya mempunyai link menu pada setiap page. Susunan ayat pada link ini yang menarik perhatian pengunjung dan membuatkan mereka klik pada link ini dan membawa mereka kepada page yang seterusnya. Link yang mempunyai perkataan ‘percuma’ atau ‘muat turun’ selalunya sangat menarik perhatian.

Navigasi ini juga harus memudahkan pengunjung laman web anda melayari page yang banyak mengandungi keyword yang tinggi nilainya. Ada juga page yang memperolehi banyak carian tetapi rendah nilainya. Tekniknya adalah untuk menggunakan link berlabel yang menarik dan mengalihkan perhatian pengunjung ke page yang lebih tinggi potensi pendapatannya. Ini salah satu dari cara untuk menambahkan pendapatan online anda.

Perkara yang anda harus lakukan seterusnya adalah dengan memikirkan cara bagaimana pengunjung akan mengklik link anda dan sekaligus memberi anda lebih pendapatan. Reka satu diskripsi yang menarik tentang link tersebut.

Fikirkan nama yang menarik dan unik. Sesuatu yang membuatkan seseorang tertanya-tanya dan tidak selalu didengari, cukup untuk membuat mereka mahu mengetahui apa kandungan link anda.

Anda juga boleh menggunakan grafik untuk menarik perhatian pengunjung anda. Tiada had untuk membuatkan link anda menjadi tatapan dan diketahui. Jika anda benar-benar mahu ia berjaya, anda akan fikirkan jalan yang terbaik untuk menjayakannya. Bersikap kreatif. Dalam AdSense tiada peraturan bertulis tertentu yang harus diikut semasa anda menulis, selagi anda tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Google, anda tidak menyalahi peraturannya.

Harus diingat, semuanya bergantung kepada lokasi. Selepas anda mengetahui apa yang boleh menarik perhatian pengunjung, anda harus memikirkan dimana lokasi yang paling sesuai bagi meletakkan iklan anda.

Tiada yang salah jika anda pergi ke laman-laman web lain bagi mempelajari penggunaan site navigation dengan sebaiknya. Jangan meniru perkara – perkara yang terlalu banyak digunakan dan sentiasa pastikan laman web anda mempunyai kandungan yang menarik

Eksperimen dengan laman web anda, letak link diatas dan juga dibawah. Ini adalah satu cara bagaimana anda mengetahui yang mana berkesan dan yang mana tidak. Biarkan diri anda terus mengeksperimen sehingga anda bertemu dengan site navigation yang sesuai dengan anda dan laman web anda.


Google AdSense, Cara Paling Senang Buat Duit Online?


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Google AdSense telah mendominasikan ruang forum, perbincangan dan newsletter diseluruh internet. Sudah banyak kisah mengenai mereka yang membuat banyak duit dari bekerja di rumah, saya juga hidup selesa dengan pendapatan daripada AdSense ini, dan banyak lagi peluang untuk dicari. Nampaknya Google AdSense sudahpun mendominasikan bisnes pemasaran internet dan sekarang merupakan cara paling mudah untuk menjana pendapatan online.

Kunci kejayaan dengan AdSense adalah dengan meletakkan iklan di laman yang mendapat permintaan tinggi bagi sesuatu keyword. Lagi tinggi kos bagi setiap klik, lagi banyak anda menerima klik dari laman anda. Sememangnya tidak berbaloi jika mensasarkan kepada kos setiap klik yang rendah dan bagi keyword yang tidak mendapat sambutan.

Dengan begitu ramai orang memasuki internet setiap hari dengan begitu banyak klik, tidak dinafikan mengapa Google AdSense menjadi sangat terkenal.

Bagi mereka yang baru dalam pasaran ini, pada mulanya mereka ragu – ragu jika laman web mereka digunakan untuk mempromosikan produk dan servis orang lain. Tetapi apabila mereka mendapat idea yang mereka juga sebenarnya memperolehi pendapatan dengan cara itu, semua perasaan sinis dan keraguan itu akan hilang.

Ada 2 faktor utama dan bijak yang sesetengah webmaster dan publisher yang berjaya boleh pelajari dan gunakan dalam membuat duit di internet melalui AdSense.

1) Mensasarkan kadar trafik yang tinggi bagi laman web anda. Jika anda lihat log anda, kebanyakan dari pelawat anda mengambil kesempatan keatas sumber internet marketing dan e-book percuma yang anda sediakan dalam laman anda. Dalam kata lain, iklan anda sangat berkesan dan memperolehi lebih banyak klik. Juga bermakna lebih banyak wang untuk anda.

2) Meletakkan link iklan AdSense di bahagian laman web yang kurang menguntungkan, atau tidak memberikan keuntungan langsung. Dengan meletakkan AdSense di bahagian sumber yang percuma, anda akan dapat mengurangkan jumlah pelanggan yang berpotensi dari hilang ke laman lain. Rumit, tapi sangat effektif.

Dengan pelbagai teknik dan kadeah yang digunakan oleh pemilik-pemilik laman web ini bagi memperoleh pendapatan melalui AdSense, tidak hairanlah mengapa Google berusaha untuk sentiasa meningkat taraf AdSense, supaya mereka dapat mengekalkan imej mereka.

Satu ciri utama yang menjadikan AdSense sebagai sumber duit adalah keupayaannya untuk menapis sebanyak 200 URL. Ini memberi peluang kepada para pemilik laman web untuk menghalang tawaran yang rendah sekaligus pesaing kedalam laman web mereka. Ini membolehkan pemilik laman web memilih pengiklan yang menguntungkan mereka dan menolak pengiklan yang tidak membawa untung.

Buat masa sekarang, Google AdSense akan kekal di internet. Selagi ada orang yang mahu mendapat wang dengan mudah menggunakan bakat mereka, masa depan mereka akan cerah. Lagipun dengan semua peraturan tegas yang ditetapkan oleh Google, adalah sukar untuk AdSense berkubur dan ditamatkan dengan begitu sahaja.


Isnin, 2007 September 10

Siapa lagi Mahu Menjana Pendapatan Dengan AdSense?


Fakta 1:Pelajar sekolah menengah memperolehi pendapatan bulanan 4 angka (Dolar US) melalui AdSense.

Fakta 2: Suri rumah, pesara, ibu bapa, mereka yang tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bisnes internet kini memperolehi pendapatan yang stabil melalui AdSense di laman web ataupun blog mereka.

Mereka ini merupakan golongan berpendapatan tinggi dengan memanfaatkan AdSense sepenuhnya. Anda mungkin pernah mendengar sedikit sebanyak mengenai golongan ini di mana mereka merupakan antara usahawan yang berjaya hanya dengan mempromosikan AdSense dalam laman web mereka.

Sesiapa sahaja, tidak kira umur ataupun jantina, boleh menjana pendapatan tetap mahupun sambilan online dengan menggunakan AdSense asalkan mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Bagaimana seseorang ingin memulakan pengiklanan melalui internet ini?

Antaranya ialah dengan menulis artikel-artikel yang sesuai dalam laman web untuk AdSense. Guna keyword yang berpatutan dan bersesuaian didalam artikel anda serta paparkan iklan-iklan Google didalam laman-laman web anda. Ini merupakan cara marketing yang menguntungkan dan paling mudah, siapa sahaja boleh melakukannya. Tidak kiralah samada anda tidak berpengalaman ataupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi sekalipun. Rugi besar jika anda enggan mencubanya!

Ini merupakan salah satu sebab mengapa penulisan artikel-artikel dengan isi kandungan yang berkualiti dan original kini mendapat permintaan yang tinggi di internet. Ini kerana, apabila kandungan-kandungan artikel ini digabungkan dengan link-link yang berkaitan, ianya serta-merta menjadi satu alat yang penting bagi sesebuah laman web untuk berjaya sekaligus menjana keuntungan yang tinggi buat pemiliknya. Kini, ramai professional dalam bidang internet marketing mula menyedari bahawa isi kandungan yang berkualiti boleh menjana trafik yang tinggi ke laman web mereka melalui enjin carian.

Demam AdSense menjana permintaan tinggi terhadap artikel-artikel dengan kandungan yang tulen, berkualiti, dan penuh dengan keyword penting. Pemilik laman web mahu memastikan bahawa mereka tidak akan kekurangan sumber artikel dengan keyword yang berpatutan yang boleh dikaitkan dengan kandungan laman mereka. Anda mungkin tertanya-tanya, penting sangat kah artikel-artikel sebegini? Hasilnya boleh dilihat melalui Page Rank yang diberikan oleh sesebuah enjin carian dimana laman tersebut akan mendapat lebih banyak iklan untuk dipaparkan disekeliling artikel tersebut bersama dengan trafik yang tinggi.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekali lagi kami tekankan, tulis artikel dengan isi kandungan yang berkualiti dan tulen. Padatkan artikel anda dengan keyword ataupun ayat-ayat yang boleh membantu enjin cari untuk mengesan artikel anda. Sertakan link ke laman web anda bagi rujukan pengguna. Kemudian, bina laman web yang mengandungi keyword dan kata kunci sebagaimana yang anda tulis didalam artikel asal tadi. Pengguna akan datang untuk melayari laman web anda dengan niat untuk mendapatkan maklumat lanjut berdasarkan artikel yang anda tulis. Akhir sekali, sertakan iklan-iklan Google AdSense didalam laman tersebut.

Fikirkan, semua pihak untung, bukan? Bagi pengguna, pemilik laman web, penulis artikel, enjin carian dan juga pengiklan. Pengguna dapat memperolehi maklumat yang dicari, penulis artikel dan pemilik laman web dapat menjana pendapatan masing-masing, enjin cari memperolehi trafik yang tinggi manakala pengiklan berjaya menjual produk ataupun servis mereka. Yang penting sekali, dengan cara yang betul dan usaha yang berterusan, anda akan berjaya menjana keuntungan yang memberangsangkan.

Oleh itu, siapa lagi yang mahu menjana pendapatan melalui AdSense? Anda? Siapa sahaja. Internet marketing menawarkan peluang yang luas buat semua orang. Tulis artikel serta menggunakan AdSense merupakan satu strategi marketing yang mampu menghasilkan keuntungan lumayan.

Jangan ketinggalan dan mulakan segera!


Menggunakan Maklumat Orang Lain Untuk Meningkatkan Pendapatan AdSense


Kini, AdSense mempunyai impak yang besar ke atas industri affiliate marketing. Kerana AdSense, masa depan program-program affiliate yang lemah menjadi semakin pudar manakala syarikat-syarikat pengiklanan semakin mula kehilangan pelanggan. Jika anda termasuk dalam golongan yang lebih menuju kearah kerugian berbanding daripada keuntungan, mungkin ini merupakan masa yang baik untuk anda mula berkecimpung dengan AdSense marketing dan mula menjana pendapatan tetap online.

Melalui Google AdSense, iklan-iklan berkualiti dan relevan dengan isi kandungan siap sedia untuk dipadankan dan dipaparkan dalam laman web anda. Semuanya akan diuruskan oleh Google melalui sumber yang diperoleh daripada pengiklan.

Bagi pemilik laman web, anda tidak perlu membuang masa memilih iklan berbeza-beza untuk setiap laman. Tambahan pula, anda tidak perlu bersusah-payah menguruskan berbagai-bagai kod bagi setiap affiliate program yang anda sertai.

Anda hanya perlu menumpukan perhatian dalam menyediakan isi kandungan yang berkualiti kerana enjin carian akan menggunakan isi kandungan ini untuk mencari iklan-iklan yang bersesuaian dengan laman web anda.

Walaupun anda memaparkan iklan-iklan AdSense, pada masa yang sama tidak salah bagi anda untuk turut menyertakan link-link affiliate di dalam laman yang sama. Walaubagaimanapun, jangan sekali-kali cuba untuk meniru penampilan iklan-iklan Google untuk link affiliate tersebut.

Anda boleh menapis sehingga 200 URL. Ini memberi peluang untuk anda mengelakkan iklan-iklan yang tidak berkenaan dari dipaparkan didalam laman web anda. Anda juga boleh menghalang iklan-iklan pesaing. Walaubagaimanapun, kadang-kala ianya tidak dapat dielakkan.

Bagi pemilik laman web kecil-kecilan, anda akan diberi sejenis kod untuk dimasukkan didalam laman anda, kemudian teks yang relevan akan muncul serta-merta. Jika anda mempunyai lebih dari satu laman web, anda tidak perlu mendaftar lebih dari satu akaun AdSense. Guna sahaja kod yang sama. Lebih mudah, bukan?

Teruskan mencuba dan eksperimen dengan format-format yang disediakan, dengan cara ini anda akan dapat mempelajari selok belok untuk menjana pendapatan yang lebih banyak melalui AdSense. Namun, jika anda mahu berhenti menggunakan AdSense, anda hanya perlu memadam kod yang diberi.

Bayaran yang diberikan bagi setiap klik tidak tetap. Jumlah bayaran bergantung kepada kesanggupan pengiklan itu sendiri. Sesetengah pengiklan hanya menawarkan 5 sen bagi setiap klik, tetapi, ada juga pengiklan yang menawarkan harga setinggi $12 setiap klik.

Jika hasil yang anda terima tidak begitu menggalakkan, cuba bina laman yang tidak terlalu berserabut agar iklan anda lebih menonjol. Anda juga digalakkan untuk menawarkan penampilan yang unik dimana ianya akan menarik lebih ramai pelawat kerana pengguna gemarkan kelainan.

Bagi publisher, anda boleh pilih laman tertentu dimana anda mahu tempatkan iklan-iklan anda. Anda juga boleh memilih untuk memaparkan iklan didalam rangkaian laman yang lebih besar. Ia bergantung kepada apa yang anda rasa sesuai dengan kepentingan anda.

Perhatikan laman-laman web orang lain yang berjaya dan contohi format yang mereka guna. Fikirkan, dengan berbuat begini, serba sedikit anda boleh mendapat idea untuk membina isi kandungan yang bagus buat laman web anda.

Terdapat beberapa topik yang elok untuk dielakkan seperti perjudian, senjata api, peluru, tembakau ataupun dadah. Jika anda ditawarkan bayaran yang tinggi sekalipun untuk topik-topik ini, ianya hanyalah seperti meminta untuk ditimpa masalah besar.

Dengan segala maklumat yang diperlukan ramai didalam tangan, apa yang anda perlu lakukan hanyalah memanfaatkannya untuk menjana keuntungan yang tinggi. Gunakannya sebagai satu kaedah buat duit di internet, tidak kira samada anda seorang pemilik laman web ataupun publisher iklan.

Gunakan permintaan orang ramai dan jadikannya sesuatu keuntungan bagi anda.


Ahad, 2007 September 09

Manfaatkan Laman Web Anda Dengan AdSense!


Bagaimana cara untuk memanfaatkan laman web anda sepenuhnya?

Jana pendapatan online dengan memaparkan iklan AdSense didalamnya. Kini, ramai yang sudah mula menyedari akan peluang yang ditawarkan melalui cara ini. Anda boleh cuba kira sendiri keuntungan yang boleh anda perolehi berasaskan setiap klik yang laman anda terima setiap hari. Dengan cara yang betul dan usaha yang berterusan, anda boleh menjana pendapatan tambahan bulanan dengan bekerja di rumah.

Google AdSense merupakan satu cara yang termudah bagi setiap pemilik laman web baik kecil ataupun besar untuk memaparkan iklan yang berkaitan didalam laman web mereka sekaligus membuat duit di internet dan menjana pendapatan yang menggalakkan. Iklan yang dipaparkan merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan isi kandungan laman web anda sendiri. Dengan itu, di samping menyebarkan maklumat kepada pengguna anda juga dapat menawarkan produk atau servis yang berkaitan secara tidak langsung. Ini merupakan sebab utama mengapa anda boleh memanfaatkan dan mengembangkan lagi isi kandungan laman web anda.

Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada berapa banyak pengiklan sanggup tawarkan kepada anda. Ianya juga bergantung kepada kata kunci ataupun keyword yang diperlukan. Jika perkataan yang dipilih oleh pengiklan mempunyai permintaan yang tinggi, anda berpeluang untuk menerima harga yang lebih tinggi setiap kali iklan tersebut diklik oleh pengguna. Manakala bagi perkataan-perkataan yang tidak berapa popular, harga setiap klik boleh jadi serendah beberapa sen sahaja.

Bagaimana hendak menjana keuntungan melalui laman web anda menggunakan AdSense?

1. Daftar dan buka akaun AdSense. Ianya hanya mengambil masa beberapa minit.

2. Apabila laman web anda diterima, anda akan diberi sejenis kod untuk disertakan didalam laman anda. Anda boleh masukkan kod ini dimana-mana laman kepunyaan anda. Iklan yang berkaitan akan muncul serta-merta. Iklan ini dipanggil AdWords.

3. Anda akan dibayar setiap kali AdWords di laman web anda diklik oleh pengguna. Jangan sekali-kali cuba untuk mendapatkan bayaran lebih dengan mengklik berkali-kali pada iklan anda sendiri. Ini boleh mengakibatkan akaun anda digantung dan laman web anda disingkirkan daripada Google. Pendapatan yang anda telah kumpulkan sebelum itu juga boleh turut dibatalkan.

4. Perhatikan statistik anda, Pendapatan anda boleh dilihat melalui laman akaun anda.

Apabila akaun anda mula berfungsi, anda pastinya mahu mendapatkan lebih banyak keuntungan sebagaimana laman-laman web lain yang berjaya diluar sana. Ianya amat penting bagi anda untuk menyedari bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian laman web dan jumlah pendapatan anda.

Kebiasaanya, apabila sesebuah laman web mula menjana pendapatan, pemiliknya akan menjadi lebih bersemangat untuk mengaut keuntungan lebih. Gabungan daripada usaha demi usaha seterusnya pengajaran dari pengalaman, anda akan capai apa yang anda inginkan melalui AdSense ini.

Masa dan beberapa faktor penting yang boleh dimanfaatkan.

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan lagi pendapatan AdSense anda?

1. Tetapkan satu topik untuk bagi setiap laman. Maksudnya, jangan campur adukkan topik didalam satu laman. Sebaiknya, tulis kandungan dalam laman tersebut menggunakan kata kunci yang relevan. Ini boleh meningkatkan lagi jumlah klik pada laman web anda.

2. Guna warna putih disekeliling iklan anda. Ini akan membuat iklan anda kelihatan lebih menonjol kepada pengguna yang melayari laman web anda. Ada juga pilihan warna lain yang boleh anda guna yang disediakan oleh search engine yang bersusaian dengan penampilan laman anda.

3. Periksa kedudukan iklan anda. Anda digalakkan untuk menggunakan format menegak, tempatkan dibahagiann tepi laman anda bagi penampilan yang lebih kemas. Walaubagaimanapun, guna format melintang jika ianya bersesuaian. Ambil perhatian tentang format yang memberi hasil yang lebih menggalakkan.

4. Kembangkan tema anda dengan menghasilkan lebih banyak laman yang mengandungi keyword yang berkaitan. Ini akan membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan. Bukan sahaja ia akan menjana lebih banyak trafik ke laman web anda, malah ia membuat AdSense nampak lebih relevan untuk dipaparkan.


Elakkan Akaun AdSense Anda Daripada Dibatalkan


Sebagai enjin carian yang terunggul dan terbesar, Google amat menitik beratkan kualiti dan kredibiliti laman web mereka. Lebih-lebih lagi memandangkan kini ianya merupakan syarikat milik awam. Untuk memastikan semua pemegang saham dan pengguna yang terlibat berpuas hati, Google harus menjaga reputasi enjin carian mereka.

Oleh itu, Google mempunyai syarat dan garis panduan yang ketat bagi pemegang akaun AdSense. Kesilapan samada disengajakan atau tidak boleh mengakibatkan akaun anda digantung ataupun dibatalkan terus. Maka, disini ingin kami kongsi bersama cara-cara untuk mengelakkan anda dari menerima nasib yang sama.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin membuat duit di internet dengan menggunakan Google AdSense, pastikan anda ambil tahu tentang perkara-perkara berikut.

Teks tersembunyi. Mengisi laman web anda dengan teks yang amat kecil, mewarnakan teks dengan warna sama seperti warna latar belakang dan menggunakan CSS dengan niat untuk memenuhi laman dengan keyword yang mempunyai permintaan tinggi boleh mengakibatkan anda didenda. Ianya sama seperti anda cuba menyembunyikan link.

Laman tersembunyi. Sesetengah pemilik laman web menggunakan browser ataupun ‘bot sniffer’ dengan niat untuk memaparkan laman yang lain daripada apa yang pengguna akan nampak. Memaparkan laman yang tidak dapat dilihat oleh pengguna amat dilarang keras oleh Google. Ini merupakan helah untuk membuat pengguna klik pada sesuatu dan membawa mereka ke laman lain daripada apa yang mereka sangkakan.

Pendaftaran berganda. Elakkan dari mendaftar nama ataupun laman web anda lebih dari sekali. Ini hanya akan mengundang masalah sekaligus mengakibatkan akaun anda diberhentikan serta-merta. Kami nasihatkan agar anda pastikan terlebih dahulu samada laman web anda telah tersenarai ataupun belum sebelum mendaftarkannya di mana-mana enjin carian. Jika ianya sudah sedia ada, biarkan sahaja. Jangan cuba-cuba untuk mendaftar sekali lagi.

Link farms. Sesebuah laman yang mengandungi lebih daripada 100 link iklan-iklan akan dikategorikan sebagai link farm. Ingat, link farm merupakan sesuatu yang paling dibenci oleh semua enjin carian lebih-lebih lagi Google. Pastikan laman web anda tidak termasuk dalam kategori ini.

Page Rank (PR) untuk dijual. Jika anda memahami selok belok internet serba sedikit, anda pasti pernah bertembung dengan laman-laman web yang menjual link PR mereka ataupun menukarkannnya dengan laman lain. Jika anda mengamalkan helah ini, hentikkannya serta-merta.

Mukapintu ataupun biasanya dipanggil doorways. Ini sama dengan taktik menyembunyikan laman web sebenar. Taktik biasa dimana laman dipenuhi dengan keyword dengan niat untuk membawa pengguna ke laman lain yang tidak berkaitan dengan apa yang pengguna sangkakan. Banyak syarikat-syarikat SEO yang menawarkan servis ini.

Domain ataupun alamat laman web berganda dengan kandungan yang sama. Biar kami tekankan bahawa enjin carian sentiasa memeriksa IP sesuatu domain, tarikh pendaftaran atau sebagainya. Dengan menggunakan lebih dari satu domain keatas kandungan yang sama bukanlah sesuatu yang boleh anda sembunyikan dari mereka. Begitu juga dengan menggunakan kandungan yang sama didalam laman berasingan, sub domain ataupun mengaitkan beberapa domain kepada kandungan yang sama.

Teknik-teknik yang kami senaraikan diatas dilarang keras oleh kebanyakan enjin-enjin carian, bukan hanya di Google. Jangan buang masa dengan mencuba mana-mana helah tersebut. Sebaliknya, tanamkan niat untuk membina AdSense dan laman web anda demi kepentingan pengguna. Itulah cara yang sebaiknya untuk memastikan kejayaan sebenar. Lagipun, itulah cara yang terbaik bagi mengelakkan daripada akaun anda daripada digantung atau dibatalkan terus.


Sabtu, 2007 September 08

3 Sebab Mengapa Laman Web Anda Memerlukan AdSense


Sebelum kami terangkan mengapa laman web anda memerlukan AdSense, biar kami ceritakan terlebih dahulu tentang bagaimana AdSense berfungsi.

Mudah sahaja. Webmasters ataupun pemilik laman web akan meletakkan sejenis kod yang dipanggil java script di dalam laman web mereka. Setiap kali laman tersebut dilayari oleh pengguna, kod ini akan mendapatkan data iklan-iklan melalui program AdSense. Iklan yang kemudiannya dipaparkan di laman web tersebut untuk dilihat oleh pengguna. Iklan apa? Ianya bergantung kepada isi kandungan laman web tersebut. Jika ianya merupakan laman yang bercerita tentang kereta, AdSense akan menyediakan iklan yang berkaitan dengan kereta. Kemudian, jika pengguna klik pada iklan yang dipaparkan, pemilik laman akan mendapat bayaran dimana bayaran tersebut berasal daripada tuan empunya iklan itu sendiri. Semua ini berlaku dengan bantuan search engine sebagai perantara.

Search engine merupakan pihak yang menguruskan segala perihal berkaitan dengan proses AdSense ini. Ia bertanggungjawab untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dari proses berurusan dengan syarikat yang ingin mengiklankan produk dan pemilik laman web, pembayaran, memerhati jumlah klik pada sesebuah laman, statistik dan sebagainya. Ini bagi memudahkan lagi pemilik laman web bekerjasama dengan syarikat-syarikat ataupun individu yang ingin mengiklankan produk mereka.

Baiklah, kita mulakan dengan sebab pertama. AdSense sudah lama wujud dalam dunia internet. Selari dengan perkembangan semasa, program ini semakin maju dan lebih memahami akan kehendak pengguna. Kini, AdSense mempunyai sistem yang lebih bagus dimana pengguna boleh memilih penampilan iklan dan format yang bersesuai dengan laman web mereka.

Dengan menawarkan format yang berbeza dan unik, kebarangkalian bagi pemilik laman web untuk mendapat lebih klik semakin meningkat. Dengan cara yang betul, dan format yang bersesuaian, pengguna akan menjadi lebih tertarik untuk klik pada iklan-iklan. Malah, sesetengah pengguna mungkin akan klik pada iklan yang dipaparkan tanpa mereka sedari. Dengan ini, pihak disebalik AdSense akan berjaya menyebarkan maklumat mereka disamping membuat keuntungan.

Sebab kedua. Kini, search engine ada menyediakan kemudahan bagi pemilik laman web untuk mendapatkan laporan terperinci serta memerhati potensi ataupun pencapaian laman web mereka. Laporan yang disediakan merupakan laporan paling terkini. Dengan itu, jika pemilik laman web ada membuat perubahan keatas format iklan yang dipaparkan, mereka boleh lihat secara langsung samada perubahan tersebut membuahkan hasil yang lebih baik atau tidak.

Tambahan pula, search engine turut menawarkan kemudahan bagi pemilik laman web untuk mengasingkan laman-laman web yang terlibat kepada kumpulan yang berbeza melalui URL, domain, jenis iklan ataupun kategori iklan itu sendiri. Ini memudahkan mereka untuk mendapat maklumat yang lebih tepat berkenaan laman web yang mana satu yang menghasilkan lebih untung. Kemudahan-kemudahan seperti inilah yang dapat membantu anda untuk memperolehi pendapatan yang lebih tinggi dengan lebih sistematik.

Sebab ketiga dan terakhir ialah ramai pengiklan kini mula sedar akan kelebihan untuk berkerjasama dengan laman-laman web yang berkaitan dengan produk mereka. Mereka sedar, dengan cara ini, kebarangkalian untuk menjana keuntungan akan menjadi lebih tinggi. Pelawat ataupun pengguna yang melayari laman-laman web ini boleh menjadi bakal pelanggan mereka. Semuanya bergantung kepada isi kandungan laman web tersebut.

AdSense membuka peluang bagi pemilik-pimilik laman web untuk menjana pendapatan lebih. Namun, anda perlu ingat, ianya lebih berkesan jika isi kandungan laman web anda lebih tertumpu kepada sesuatu topik yang spesifik. Terdapat ramai webmaster diluar sana yang lebih mengambil berat tentang isi kandungan dan penampilan laman web mereka tanpa mengambil peduli tentang duit yang boleh diperolehi. Sebenarnya, laman web sebiginilah yang lebih berpotensi untuk menjana keuntungan. Jadi, rancanglah pembangunan laman web anda dengan baik dan anda boleh membuat duit dengan program AdSense ini.