Memaparkan catatan dengan label Tips AdWords . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips AdWords . Papar semua catatan

Selasa, 2007 Oktober 09

4 Kesilapan Paling Kerap Dilakukan dalam Google AdWords


1) Keyword anda hanya terdiri daripada satu perkataan sahaja

Ini merupakan satu kesilapan yang paling besar di dalam bidang Google AdWords. Malahan, Google sendiri kerap kali memberi peringatan agar pemilik iklan tidak menggunakan hanya sepatah perkataan sebagai keyword. Namun, ramai yang tidak mengendahkan amaran ini. Jika anda hanya menggunakan sepatah perkataan sahaja, keyword anda akan menjadi terlalu umum. Contohnya, laman anda menjurus kepada menjual majalah kereta dan anda memilih “kereta” sebagai keyword anda. Iklan anda akan dipaparkan di carian-carian seperti berikut:

“kereta antik" “kereta mewah” “mekanik kereta” “kereta terpakai” “kempen tidak menggunakan kereta untuk membendung pencemaran udara”.. dan sebagainya.

Anda mugkin akan fikir, apa salahnya? Masalahnya di sini ialah, apabila iklan anda dipaparkan di bawah carian yang tidak ada kena mengena dengan produk yang anda tawarkan, anda telah mensasarkan kategori pengguna yang salah. Ini akan meningkatkan kos pengiklanan anda, kerana tetap ada kebarangkalian bagi pengguna-pengguna ini untuk klik pada iklan tersebut tetapi tidak berminat langsung untuk membeli produk anda.

Sebab itulah, anda perlu memikirkan perkataan-perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan produk yang anda tawarkan.

2) Tidak mempunyai negative keyword (keyword negatif)

Seperti kes di atas, keyword negatif juga memainkan peranan untuk memastikan iklan anda tidak dipaparkan pada golongan pengguna yang tidak berminat terhadap produk anda.

Berbalik kepada contoh laman yang menjual majalah kereta. Dan katakanlah anda memilih keyword “majalah kereta”, tapi anda mahu mengelakkan laman anda daripada dipaparkan dalam carian “majalah kereta antik". Maka, apa yang anda perlu lakukan ialah mengkhususkan perkataan “antik" sebagai keyword negatif.

Tanpa negatif keyword, bukan sahaja kos pengiklanan anda akan meningkat. Malah, ia akan mengakibatkan Click-Through-Rate (CTR) bagi iklan anda merosot lantaran iklan anda yang tidak disasarkan dengan betul.

3) Tidak mengambil tahu perihal statistik

Alat-alat seperti conversion tracking dan web statistic merupakan satu alat yang amat berguna buat e-marketer. Segolongan besar pemilik AdWords tidak menggunakan kemudahan ini di mana sememangnya siap disediakan oleh Google dan juga syarikat-syarikat web hosting mereka. Untuk menjadi e-marketer yang bijak, anda perlu ambil tahu segala-galanya berkenaan dengan pelawat laman anda berapa nilai bagi setiap klik yang dibuat, apa kemampuan anda untuk menarik pelanggan dan ROI bagi setiap komponen iklan anda. Statistik itu penting untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak. Sebab inilah anda sepatutnya memanfaatkan kemudahan-kemudahan statistik seperti conversion tracking, Google Analytics, dan statistik hosting domain yang anda gunakan.

4) Tidak menggunakan perlindungan Click Fraud

Apa itu Click Fraud? Ianya merupakan klik yang dibuat oleh pemilik laman web semata-mata untuk mendapatkan keuntungan, bukan kerana mereka berminat untuk membeli produk anda. Kajian menunjukkan bahawa 30% daripada pay-per-click merupakan klik yang tidak sah. Ini seolah-olah seperti anda telah dirompak.

Sesetengah webmaster klik pada iklan-iklan pesaing mereka sebagai taktik kotor untuk membazirkan duit pesaing tersebut.

Tidak kiralah siapa yang dan bagaimana penipuan ini berlaku, pokoknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan daripada penipuan klik ini. Anda juga harus mengambil tahu mengenai siapa yang klik pada iklan anda agar anda tidak menjadi mangsa penipuan ini.


Jumaat, 2007 Oktober 05

Cara Untuk Meningkatkan Click-Through-Rate Menggunakan Google Adwords


Click-Through-Rate (CTR) memainkan peranan yang penting untuk memastikan kempen Adwords anda berkesan. Sesetengah orang menyatakan bahawa CTR berbeza-beza bergantung kepada sektor yang anda pilih. Namun, ada juga tips-tips yang boleh anda amalkan bagi mencapai hasil yang lebih menggalakkan. Di dalam post ini, saya akan berkongsi 4 cara untuk meningkatkan potensi CTR anda.

Membina Struktur Akaun Yang Betul

Telah banyak akaun yang saya lihat yang mempunyai struktur yang agak teruk. Webmasters mencipta kempen, kemudia cuba untuk memuatkan 20 hingga 100 keyword di dalam satu tempat sahaja. Kemudian mereka tertanya-tanya mengapa kempen mereka tidak berkesan.

Sebabnya mudah sahaja. Dengan menempatkan terlalu banyak keyword yang tidak berkaitan antara satu sama lain merupakan satu tindakan yang tidak logic dan sia-sia. Samalah seperti anda cuba menyumbat terlalu banyak keyword di dalam iklan yang hanya membenarkan 95 perkataan sahaja.

Apa yang anda perlu lakukann ialah membahagikan keyword ini kepada kumpulan-kumpulan yang berkaitan dan setiap kumpulan hanya mengandungi tidak lebih daripada 25 keyword. Ini kemudiannya akan menghasilkan iklan-iklan yang relevan berasaskan keyword dan kata kunci yang membantu satu sama lain.

Pilih keyword yang betul

Jangan sekali-kali guna satu keyword sahaja ataupun memilih perkataan yang mempunyai maksud yang terlalu meluas.

Contohnya, jika anda menjual barang-barang penjagaan kucing, anda mungkin rasa keyword “kucing” merupakan perkataan yang sesuai. Sebenarnya, perkataan ini tidak sesuai kerana ianya terlalu am dan meluas.

Katakanlah 5,883 pengguna mencari gambar kucing dan iklan anda akan dipaparkan di setiap carian ini melainkan anda menggunakan keyword yang lebih spesifik. Dan keyword yang lebih sesuai dalam kes ini tidak lain dan tidak bukan, “Penjagaan Kucing”.

Lebih baik lagi, “Produk Penjagaan Kucing”.

Ataupun lebih tepat lagi “Produk Penjagaan Kucing Online”.


Guna Keyword Anda Pada Tajuk Iklan

Ini merupakan teknik yang paling penting. Malah Google juga menggalakkan anda untuk berbuat demikian. Google lebih menghargai iklan yang menggunakan keyword di dalam tajuk iklan dan ianya boleh membantu iklan anda kelihatan lebih menonjol berbanding iklan-iklan lain.

Keyword Negatif

Keyword negatif berfungsi sebagai penapis di dalam dunia Adwords. Ianya boleh membantu untuk membezakan golongan pengguna yang berminat dengan produk yang anda tawarkan dengan golongan pengguna yang mencari produk lain.

Katakanlah anda menggunakan keyword “web design” dan pengguna menaip “web design templates” di dalam enjin carian. Dengan meletakkan “template” sebagai keyword negatif, anda akan dapat memastikan agar iklan anda tidak akan dipaparkan dalam keputusan carian “web design template” tersebut.

Teknik ini bukan sahaja dapat membantu anda meningkatkan CTR anda, malah anda dapat menjimatkan kos pengiklanan Adwords dengan mengelakkan iklan anda daripada di klik oleh pengguna yang tidak akan membeli produk anda.

Walaupun iklan anda tidak menepati apa yang mereka cari, tidak ada jaminan yang mengatakan iklan anda tidak akan diklik langsung. Oleh itu, lebih baik anda elakkan terus kebarangkalian tersebut.


Selasa, 2007 Oktober 02

Kalau Silap Caranya, Google AdWords Boleh Mengeringkan Poket Anda!


Pada peringkat awal beberapa tahun dahulu, strategi saya menyebabkan saya gagal dan kerugian di dalam bidang pengiklanan Google AdWords. Saya merupakan di antara mereka yang inginkan keuntungan yang cepat, dan lantaran tersilap langkah, jatuh terduduk. Begini ceritanya..

Saya beli sebuah e-book mengenai bagaimana hendak berjaya di dalam AdWords. Sebelum sempat habis membaca keseluruhan buku tersebut, saya membuka sebuah akaun Google dan mula mengiklan. Saya membelaknjakan $150 untuk iklan ini dan ianya tidak menghasilkan apa-apa pendapatan langsung untuk saya.

Kebanyakan e-book akan memberitahu anda untuk mengikut apa yang biasa dibuat oleh orang lain. Bunyinya seperti mudah, namun tidak semudah yang di sangka memandangkan saya memilih untuk membeli keyword yang paling mahal dan paling mempunyai permintaan yang tinggi. Sedangkan terdapat pelbagai kombinasi keyword yang boleh saya gunakan dengan harga yang agak murah dan berupaya untuk menghasilkan keuntungan yang menggalakkan.

Saya tidak sanggup untuk kehilangan lebih banyak duit, oleh itu, saya habiskan membaca ebook tadi dan beli satu lagi ebook. Saya habiskan membaca buku itu. Selepas membaca buku-buku tersebut dan mengambil fakta-fakta penting, saya dapati AdWords merupakan satu program yang terlalu berisiko buat saya. Saya samakan AdWords seperti bermain saham, di mana keduanya boleh membuatkan tekanan darah saya naik!

Untuk berjaya di dalam bidang AdWords, anda perlu tahu apa yang boleh menarik perhatian pengguna untuk mengetahui perihal lanjut tentang produk ataupun servis yang anda tawarkan. Melalui kesilapan saya yang lalu, saya mula membuat kajian tentang ini dan saya dapati peluang untuk menjana keuntungan akan menjadi lebih cerah jika anda mempunyai landing page yang bagus dan berinformasi. Landing page anda boleh jadi laman yang menawarkan maklumat ataupun ulasan anda tentang produk ataupun servis tersebut, cukup untuk membuatkan pengguna tertarik untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jika anda menjual produk affiliate melalui AdWords, anda perlu ambil tahu perihal conversion rate bagi laman produk tersebut. Conversion rate ialah peratusan yang menggambarkan berapa banyak pelawat yang melayari laman itu dan menjadi pembeli. Jika convension rate laman itu rendah, bermakna, kebanyakan pengguna yang melari laman tersebut tidak akan membeli produk anda. Ini akan membuatkan anda kerugian kerana anda perlu membayar setiap klik yang dibuat oleh pengguna pada iklan anda.

Salah satu kegagalan saya ialah pengguna klik pada iklan yang saya paparkan, tetapi tidak membeli produk yang saya tawarkan. Oleh itu, saya perlu membayar Google tetapi tidak mendapat apa-apa untung.

Saya juga mensasarkan iklan pada golongan pengguna yang salah dan ini benar-benar membuatkan saya rugi besar. Apa yang patut saya lakukan ialah mencipta iklan saya untuk market yang betul. Maknanya, memperkenalkan produk anda yang sememangnya berminat untuk mencari produk yang serupa. Contohnya, jika saya ingin menjual komputer, saya tidak sepatutnya memaparkan iklan saya di laman-laman yang tidak berkaitan seperti laman menjual alat-alat memancing.

Affiliate marketing membenarkan ahli mereka untuk mengiklankan produk ataupun servis yang ditawarkan menggunakan beberapa cara bagi meningkatkan lagi kebarangkalian untuk menjana keuntungan. Commission Junction merupakan salah satu network laman affiliate yang akan menguruskan perhubungan antara pembekal produk dan ahli affiliate.

Jika anda menggunakan Google AdWords dengan betul, dan membina landing page yang menarik, anda akan berjaya menjana pendapatan. Dan anda boleh memanfaatkan Adword untuk meningkatkan lagi keuntungan dan menarik lebih banyak trafik. Anda juga boleh menggunakan email marketing dengan AdWords. Kempen AdWords anda akan membawa pengguna ke laman web anda di mana mereka akan dapat membaca maklumat-maklumat yang anda tawarkan.

Terdapat pelbagai e-book berkaitan dengan bagaimana hendak menjana keuntungan melalui AdWords. Saya cadangkan agar anda buat kajian menyeluruh sebelum bertindak.


Sabtu, 2007 September 29

Keyword Negatif dan Strategi Untuk Menguruskan Pay-Per-Click (PPC)


Negative keywords atau Keyword negatif suduh wujud sejak dahulu lagi, namun, tidak ramai yang tahu mengenai keyword ini, apatah lagi menggunakannya. Di sini, kami akan terangkan cara-cara untuk memanfaatkan keyword negatif bagi memperbaiki Pengurusan Pay-Per-Click (PPC) anda.

Apa itu keyword negatif?
Merupakan keyword ataupun kata kunci yang digunakan bagi mengelakkan pengguna yang tidak diingini untuk melayari laman anda. Apabila sesuatu perkataan itu anda labelkan sebagai keyword negatif, Google akan menghalang iklan-iklan anda dari dipaparkan apabila pengguna menggunakan perkataan tersebut di dalam carian mereka.

Bagaimana Hendak Menggunakan Keyword Negatif?
Keberkesanan keyword negatif anda bergantung pada struktur akaun anda.

Anda boleh menyenaraikan perkataan-perkataan ini di dalam bahagian akaun ataupun kempen anda. Contohnya, katakanlah anda mempunyai laman yang memaparkan jenaka-jenaka dan cerita-cerita untuk dibaca oleh pengguna sebagai hiburan. Keyword negatif yang bersesuaian dalam hal ini untuk disenaraikan di dalam bahagian akaun anda adalah seperti “nasty, dirty, sexy..” dan sebagainya.

Senario lain pula, di mana anda mempunyai laman web yang menjual pakaian. Katakanlah anda sedang menjalankan kempen mengenai jualan murah untuk pakaian kanak-kanak dan pakaian dalaman untuk wanita. Untuk bahagian kempen pakaian kanak-kanak, anda patut senaraikan keyword negatif seperti “sexy, adult..etc” agar pengguna yang mencari pakaian kanak-kanak tidak tersasar ke iklan anda yang menawarkan pakaian dalaman. Manakala untuk pakaian dalaman wanita anda senaraikan perkataan seperti “children, kids” dan sebagainya bagi mengelakkan kanak-kanak tersasar ke laman ini.

Kesimpulannya:
Keyword negatif, jika digunakan dengan bijak dapat menjimatkan kos PPC anda di mana ia dapat membantu laman anda untuk dipaparkan kepada kumpulan pengguna yang disasarkan.


Jumaat, 2007 September 28

Affiliate Marketing Menggunakan Google AdWords


Google mempunyai reputasi dan pencapaian yang menggalakkan, lebih dari pesaing-pesaingnya seperti Yahoo dan MSN. Melalui fakta ini, adalah bijak bagi seseorang untuk menggunakan bantuan Google bagi membantu mereka untuk menjana keuntungan. Salah satu program yang ditawarkan oleh Google untuk membantu sesebuah bisnes ialah Google AdWords. Namun begitu, bagaimana seseorang individu yang tidak mempunyai apa-apa produk hendak memanfaatkan Google AdWords ini dan menjana keuntungan?

Jawapannya tertera di laman keputusan enjin carian Google. Setiap kali anda membuat carian menggunakan Google, di bahagian kanan laman yang memaparkan keputusan carian anda terdapat iklan-iklan daripada pemilik laman web yang menggunakan Google AdWords. Ambil perhatian pada iklan-iklan ini, lebih-lebih lagi sepuluh iklan paling atas yang tertera. Klik pada iklan-iklan ini dan kaji laman web mereka. Seterusnya, perhatikan keyword yang terdapat di dalam laman-laman tersebut.

Seperti yang kita tahu, AdWords dicipta menggunakan keyword ataupun kata kunci yang digunakan oleh pengguna untuk mencari sesuatu maklumat. Contohnya, jika pengguna ingin mencari maklumat ataupun produk handbag jenama Louis Vuitton, kebarangkalian bagi keyword yang akan mereka taip adalah seperti “Louis Vuitton handbag”. Lebih tepat keyword yang digunakan, lebih tepat keputusan carian yang diberikan oleh Google. Iklan yang tertera di bahagian kanan laman keputusan carian ini juga bergantung pada keyword yang ditaip tadi.

AdWords merupakan iklan yang berbayar di mana anda perlu membayar setiap klik yang di buat oleh pengguna. Oleh itu, pastikan anda menentukan pasaran atau sasaran pengguna yang betul. Jika tidak, anda hanya akan membazir wang membayar klik yang tidak mendatangkan apa-apa hasil.

AdWords turut membenarkan anda untuk memarketkan produk orang lain seperti produk-produk di dalam program affiliate. Anda perlu membayar Google setiap kali pengguna klik pada iklan anda, tapi katakanlah pengguna itu membeli produk Affiliate yang anda iklankan, anda akan menjana keuntungan. Tidak perlu susah hati mencari kata kunci ataupun produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. AdWords Keyword Suggestion Tool menawarkan servis di mana ia akan memaparkan perkataan ataupun kata kunci yang kerap digunakan oleh pengguna dan jumlah laman web di luar sana (pesaing) yang menawarkan maklumat berkenaan kata kunci tersebut (Performance Statistic). Kebanyakan marketer menggunakan maklumat ini untuk membina laman web yang leih baik dan kempen pemasaran yang berkesan.

Biar saya rumuskan apa yang saya maksudkan di atas. Jika anda tidak mempunyai apa-apa produk untuk ditawarkan: Mendaftar dalam sebuah program affiliate > Guna Google AdWords untuk mempromosikan produk affiliate tersebut > Melalui Google AdWords anda bawa pengguna ke laman affiliate anda ataupun ke laman web anda sendiri di mana anda terangkan mengenai produk tersebut dengan lebih terperinci dan sertakan link mengarah ke laman affiliate tersebut > Jika pengguna membeli produk affiliate anda melalui link yang disertakan, anda dapat menjana keuntungan. Mudah bukan?

Bahagian yang lebih rumit dalam proses ini ialah memilih sesebuah program affiliate yang bagus.

Anda boleh cari laman yang mengumpulkan program-program affiliate untuk anda pilih. Satu laman yang saya biasa layari ialah Commission Junction. Laman ini menyediakan kemudahan untuk menunjukkan kepada anda prestasi sesebuah affiliate tersebut. Samada ianya mempunyai bilangan pelanggan yang menggalakkan ataupun tidak. Tapi ingat, walaupun anda boleh menjana pendapatan mengguna Google AdWords dan program-program affiliate, mereka bukanlah sejenis skim cepat kaya. Ianya tetap memerlukan usaha dan kesabaran.

Apa yang mereka tawarkan hanyalah kemudahan untuk anda bekerja dari rumah. Hasilnya, terpulang pada anda sendiri.


Rabu, 2007 September 26

Menjana Pendapatan Menggunakan AdWords


Penempatan di dalam enjin carian merupakan satu faktor penting jika anda mahukan trafik yang tinggi ke laman anda. Terdapat berbagai-bagai cara dan teknik yang boleh anda gunakan untuk mencapai apa yang anda mahu, seperti penggunaan marketing melalui artikel, memenuhkan laman anda dengan kata kunci dan sebagainya.

Walaupun niche market anda sudah penuh sesak, anda tetap boleh menarik perhatian pengguna dengan menjadi antara yang teratas dalam senarai Google. Google AdWords merupakan satu teknik yang popular dan cukup efektif bagi menarik perhatian trafik ke laman web anda.

Tetapi, sebelum anda mula membelanjakan duit anda ke atas mana – mana keyword, anda perlu tahu bagaimana untuk mencipta kempen yang betul sekaligus meningkatkan lagi peluang anda untuk menjana keuntungan.

Pilih keyword keyword yang sesuai
Keyword merupakan kata kunci ataupun perkataan yang biasa digunakan dalam proses pencarian maklumat melalui enjin carian. Contohnya, jila laman web anda merupakan laman mengenai penjagaan kucing, maka keyword yang anda mahu gunakan ialah “penjagaan kucing”. Guna alat-alat yang ditawarkan di luar sana bagi menentukan keyword yang popular dan sesuai untuk laman anda.

Tulis Iklan Anda Terlebih Dahulu
Seeloknya, duduk dan fikirkan terlebih dahulu apa yang ingin anda muatkan di dalam iklan anda. Ambil sedikit masa untuk tuliskan maklumat-maklumat yang anda ingin sertakan. Rancang terlebih dahulu dengan teliti, kemudian barulah anda log in ke akaun Google anda.

Jangan Belanja Terlalu Banyak Pada Klik
Pastikan anda menetapkan bajet ataupun had ke atas kos yang ingin anda belanjakan.

Jangan Bayar Terlalu Rendah Ataupun Terlalu Tinggi
Daripada membayar harga yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi, seeloknya, pilihlah yang di tengah-tengah. Anda tidak semestinya perlu berada di tempat yang paling atas, tetapi, anda mungkin mahu tetap berada di muka pertama dalam laman keputusan enjin carian.

Cipta Iklan yang Menonjol
Ini memerlukan sedikit kreativiti agar iklan anda kelihatan lebih menonjol berbanding dengan iklan-iklan saingan anda. Google tidak membenarkan penggunaan huruf besar semata-mata. Anda mungkin boleh cuba cara seperti menggunakan huruf besar pada huruf pertama setiap perkataan.

Kenali Pesaing Anda
Sememangnya satu kemestian bagi anda untuk mengenali pesaing-pesaing anda. Ambil tahu mengenai apa yang mereka tawarkan untuk pengguna-pengguna.

Senaraikan Harga Anda
Sertakan sekali harga produk ataupun servis anda. Dengan cara ini, pengguna-pengguna boleh memutuskan samada produk atau servis yang anda tawarkan bersesuaian dengan kehendak mereka. Ini juga boleh menjimatkan kos pengiklanan anda.

Sasarkan Iklan Anda Secara Geografi
Melainkan produk anda boleh digunakan di serata dunia, anda digalakkan untuk memilih laman-laman yang fokus di kawasan atau negara tertentu. Contohnya, jika anda menawarkan tiket untuk ke Menara Kuala Lumpur yang murah, anda mungkin mahu tumpukan iklan anda di laman-laman sekitar Malaysia sahaja.

Sentiasa Sertakan Galakkan Untuk Bertindak
Sasaran anda ialah untuk mendapatkan trafik ke laman anda, oleh itu di akhir iklan, sentiasa galakkan pengguna untuk bertindak.

Uji Iklan Anda
Jangan hanya guna satu iklan. Paparkan beberapa iklan bagi memastikan mana satu yang lebih efektif. Kemudian, anda boleh memperbaiki iklan anda dari masa ke semasa.

Jika anda ikut tips-tips ini, peluang anda untuk menjana keuntungan melalui AdWords akan menjadi lebih cerah!