Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging . Papar semua catatan

Jumaat, 2008 Januari 18

Cara-cara Untuk Menangani Komen-Komen “Cari Gaduh”


Jika anda merupakan seorang pemilik blog yang mempunyai trafik yang tinggi anda mungkin mempunyai pengalaman di mana sesetengah pembaca blog anda meninggalkan komen-komen yang pedas dan berunsur cari gaduh. Di sini saya ingin cadangkan beberapa cara bagi anda untuk menangani komen-komen seperti ini.

  1. Tenangkan diri anda sebelum memberi respon. Kebanyakan mereka yang meninggalkan komen-komen seperti ini sememangnya mengharapkan anda merasa marah dan melawan kata-kata mereka. Jangan terperangkap. Sebaliknya, balas komen mereka selepas anda menenangkan diri anda agar tidak terjadi pergaduhan yang boleh menjejaskan kredibiliti blog anda.

  2. Bertolak ansur dengan kritik daripada pembaca blog anda. Jangan cepat melatah. Ambil pengajaran daripada kritik dan komen-komen yang ditinggalkan.

  3. Bertanggungjawab terhadap post anda. Biasanya pembaca tidak akan meninggalkan komen-komen pedas tanpa sebab. Jika alasan mereka relevan dan membuktikan bahawa anda sememangnya silap, jangan biarkan ego anda menjadi penghalang seterusnya membuatkan anda bersikap seperti menegakkan benang yang basah. Jangan malu untuk meminta maaf.

  4. Jangan buang komen-komen ini serta merta. Kadangkala komen-komen ini boleh membuatkan blog anda kelihatan lebih aktif dan menarik. Walaubagaimanapun, jika komen tersebut mengandungi bahasa yang terlalu kasar dan boleh menyinggung perasaan pembaca lain, sebaiknya padamkan sahaja.

  5. Anda boleh membalas komen-komen ini dengan menukarkan perbualan kepada sesuatu yang lebih positif. Masukkan sekali gurauan bagi mengurangkan kemarahan pembaca tersebut. Respon dengan ramah. Jika kena caranya, apa salahnya bersetuju serba sedikit dengan pandangan mereka.

Jangan lupa, pemberi komen ini semuanya manusia biasa seperti anda juga. Mereka mempunyai perasaan, dan kena pada gaya, anda boleh melembutkan hati mereka dengan komen balas yang bijak. Disamping membuatkan anda kelihatan lebih berintegriti di mata pembaca lain, si pemberi komen juga mungkin akan menjadi pelawat setia blog anda.


Selasa, 2007 Disember 25

Guna Blog Anda Untuk Mendapatkan Tawaran Menulis Artikel Secara Berbayar


Terdapat ramai pemilik blog yang mencari penulis artikel bagi menambah isi kandungan blog mereka. Pemilik blog ini sanggup membayar penulis-penulis tersebut bergantung kepada panjang artikel dan topik yang diberi. Jika anda mempunyai sebuah blog dan pandai mengarang, anda boleh mengambil kesempatan dengan menawarkan servis anda untuk menulis artikel buat blog-blog lain. Disamping menimba pengalaman, anda juga boleh mendapatkan duit poket lebih.

Apa yang anda perlu lakukan ialah pastikan post di dalam blog anda merupakan artikel-artikel yang anda tulis sendiri. Kemudian, anda boleh gunakan blog tersebut sebagai portfolio untuk ditunjukkan kepada pemilik blog yang berminat. Jika mereka berpuas hati dengan apa yang mereka lihat, mereka pasti mahu anda menghasilkan beberapa artikel untuk blog mereka seterusnya membayar khidmat anda mengikut harga yang anda persetujui.

Seterusnya anda boleh iklankan diri anda agar pemilik-pemilik blog ini tahu bahawa anda menawarkan servis menulis artikel. Anda boleh pergi ke Blogger Job dan daftarkan maklumat anda sebagai penulis artikel. Anda juga boleh iklankan tawaran anda diblog anda sendiri.

Namun, jangan bersetuju untuk menulis terlalu banyak artikel dalam satu masa. Anda masih mempunyai blog anda sendiri yang perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Jika anda terlalu sibuk menulis artikel untuk orang lain, blog anda akan terabai. Ini akan merugikan diri anda sendiri kelak kerana jika anda mahu menggunakan blog anda sebagai portfolio, ini bermakna blog anda adalah sebuah aset. Maka, ianya perlu diberi perhatian secukupnya.

Cubalah, mungkin anda boleh menambah lagi sumber pendapatan anda dengan menulis artikel untuk pemilik blog lain.


Selasa, 2007 Disember 18

Guna Gambar Berlatarkan Warna Putih Untuk Blog Anda


Seperti yang anda ketahui, gambar-gambar boleh membuatkan blog anda kelihatan lebih menarik sekaligus menggalakkan pengguna untuk membaca maklumat yang anda paparkan. Namun begitu, untuk memastikan gambar-gambar ini benar-benar sesuai dengan rekaan blog anda merupakan satu cabaran. Tidak kena caranya, ianya akan kelihatan buruk dan menyakitkan mata yang memandang.

Satu cara paling mudah untuk memastikan gambar yang anda paparkan kelihatan cantik dan sesuai ialah dengan menggunakan gambar yang berlatar-belakangkan warna putih semata-mata. Ini akan menjadikan imej yang ingin anda paparkan kelihatan lebih menonjol dan kemas. Di sini saya paparkan 2 contoh gambar.

Lihat perbezaan gambar yang mempunyai latar belakang dengan gambar yang berlatarkan warna putih. Ambil perhatian betapa gambar yang berlatarkan warna putih kelihatan lebih kemas digandingkan dengan isi kandungan blog ini.


Rabu, 2007 Disember 12

Tips Untuk Menjana Trafik ke Blog Anda


Terdapat banyak faktor yang membuatkan blog lebih produktif daripada laman web biasa. Antaranya ialah kepantasan sesebuah blog diindeks dan kemudahan untuk mendaftarkan blog di direktori-direktori, kebolehan untuk ping dan sebagainya. Semua ini boleh membantu pemilik blog untuk mendapatkan trafik lebih ke blog mereka. Dan di sini saya senaraikan tips-tips popular yang boleh anda gunakan:
  1. Karang sekurang-kurangnya 4 post yang mengandungi keyword setiap hari. Kebanyakan blog yang popular seperti Boing Boing dan Daily Kos (di mana mereka mempunyai lebih sepuluh ribu pelawat setiap hari) mempublikasikan kira-kira 30 post pendek setiap hari yang mengandungi lebih kurang 150 perkataan.

  2. Daftar ke My Yahoo! Apabila anda mendaftarkan RSS anda di My Yahoo, ianya akan diindeks oleh Yahoo.

  3. Daftar juga ke Google’s Reader. Dengan ini blog anda akan diindeks oleh Google Blog Search.

  4. Letakkan link direktori di blog anda, kemudian bertukar link dengan agresif. Walaupun cara ini akan mengambil masa lebih berbanding dengan mendaftar di enjin carian dalam satu masa, ianya merupakan satu cara terbaik untuk memastikan anda memperolehi trafik ke laman anda. Anda juga boleh menggunakan software seperti Zeus untuk membantu melancarkan lagi proses penukaran link ini.

  5. Guna laman ping seperti ping-o-matic. Kemudian ping laman anda setiap kali anda menambah post baru.

  6. Daftar blog anda ke enjin carian tradisional seperti Alta Vista dan MSN.

  7. Daftar blog anda di direktori tradisional seperti DMOZ. Direktori-direktori seperti ini akan meningkatkan lagi kredibiliti blog anda di mata Google. DMOZ agak cerewet, tapi apa salahnya mencuba.

  8. Daftar ke direktori-direktori RSS dan enjin-enjin carian sebanyak mungkin. Proses ini mudah sahaja. Malah, ada software yang boleh membantu seperti RSS SUBMIT.

  9. Tinggalkan komen diblog-blog lain. Tapi ingat, jangan pula anda tinggalkan komen malas seperti “Saya setuju” ataupun “Ini post yang bagus”. Sebaliknya komen secara bijak dan menarik di mana ianya akan membuatkan pemilik blog tertanya-tanya dan ingin tahu siapa anda lantaran pergi ke blog anda.

  10. Guna track back. Jika ada blog yang anda guna sebagai rujukan dan ianya amat relevan kepada subjek yang anda bincangkan, jangan teragak-agak untuk meninggalkan track back. Ianya akan meningkatkan populariti blog anda.

  11. Jangan abaikan offline. Guna suratkhabar, papan buletin, kad bisnes dan pelekat untuk mengiklankan kewujudan blog anda.

  12. Letakkan link blog anda pada e-mail signature block anda.

  13. Guna Groups (Usenet). Cari kumpulan yang relevan melalui Google groups, Yahoo groups, MSN groups ataupun beribu-ribu servis yang sama yang ditawarkan di luar sana. Cari pengguna yang sama seperti anda dan berinteraksi dengan mereka. Pastikan anda guna URL blog anda seperti ianya nama anda sendiri.

  14. Manfaatkan forum-forum yang anda. Ini merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendapatkan nasihat berguna. Pergi ke forum-forum yang berkaitan dan cari masalah-masalah untuk diselesaikan. Jangan lupa untuk tinggalkan nama blog anda, tapi jangan pula anda kelihatan seperti spam.

  15. Tag laman anda. Cara ini merupakan satu cara yang amat popular kini. Laman-laman seperti Del.icio.us dan Technorati membenarkan anda untuk menempatkan artikel anda di bawah keyword ataupun tag yang membolehkan mereka di dalam tag yang sama untuk melihat blog anda.


Isnin, 2007 Disember 10

Apa Strategi Jangka Masa Panjang Untuk Blog Anda?


Melainkan anda mempunyai penulis sepenuh masa, pereka profesional dan bajet yang banyak untuk mengiklan dan mendapatkan trafik untuk blog anda, proses untuk menjadi popular merupakan proses yang panjang dan tidak akan tercapai dalam masa yang singkat.

Malah, kebanyakan blog yang popular mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi sebuah blog yang benar-benar berjaya.

Untuk memiliki blog yang bagus dan popular, anda perlu menulis dan mengarang tanpa henti setiap hari. Anda mungkin merupakan seorang penulis yang baik hari ini, namun bolehkah anda mengekalkan prestasi sebaik hari ini untuk hari seterusnya… dan seterusnya…

Inilah masalahnya. Untuk jangka masa yang panjang, anda perlukan satu strategi bagi memastikan blog anda tidak terabai. Terdapat tiga faktor yang perlu anda tumpukan iaitu: Inspirasi, motivasi dan fokus.

Inspirasi
  1. Menulis untuk pengguna yang anda sasarkan. Dengan menulis untuk sebuah topik semata-mata merupakan satu jalan yang membawa anda ke kehabisan modal. Maksudnya, satu hari nanti anda sudah memerah topik tersebut dan tiada apa lagi yang boleh anda bincangkan.

    Sebaliknya, karang isi kandungan untuk pengguna sasaran anda. Pastikan siapa mereka dan tulis artikel untuk khas untuk memenuhi permintaan mereka. Dengan cara ini, anda akan mendapat inspirasi untuk menulis.


  2. Sentiasa catat idea anda. Inspirasi merupakan satu faktor penting untuk blog anda. Tanpa inspirasi, anda tidak akan mempunyai kreativiti. Tanpa kreativiti, anda tidak akan ada idea. Oleh itu, anda harus sentiasa catatkan idea-idea anda dari masa ke semasa sebagai persediaan. Dengan ini, anda tidak akan mengalami ‘kekeringan idea’ untuk menulis. Jika pada suatu hari anda terasa ‘kurang kreatif’, buka sahaja buku catatan anda dan kembangkan idea yang anda sudah tulis tersebut.


Motivasi
  1. Berhubung dengan pembaca anda. Dengan menganggap pembaca blog anda sebagai trafik semata-mata, anda akan kehilangan keseronokan untuk menulis. Ini kerana anda tidak benar-benar pedulikan pendapat mereka dan apa yang mereka mahu.

    Ingat, setiap digit yang memaparkan pembaca blog anda merupakan pengguna yang mengambil masa mereka untuk membaca apa yang anda tulis dan perbincangkan. Ambil sedikit masa untuk berinteraksi dengan mereka. Kenali mereka dan lebih bagus lagi, bantu mereka. Aktifkan diri anda dengan membalas komen-komen mereka. Percayalah, ianya berbaloi.


  2. Tetapkan gol jangka masa panjang. Ini akan membantu anda untuk memotivasikan diri anda. Jangan setkan matlamat yang terlalu tinggi sehinggakan anda sendiri rasa ianya seperti mustahil untuk dicapai. Sebaliknya, buatkan matlamat anda seperti sebuah tangga. Contohnya, mula-mula anda setkan matlamat anda untuk mendapatkan 50 pelawat tetap. Apabila anda mencapai matlamat tersebut, anda naikkan lagi matlamat anda kepada 100 pelawat pula. Dengan ini anda akan merasa puas hati kerana mencapai matlamat anda dan bersemangat untuk mencapai matlamat yang seterusnya.


  3. Jana pendapatan. Jika blogging membantu dalam hal kewangan anda, gunakan faktor ini sebagai satu motivasi. Jika tidak, apa salahnya anda mula mencuba. Jika anda sudah mula mencuba tetapi seperti tidak berhasil, cuba guna taktik yang berlainan. Cuba jana pendapatan melalui sesuatu yang benar-benar anda minati. Mungkin anda boleh jadikan hobi anda sebagai satu sumber keuntungan.


Fokus
  1. Blogging mengikut keselesaan anda. Jika anda merasakan menulis post memberi kesan negatif kepada aspek lain di dalam hidup anda, itu maknanya anda tidak melakukannya dengan betul. Apa yang perlu anda lakukan ialah, tanya diri anda sendiri sekerap mana anda mahu menambah post di dalam blog anda. Dan kekerapan ini perlulah kekerapan yang tidak membebankan diri anda sendiri. Boleh jadi anda selesa untuk post seminggu sekali, ataupun tiga hari sekali. Terpulanglah. Yang penting, ianya perlu konsisten. Blogging seharusnya merupakan satu hobi, bukan satu pekerjaan.


  2. Simpan post untuk hari-hari kecemasan. Ada hari di mana anda rasa bosan, tidak sihat ataupun pergi bercuti di mana anda tidak mahu ambil tahu tentang blog anda, apatah lagi mengarang. Hari-hari seperti ini saya panggil ‘hari-hari kecemasan’ di mana anda perlukan isi kandungan agar blog anda tidak terabai.

    Seelok-eloknya, anda karang satu post lebih dalam seminggu untuk sebulan. Dan post-post ini anda simpan untuk ‘hari kecemasan’ tersebut. Mudah dan jimat! Post siap sedia, blog sentiasa terjaga, anda boleh berehat!


Isnin, 2007 Disember 03

Berhenti Memeriksa Statistik Blog Anda Setiap Hari!


Saya masih ingat waktu saya baru pertama kali mempublikasikan blog saya, saya gemar memeriksa statistik blog saya setiap hari. Kadang-kadang lebih dari sekali dalam sehari. Saya gemar merenung nombor statistik tersebut, lebih-lebih lagi jika nombor itu meningkat dari masa ke semasa.

Perkara yang sama berlaku apabila saya memulakan blog kedua saya dan saya mula menggunakan Adsense. Pada masa itu saya akan menggunakan kira-kira 30 minit setiap hari hanya untuk melihat kesemua dashboard blog, ranking di direktori-direktori dan program-program Web Analytics saya.

Sehinggalah suatu hari saya mula sedar dan mendapati apabila saya tambahkan kesuluruhan masa yang saya gunakan untuk memeriksa statistik ini, saya telah membazirkan 15 jam dalam sebulan! Hanya untuk melihat nombor dan ranking semata-mata! Sepatutnya saya manfaatkan 15 jam ini dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil yang lebih baik.

Oleh itu, jika anda mempunyai kegemaran seperti ini, berhenti serta-merta! Memanglah, mengambil tahu perihal statistik blog anda itu penting. Tapi, janganlah sehingga berlebih-lebihan pula. Saya faham, jika kita baru hendak berjinak-jinak dengan blogging, statistik ini sememangnya menyeronokkan. Tapi ingat, nombor-nombor ini patut digunakan untuk membantu anda membina blog yang lebih baik. Bukannya untuk membazir masa seterusnya mengkucar-kacirkan pengurusan waktu anda.

Mengkaji nombor-nombor ini perlu dilakukan secara strategik, bukannya secara obsessive. Sebaiknya, bina jadual yang menetapkan waktu tertentu untuk anda memeriksa statistik-statistik ini. Dengan cara ini, anda boleh merancang dengan lebih efektif.

Namun begitu, tidak ada kekerapan yang betul dalam hal memeriksa statistik. Anda boleh melakukannya secara mingguan ataupun bulanan. Terpulanglah. Asalkan jangan terlalu berlebih-lebihan.


Rabu, 2007 September 19

Cara Membuang NavBar Blogger.


Jika anda menggunakan blogger.com sebagai hosting blog anda, tentu anda pernah memikirkan cara untuk membuang navbar blogger di atas tu kan? Bukannya apa, pada pendapat saya, lebih baik navbar itu dibuang sahaja, kerana di situ terdapat butang "next blog" yang jika diklik, akan membawa anda ke blow yang lain. Bukan sahaja ianya membawa pembaca keluar daripada blog anda, tetapi jika blog yang seterusnya itu mempunyai kandungan yang lucah atau tidak sesuai, lebih teruk lagi untuk pembaca anda. Jadi di sini saya akan menunjukkan cara - cara untuk membuang navbar tersebut.

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membuang navbar itu, tetapi saya akan menunjukkan cara yang paling mudah. Mula - mula, login ke akaun blogger anda. Apabila di bahagian "Dashboard", klik di "Layout" dan kemudian di "Edit HTML". Dengan ini, anda akan dapat melihat kod HTML template yang anda gunakan.

Cari bahagian seperti gambar di bawah, ianya berada di bahagian awal kod HTML.

Dan masukkan kod ini di bawah bahagian tersebut.


#navbar-iframe {
display: none !important;
}



Selepas itu klik pada "Save". Dah siap. Sekarang blog anda tidak lagi menunjukkan navbar blogger di bahagian atas. Selamat mencuba.


Ahad, 2007 September 16

Blog RSS.


Really Simple Sindication (RSS) adalah satu sistem yang digunakan untuk menyimpan dan mengekalkan maklumat dikemaskini bagi blog yang selalu anda kunjungi. RSS menggunakan kod XML yang mengimbas secara berterusan kandungan atau topik berkaitan bagi sesetengah blog bagi mendapatkan informasi, dan kemudian menyalurkan informasi yang telah di update ini kepada pelanggan.

RSS feed secara umumnya digunakan dalam blog supaya mana-mana blog atau laman web yang mahu menyebarkan dan mengeluarkan informasi boleh menggunakannya. Apabila informasi baru dihantar, ia akan mengandungi tajuk utama, sedikit teks samada sedikit pengenalan mengenai topik atau ceritanya. Klik kepada link tajuk diperlukan untuk membaca rencana sepenuhnya.

Untuk mendapatkan RSS feed ini, feed reader diperlukan, ianya dipanggil ‘aggregator’. Aggregator boleh diperolehi secara meluas dan percuma online, apa yang diperlukan ialah sedikit carian, kemudian anda akan dapat mengetahui tentang interface yang sesuai untuk anda. Tambahan pula, RSS feed ini dapat dibaca dan diperolehi menggunakan telefon bimbit dan juga PDA.

Apabila anda menjumpai blog yang anda ingin masukkan dalam aggregator, prosesnya boleh dilakukan dengan dua cara. Hampir setiap laman web menawarkan RSS feed di page mereka dengan butang “RSS” atau “XML”, hanya satu klik, dengan cepatnya ia menambah feed yang disebutkan dalam aggregator. Sestengah aggregator memerlukan anda untuk ‘copy and paste’ URL feed ini kedalam programnya.

Apa juga cara yang digunakan, anda akan pasti dapat mengakses feed tersebut sebaik anda telah memasukkannya, mungkin dalam beberapa saat updatenya akan anda terima. Dalam hal sekiranya anda tidak lagi mahu menerima update ini, anda hanya perlu membuang feed ini daripada aggregator.

Melalui langganan e-mail newsletter, anda akan menerima newsletter. Sebaliknya RSS feed boleh jadi lebih memudahkan dalam mendapatkan update newsletter kerana ia sangat tepat dan boleh didapati dengan mudah. Anda tidak lagi harus menunggu lama bagi mendapatkan news summary, dan news ini tidak akan termasuk kedalam spam filter. RSS feed ini digunakan setiap hari oleh orang yang tahu menghargai keperluan report yang pantas, dan news yang sedia dibaca dan hanya membaca update yang menyerlah bagi mereka.


Mengapa sebarkan feed anda?

Anda akan memperolehi lebih banyak pembaca untuk blog anda, kerana sekarang pembaca dapat mengunjungi laman web anda tanpa perlu membuka dan mencari laman web tertentu. Memang pada mulanya nampak seperti tidak mendatangkan hasil, tapi sebenarmya ia meningkatkan visibiliti blog anda. Ianya begitu kerana, pengguna lebih senang untuk mengikuti perkembangan laman web anda melalui cara yang mereka mahukan. Mungkin juga pengguna lebih tahu mengenai sesuatu yang menarik minat mereka boleh diakses melalui laman web anda.

Contohnya, blog anda akan memaparkan beberapa ciri baru setiap bulan, tanpa feed viewer anda terpaksa sentiasa mengingatkan mereka (melalui e-mail atau apa sahaja) untuk sentiasa kembali ke laman web anda supaya mereka tidak terlepas sesuatu yang baru, itupun jika mereka tidak lupa dan masih mempunyai masa. Tetapi andainya anda menyediakan feed, pembaca boleh menggunakan aggregator yang memaparkan link beserta dengan diskripsi mengenai sesuatu yang baru dan menarik dalam laman web anda.

Format untuk dipilih?

Syndication adalah sangat mengelirukan kerana ianya menggunakan banyak format yang terdapat didalam web. Bagaimanapun, secara amnya ia dapat diselesaikan dengan mudah, syndicated library digunakan dalam aggregator dimana ia mengkonsepsikan format feed tersebut, dengan itu mereka dapat menggunakan syndication feed tertentu.

Apa jua format yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian pemilik laman web. RSS 1.0 amat luas penggunaannya, dan praktikal jika diitegrasikan dengan sistem Semantic Web. RSS 2.0 pula sangat mudah digunakan dan senang direka. Atom merupakan standard IETF, ianya sangat konsisten dan telah pun diterima pakai umum.


Blogging : Kaedah Pemasaran Internet Percuma.


Sudah beberapa tahun blogging sudah dipraktikkan. Hanya setahun dua ini blogging menjadi bagaikan suatu kegilaan. Para remaja menjadikan blogging sebagai satu tempat mereka meluahkan dan menceritakan perasaan mereka, apa sahaja yang mengganggu mereka ataupun perkara yang membuat mereka teruja. Para peniaga mendapati blogging adalah satu cara terbaik untuk mereka memasarkan perniagaan mereka tanpa mengeluarkan modal sesen pun.

Apakah sebenarnya blogging? Blog adalah definisi yang digunakan untuk merujuk kepada web log. Secara amnya, blog adalah jurnal online. Blog boleh dimulakan tanpa sebarang kos langsung, dan selalunya digunakan untuk tujuan hiburan dan juga tujuan perniagaan.

Blogging untuk tujuan perniagaan anda adalah satu jalan yang pasti dapat menampakkan produk dan servis anda. Disini ada beberapa cara untuk menolong menambah pengiklanan internet anda melalui blog.

1) Memastikan pelanggan anda mengetahui tentang pengubahsuaian laman web anda. Produk baru anda dan laman web yang berkaitan harus dipromosikan melalui blog anda.

2) Sentiasa memantau pelan bisnes dan objektif anda melalui penulisan anda. Kandungan blog anda sangat mudah untuk disimpan melalui arkib. Apa yang lebih menyenangkan daripada mencari sesuatu yang mudah dicari dalam sistem carian apabila melayari internet kan?

3) Nyatakan pendapat, pandangan dan ulasan anda mengenai produk dan servis yang berkaitan dengan perniagaan anda. Pengumuman sangat mudah dilakukan dengan blogging.

4) Masukkan link yang boleh mendapatkan link kembali dan sekaligus memperbaiki kedudukan anda dalam enjin carian. Ini sanagt mudah dilakukan dengan membuat rencana yang baik dalam blog anda. Link yang berkaitan boleh diletakkan untuk menambahkan lagi pendapatan anda.

5) Kumpul respon dari pembaca anda melalui keupayaan blog memperolehi komen dari pembaca anda. Anda boleh mempelajari dan membuat panduan untuk meningkatkan produk dan servis melalui maklum balas pembaca anda.

6) Buat hubungan dengan blogger lain. Apabila mereka mendapati anda mempunyai sesuatu yang bagus dalam blog anda, mereka akan meletak anda dalam ‘favourite list’, dan ini akan secara automatik memberikan link terus ke blog anda dari laman mereka.

Jadi bagaimana anda mahu membuat blog? Ini antara beberapa cara untuk memberi anda peluang mengiklankan perniagaan anda secara online.

Samada anda menggunakan blogging software atau membiarkan servis blogging host menyediakan untuk anda. Blogger.com dan Wordpress adalah host servis yang popular dalam bidang ini. Host ini akan memberikan anda cara yang paling mudah bagaimana untuk mengendalikan blog anda.


Sabtu, 2007 September 15

Tiada Kekurangan Idea Bernas Untuk Blog Anda.


Disebabkan terlalu banyak blog yang ada di internet, ini akan menjadikan sukar bagi membezakan blog anda daripada yang lain. Sama ada anda mahu memulakan satu blog khusus untuk menyasarkan golongan blogger ataupun anda mahu menjadikan blog anda yang sedia ada lebih unik, kunci untuk membina dan menjaga blog anda supaya menarik minat dan perhatian komuniti blogger ialah dengan mencari keistimewaan ataupun “niche” anda. Jika anda dapat mencari satu keunikan yang tiada dalam blog lain tawarkan, anda akan berjaya menjadikan pembaca setia dengan anda. Apabila anda telah mengetahui niche anda, masih banyak lagi yang anda perlu lakukan, tetapi untuk mencari tempat anda di kalangan ‘blogosphere’, mencari niche ini adalah permulaannya.

Setiap blog bermula dengan satu idea, dan anda tidak akan dapat membuat satu blog yang tahan lama tanpa satu idea yang bernas. Banyak blog besar hari ini, menumpukan kearah para blogger dan persaingan untuk merebut perhatian dalam industri ini sangat kompetatif. Untuk membuatkan blog anda lebih menyerlah antara yang banyak ini, anda harus menawarkan sesuatu yang blog lain tidak tawarkan, ataupun anda mungkin boleh menawarkan sesuatu sama seperti blog yang sudah popular tawarkan tetapi jadikan ia lebih hebat dan dikagumi dengan cara menambah nilai untuk membuatkan tawaran anda lebih menarik.

Salah satu cara untuk mengenalpasti model terbaik untuk blog anda adalah dengan mengkaji blog yang sudah sedia ada menarik perhatian blogger untuk menentukan sama ada anda boleh mengambil sebahagian pendekatan yang mereka gunakan bagi merealisasikan impian anda. Sudah semestinya anda harus menyediakan beberapa perkara yang unik untuk membezakan anda dari pesaing anda. Ramai orang bersetuju bahawa kebanyakan blog yang berjaya dalam pasaran hari ini adalah kerana ia mempunyai lebih personaliti. Jadi, fikirkan cara supaya anda dapat memberikan satu gaya yang unik dan tersendiri dalam blog anda untuk menarik perhatian blogger, luahkan pendapat dan kepekaan anda dalam menyiapkan kandungan dan mereka bentuk blog anda.

Apabila anda telah mempunyai idea yang bagus untuk blog anda, tentukan apakah niche utamanya dan sediakan blog anda dengan personaliti, sesudah itu fikirkan cara bagaimana untuk anda menyebarkan perkembangan blog anda kepada para blogger. Dalam jangkamasa panjang, idea yang bagus sahaja tidak mencukupi untuk menarik minat para blogger. Anda perlu merangkakan pelan pemasaran yang bijak dan realistik dalam usaha membawa pembaca ke blog anda. Sekali anda telah mendapat pembaca, kandungan bagus anda itu akan membawa mereka datang melawat blog website anda sentiasa. Tapi pastikan anda dapat menarik perhatian blogger ini pada kali pertama atau blog anda berhadapan dengan tugas yang sukar untuk menarik perhatian sekali lagi.


Jumaat, 2007 September 14

Belajar Bagaimana Untuk Membuat Duit Dengan Blog Anda.


Ada dua jenis model bisnes yang digunakan para usahawan internet untuk membuat duit dengan blog mereka. Perkara pertama dan sangat biasa dilakukan adalah dengan menjadikan blog sebagai tempat mencari keuntungan dengan menjual pelbagai jenis iklan kepada pelbagai jenis syarikat dan jenama yang ingin menarik perhatian pembaca blog. Cara kedua pula adalah dengan membantu sesebuah jenama memperbaiki imejnya melalui cara memupuk satu hubungkait positif antara blog dan produk dalam pemikiran pengguna. Kedua-dua cara blog ini dapat mengaut keuntungan tinggi, terutamanya jika webmaster mempunyai keazaman tinggi dalam pemasaran.

Jika anda menulis blog dengan matlamat untuk menjual iklan, ada dua cara asas yang boleh anda gunakan untuk mengambil penaja yang mahu meletak iklan didalam blog anda; anda boleh menyerahkan tugas kepada orang lain atau anda boleh membuat kerja berseorangan dan mengaut sendiri keuntungannya. Dalam kumpulan pertama, ramai orang membuat duit melalui blogging adalah dengan menjual ruang iklan melalui program Google Adsense. Kelebihan yang diperolehi dari program ini adalah banyak memandangkan usaha yang sedikit dari blogger atau webmaster.

Menjual iklan secara terus kepada syarikat yang mahu meletak iklan banner atau link tajaan dalam blog anda mungkin memakan masa yang lebih lama, tetapi hasil bayaran dari ini adalah sangat memuaskan. Sekiranya anda mempunyai banyak kenalan dalam bidang yang berkaitan dengan blog anda, anda mungkin mahu memikirkan cara ini. Bagi mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang jualan dan berpengalaman dalam membuat proposal boleh membuat duit yang banyak dengan menyewakan ruang blog kepada syarikat yang berminat. Masalah utama dalam model ini adalah anda harus mempunyai pembaca yang agak ramai sebelum anda dapat menarik pengiklan, maksudnya anda harus membuat kerja selama beberapa bulan sebelum anda dapat menjana pendapatan dengan cara ini.

Semakin blogging menjadi bisnes yang mendatangkan keuntungan, banyak syarikat mencari jalan bagaimana mereka dapat merebut peluang ini. Satu cara untuk mendapat keuntungan dari blog adalah dengan membuat laman blog yang mesra pengunjung bagi syarikat itu. Selalunya syarikat akan mengambil blogger yang diiktiraf untuk mencipta satu blog yang direka khusus untuk pelanggan syarikat dan mencipta hubungan positif dengan jenama dalam fikiran pengguna. Bukan hanya seorang penulis tidak pernah bermimpi membuat duit dengan blogging telah diambil syarikat-syarikat untuk tujuan ini dan mereka menerima bayaran yang tinggi kerana kerja ini.


Khamis, 2007 September 13

Menjana Pendapatan Melalui Blogging Bermula Dengan Pelan Jangka Panjang.


Kebanyakan orang mengimpikan mendapat keuntungan dengan mengusahakan blog mereka sendiri, dan impian ini tidak lari dari orang yang mempunyai common sense, kesediaan untuk terus berusaha, dan pengetahuan asas mengenai teknologi blogging. Namun begitu, tidak berapa ramai orang membuat duit dengan blog mereka. Kebanyakan mereka yang gagal mengaut keuntungan melalui blog mereka adalah atas dua sebab. Selalunya, blogger mempunyai jangkaan yang tidak realistik tentang secepat mana pembaca mereka akan berkembang dan berapa banyak keuntungan yang akan mereka perolehi, dan apabila kedua ini tidak dapat melepasi jangkaan mereka, kekecewaan akan menyebabkan mereka tidak meneruskan blogging. Satu lagi perkara yang menyebabkan kegagalan ini adalah kurangnya perancangan. Jika anda mahu memperolehi keuntungan dari blogging ataupun apa sahaja bidang di internet, kuncinya adalah mempunyai perancangan yang realistik dan mengikutinya.

Untuk berjaya dalam mencari keuntungan dari blogging, perkara pertama yang anda perlukan adalah bilangan pembaca yang ramai. Lebih tinggi trafik anda perolehi, semakin ramai pengiklan yang mahu membayar anda. Bagaimanapun untuk menambahkan bilangan ramai pembaca berterusan yang diperlukan, bukan satu kerja yang mudah. Dengan blog-blog baru yang muncul setiap hari, mempunyai idea yang bagus dan cara penulisan yang baik sahaja adalah tidak mencukupi untuk menarik perhatian. Anda perlu lebih boleh memasarkan blog anda secara lebih efektif.

Terlalu ramai blogger menghabiskan masa menulis rencana mereka sehinggakan tiada masa untuk memasarkan projek mereka. Untuk jalan termudah, membuat update sekerap mungkin adalah jalan terbaik menjadikan blog anda di senarai teratas dalam ‘blogroll’ dan tertinggi dalam enjin carian blog seperti technorati, dan apabila pembaca anda mengetahui bahawa anda sentiasa membuat update, mereka akan kembali ke blog anda sekerapnya. Walaupun begitu, adalah tidak bermakna jika sekerap mana pun anda membuat update tetapi tiada sesiapa membaca blog anda, jadi jangan “kedekut” meluangkan masa menarik perhatian ke laman web anda. Untuk merealisasikan impian anda mengaut keuntungan melalui blog anda, cuba kurangkan bilangan post dan gunakan masa itu dengan menarik perhatian pembaca baru dengan membuat link dengan blogger lain, membuat hubungan dalam komuniti blog dan mengikuti perkembangan dalam cara memenangi trafik.

Semestinya, sekiranya anda seorang bijak pandai dalam bidang pemasaran ataupun mempunyai idea yang sangat bagus untuk sesuatu blog, kejayaan tidak akan datang dalam sekelip mata. Membina sebuah rangkaian pembaca yang banyak memerlukan masa, dan kemungkinan mengambil masa selama beberapa minggu atau bulan sebelum anda memperolehi keuntungan dari blog anda. Cuba untuk menjadi komited dalam projek blogging anda dalam masa yang sangat sukar ini. Untuk kekal komited, tetapkan matlamat berapa kerap anda akan update, dan berapa banyak pembaca yang anda inginkan dan berikan diri anda ganjaran kerana dapat kekal komited dalam pelan anda.