Memaparkan catatan dengan label Tips Internet Marketing . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Internet Marketing . Papar semua catatan

Selasa, 2008 Februari 19

Kebaikan dan Keburukan Menjual Ruang Iklan Secara Terus di Laman Web Anda


Ramai yang mempertikaikan samada menjual ruang pengiklanan secara terus merupakan satu cara yang bagus untuk memanfaatkan laman web anda. Mencari pengiklanan dan bersetuju dengan syarat dan keadaan masing-masing bukanlah satu proses yang mudah. Di sini saya kongsi bersama pengalaman saya berkenaan dengan perkara ini.

Kebaikannya:

Dengan menjual ataupun menyewakan ruang pada laman web anda secara terus, anda boleh menjana keuntungan lebih. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, katakanlah anda memaparkan iklan yang diuruskan oleh Google Adsense, 50% daripada jumlah yang dibayar oleh pemilik iklan tersebut akan dipotong oleh Google sebagai bayaran mereka. Jika anda berurusan terus dengan syarikat tersebut, anda akan mendapat keseluruhan bayaran tanpa perlu berkongsi dengan pihak ketiga.

Dengan menjual atau menyewa ruang iklan secara terus, anda akan lebih berkemampuan untuk menentukan jenis iklan dan kedudukan iklan tersebut mengikut kemahuan anda. Anda juga boleh menentukan iklan apa yang dianggap tidak relevan. Pendek kata, anda mempunyai kawalan sepenuhnya keatas iklan-iklan yang dipaparkan.

Kredibiliti laman anda akan meningkat apabila terdapat syarikat-syarikat sanggup membayar untuk meletakkan iklan di laman anda. Ini memberi gambaran bahawa laman web anda berkualiti dan mempunyai trafik yang kukuh. Dengan ini laman anda akan kelihatan lebih profesional.

Keburukannya:

Ianya mengambil masa yang banyak. Walaupun menjual ruang iklan mempunyai banyak kelebihan, ianya bukanlah satu tugas yang boleh diambil remeh. Anda perlu meluangkan masa untuk mencari pengiklan, berbincang, mengruskan hal-hal admin seperti pembayaran, pengetahuan statistik, menghantar laporan dan sebagainya.

Menjual ruang iklan tidak semudah memaparkan iklan melalui Google Adsense. Anda perlu mempunyai laman web yang mempunyai sekurang-kurangnya PR5, popular, mempunyai reka bentuk yang profesional dan isi kandungan yang benar-benar menepati cita rasa pengiklan tersebut.

Tidak stabil. Melainkan anda membuat perjanjian bahawa ruang itu disewakan dalam masa yang panjang, di mana ianya amat jarang berlaku, anda akan terpaksa mencari pengiklana baru setiap bulan. Kadang-kala setiap minggu. Ini boleh menjadi satu proses yang berulangkali dan ada masanya amat menyusahkan.

Oleh itu, jika laman web anda dibina berasaskan hobi dan sekadar untuk mengisi masa lapang, menjual ruang iklan secara terus bukanlah satu langkah yang digalakkan.


Jumaat, 2008 Januari 18

5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Memulakan Bisnes Internet Marketing


Bekerja sendiri merupakan impian ramai, apatah lagi jika pekerjaan tersebut boleh dilaksanakan di rumah sahaja. Bayangkan, tidak ada majikan, tidak perlu bersesak di dalam bas setiap hari ataupun melalui kesesakan lalu lintas. Terdapat pelbagai pilihan berkenaan dengan bekerja di rumah yang boleh anda cuba, dan salah satu daripadanya ialah Internet marketing. Dan di dalam post ini, saya ingin terangkan 5 perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda mengambil keputusan untuk berkecimpung di dalam Internet marketing.

  1. Internet marketing merupakan sejenis bisnes.
    Sama seperti perniagaan lain diluar sana, ianya akan mengambil masa untuk membangun dan menjana pendapatan tetap. Ramai yang salah anggap dan menyangka dengan membina perniagaan melalui internet, mereka akan dapat menjana keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Jangan bermimpi! Jika betullah Internet marketing boleh membuatkan anda kaya dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja, pastinya sudah ramai jutawan di sekeliling anda.

  2. Ketahui apa yang anda sukai.
    Ini merupakan satu faktor penting. Sia-sia sahaja jika anda berhenti kerja yang anda benci hanya untuk melakukan pekerjaan lain yang tidak anda gemari juga. Satu kelebihan Internet marketing ialah anda boleh memilih niche anda, tidak kiralah samada ianya berkaitan dengan haiwan, sukan, fesyen dan sebagainya. Senaraikan apa kegemaran anda dan pilih satu yang benar-benar anda rasa bersesuaian.

  3. Cari seorang mentor ataupun guru.
    Ini mungkin agak susah kerana internet dipenuhi dengan mereka yang berlagak seperti seorang ‘guru’ tetapi sebenarnya hanya ingin menjual maklumat kepada anda dengan harga yang tinggi. Namun, masih ada mereka yang benar-benar ingin membantu. Apabila anda jumpa seorang mentor yang bagus, pelajari sebanyak yang mungkin dari mereka. Jangan malu untuk bertanya.

  4. Ambil tahu dan jangan memandai-mandai.
    Terdapat pelbagai maklumat, tips dan helah di dalam Internet Marketing. Adalah penting bagi anda untuk betul-betul memahami bagaimana Internet marketing berfungsi. Buat kajian secara mendalam dan dapatkan rekomendasi dan cadangan daripada sumber-sember yang boleh dipercayai. Jangan terus buat sesuatu tanpa fahaman yang menyeluruh kerana ini boleh merugikan diri anda dalam sekelip mata.

  5. Berapa lama masa yang sanggup anda luangkan?
    Seperti yang saya katakan tadi, Internet marketing sama seperti perniagaan lain. Ianya akan mengambil masa sebelum anda mula menjana pendapatan secara stabil. Oleh itu, jika anda sudah mempunyai sebuah perkerjaan, jangan terus berhenti serta-merta. Sebaliknya, luangkan beberapa jam setiap hari untuk memulakan bisnes ini secara konsisten terlebih dahulu.
Nah! Jika anda sedang menimbang-nimbang untuk berkecimpung di dalam bidang Internet marketing, jadikan post ini sebagai panduan. Selamat berjaya!


Isnin, 2008 Januari 07

3 Faktor Yang Perlu Ada Pada Laman Mesra Pengguna (User-Friendly)


Gol penting bagi sesebuah laman web ataupun blog adalah untuk memuaskan hati serta menawarkan pengalaman yang positif kepada pelawat. Tidak kira apa jua bentuk market yang disasarkan, pendapat pengguna merupakan satu komponen yang penting bagi menentukan kejayaan sesebuah laman atau blog. Pelawat yang gembira ketika melayari laman anda kemungkinan besar akan datang semula, mencadangkan laman anda kepada kawan mereka, mendaftar untuk newsletter, membeli produk ataupun bertanya tentang servis anda dan sebagainya.

Oleh itu, ketika membenagunkan laman anda, keputusan anda haruslah berasaskan kepada kemahuan dan keperluan pengguna. Laman anda harus diasaskan berdasarkan fokus kepada pengguna. Namun, kebiasaaannya, pemilik laman akan mudah terbawa-bawa dengan apa yang mereka rasa cantik sekaligus terlupa akan kepentingan pengguna mereka.

Apa yang membuatkan sesebuah laman web itu mesra pengguna? Sebenarnya, terdapat banyak faktor di luar sana yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah laman, namun, mari kita mulakan dengan 3 faktor yang terpenting.

Laman Yang Cepat Dipaparkan

Apa yang saya maksudkan ialah kepantasan page load sesebuah laman. Walaupun kini semakin ramai yang menggunakan internet yang lebih laju, namun masih ada yang menggunakan sambungan dial-up yang lebih perlahan. Malah, dengan sambungan internet yang laju, sesetengah laman tetap mengambil masa yang lama untuk dipaparkan. Kebanyakan pelawat agak kurang sabar untuk menunggu laman ini dipaparkan sepenuhnya seterusnya jika page load anda mengambil masa yang agak lama, anda boleh kehilangan prospek pelanggan.

Faktor yang mempengaruhi kepantasan page load ialah bilangan dan saiz imej yang anda paparkan, flash dan macromedia, dan sesetengah kod. Ini semua saya panggil sebagai beban laman dimana ianya akan memberatkan laman anda untuk dibuka. Seeloknya, kurangkan pengguna imej-imej yang terlalu besar serta hiasan lebih menggunakan flash.


Navigasi

Semua pengguna mahu kemudahan untuk pergi dari satu laman ke satu laman untuk mencari maklumat yang mereka kehendaki. Satu faktor yang besar bagi laman web yang mesra pengguna adalah dengan menawarkan navigasi yang mudah dan kemas. Titik navigasi sepatutnya diletekkan di tempat yang konsisten. Contohnya, jika link-link anda pada laman utama ditempatkan di sebelah kiri laman, maka kesemua laman yang lain harus meletakkan link tersebut ditempat yang sama, menggunakan elemen yang biasa digunakan seperti laman Tentang Kami ataupun laman Hubungi Kami.

Sebagai peraturan am, setiap laman haruslah boleh dicapai melalui tidak lebih daripada 2 klik daripada homepage anda. Bagi laman yang lebih besar, mungkin ini agak susah untuk dicapai. Tetapi, anda boleh tawarkan sitemap ataupun carian sitewide bagi membantu pengguna untuk mencari apa yang mereka hajati.


Informasi

Pengguna melayari laman anda kerana mereka inginkan sesuatu. Samada mereka ingin membaca artikel, mencari maklumat ataupun ingin mengambil tahu tentang servis yang anda tawarkan, apa yang penting sekali ialah bagi anda untuk menawarkan informasi yang diharapkan oleh pengguna-pengguna ini.

Laman anda perlu mempunyai maklumat yang lengkap dan mendalam mengenai apa yang mereka harapkan. Kerana itulah mereka melayari laman anda pada mulanya, kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa laman anda ada menawarkan informasi yang mereka perlukan. Adalah penting bagi anda untuk tidak menghampakan harapan pengguna anda. Jika mere berpuas hati, mereka akan datang semula ataupun memperkenalkan laman anda kepada rakan-rakan anda. Ini dapat meningkatkan lagi trafik anda, bukan?

Sememangnya ini hanyalah perkara am sahaja. Banyak lagi yang anda perlu titik beratkan bagi membina sebuah laman yang mesra pengguna. Perlahan-lahan tetapi konsisten, kita bina laman yang berkualiti :)


Isnin, 2007 Disember 03

8 Kesilapan Biasa Dilakukan Apabila Memulakan Sebuah Laman Web Baru


Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel mengenai 8 kesilapan yang biasa dilakukan apabila seseorang mahu memulakan sebuah laman web baru. Ianya lebih kepada pilihan yang anda buat. Ramai pemilik laman web telah membuat pilihan yang kurang bijak seterusnya gagal mencapai sasaran yang mereka idamkan.

Kesilapan pilihan yang saya maksudkan di sini ialah:

  1. Membeli Web hosting murah ataupun percuma - kebanyakan mereka yang baru hendak memulakan sebuah laman web akan tertarik dengan tawaran web hosting percuma ataupun murah. Walaupun dengan memilih web hosting sebegini anda dapat menjimatkan kos, namun, tetap ada kesan sampingan yang perlu anda ambil kira. Web hosting seperti ini akan turut menyertakan iklan-iklan pada laman anda dan iklan ini adalah di luar kawalan anda. Tambahan pula, web hosting seperti ini biasanya mempunyai servis yang lambat dan tidak efisyen. Web hosting yang berkualiti kini tidaklah begitu mahal. Malah, anda boleh mendapatkan web hosting yang bagus dan boleh diharap dengan harga yang berpatutan. Oleh itu, jangan terburu-buru dalam memilih web hosting. Pilih dengan berhati-hati.

  2. Tidak membeli nama domain - Jika anda mahu bisnes anda dipandang serius oleh pengguna, jangan abaikan kepentingan membeli nama domain. Kebanyakan web hosting percuma turut menawarkan nama subdomain, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan platform blog. Jangan mudah berpuas hati dengan nama subdomain ini. Nama domain bukanlah mahal sangat. Tidak ada sebab mengapa anda mahu mengabaikan langkah yang satu ini.

  3. Tidak membeli nama domain yang sesuai - Membeli nama domain yang tidak sesuai kesannya sama lah seperti tidak membeli nama domain. Saya faham, dengan berjuta-juta laman web di luar sana, bukan mudah untuk mendapatkan nama domain pilihan anda. Walau apa pun nama yang putuskan, jangan pilih nama yang terlalu panjang dan sukar untuk diingati oleh pengguna. Lebih baik lagi jika anda dapat sertakan sekurang-kurangnya satu kata kunci di dalam nama domain anda. Serta jauhi nama-nama yang pernah di senarai hitamkan oleh Google.

  4. Mereka laman web semata-mata untuk menarik perhatian enjin carian - Apabila anda terlalu tertumpu untuk mendapatkan ranking yang tinggi di dalam enjin carian, anda sering kali terlupa akan pengguna yang sebenar iaitu… manusia! Jangan terlalu mementingkan robot-robot enjin carian sehingga anda mengabaikan kepuasan pengguna yang melayari laman anda.

  5. Menitik beratkan rupa laman lebih daripada isi kandungan - Kebanyakan pemilik laman web terlalu seronok menghias laman web mereka sehinggakan isi kandungan mereka terabai. Memanglah sesebuah laman web itu perlu kelihatan cantik, namun isi kandungan juga merupakan satu faktor yang penting. Jangan terlalu berlebih-lebih dalam menghias laman anda sehinggakan isi kandungan anda tenggelam.

  6. Tidak memberi perhatian kepada sasaran market - Setiap laman web dibina untuk sasaran market tertentu. Apabila anda seronok membina laman anda, jangan terlalu ikutkan hati dan terlupa akan sasaran market anda. Sebaiknya, reka laman anda berdasarkan apa yang sasaran market anda mahu, bukan mengikut cita rasa anda semata-mata. Apa yang anda patut lakukan ialah memberikan apa yang pelanggan anda mahukan.

  7. Navigasi yang tidak bagus - Saya paling tidak suka melayari laman web yang mempunyai navigasi yang kucar-kacir. Ianya menyusahkan pengguna untuk mencari maklumat yang diperlukan. Susun navigasi laman web anda dengan teratur dan jika laman anda merupakan laman web yang besar, saya galakkan anda menyertakan sebuah sitemap.

  8. Mensasarkan kata kunci ataupun keyword yang tidak efektif - Antara cara untuk menarik trafik ke laman anda ialah dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dan efektif. Ini memerlukan kajian yang menyeluruh dan beberapa eksperimen. Terdapat pelbagai alat yang ditawarkan yang boleh membantu anda dalam hal ini, ssalah satunya ialah Google Keyword Tool.
Pastikan sebelum anda memulakan sesebuah laman web, buat kajian menyeluruh berkenaan dengan kelapan-lapan kesilapan ini agar anda tidak turut membuat pilihan yang salah.


Jumaat, 2007 November 16

Bertahan Semasa di dalam Google Sandbox


Walaupun Google Sandbox merupakan satu faktor yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana pemilik laman web, masih ada langkah-langkah dan tips yang boleh anda amalkan bagi memastikan ianya tidak akan ‘membinasakan’ laman web anda sekaligus menutup peluang anda untuk menjana pendapatan.

Sebelum kami berkongsi tips dengan lebih lanjut, biar kami ingatkan anda terlebih dahulu berkenaan dengan peraturan am yang perlu anda fahami iaitu: tiada siapa boleh mengelak daripada sandbox ini. Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan ialah menyesuaikan diri dan tunggu bagi tempoh ini berlalu. Jangan sekali-kali cuba untuk menggunakan helah-helah yang tidak beretika kerana ianya hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar untuk diri anda sendiri.

Teradap beberapa inisiatif yang boleh anda amalkan seperti:

  • Kumpul isi kandungan dan link-link yang bagus secara aktif – sementara menunggu masa berlalu, seeloknya cuba kumpulkan isi kandungan yang original dan link-link yang berkualiti yang boleh membantu anda. Jangan lupa, pastikan link-link anda berasal daripada sumber-sumber yang dipercayai contohnya DMOZ. Lebih baik lagi jika anda mendapat link daripada laman-laman .edu, .gov dan .mil kerana laman-laman ini biasanya terkecuali daripada tempoh percubaan sandbox. Namun begitu, janganlah pula anda menempatkan 500 link dalam sebulan kerana ini boleh memusnahkan laman anda! Sebaliknya, bina link-link ini perlahan-lahan tetapi konsisten.
  • Rancang kehadapan – ramai yang percaya, untuk melancarkan sesebuah laman web mereka perlu menyiapkan kesemua laman web terlebih dahulu. Sebaliknya, lancarkan beberapa laman terlebih dahulu bagi memulakan tempoh sandbox mula lebih awal. Siapa tahu, apabila keseluruhan laman web anda dilancarkan, tempoh sandbox untuk laman tersebut boleh jadi hampir berakhir.
  • Beli nama domain lama ataupun yang sidah tamat tempoh – kesan sandbox lebih serius ke atas domain dan laman baru. Jadi, jika anda beli domain yang lama dan sudah tamat tempoh pendaftarannya dan gunakannya ke atas laman anda, ia dapat mengurangkan masalah anda.
  • Tumpukan perhatian ke atas keyword yang kurang popular – walaupun laman anda berada di dalam sandbox, ianya tidaklah bermakna Google tidak mengindeks laman anda langsung. Sebaliknya, anda boleh mengatasi keputusan carian dari mula lagi! Bagaimana? Dengan memanfaatkan keyword yang kurang popular dan kurang saingannya.
  • Bergantung lebih pada enjin carian lain untuk meningkatkan trafik – Jangan lupa, Google bukanlah satu-satunya enjin carian yang ada di luar sana. Oleh itu, sementara berada di dalam Google sandbox, manfaatkan enjin carian lain yang kebanyakannya tidak secerewet Google.


Khamis, 2007 November 15

Apa itu Google Sandbox?


Memang sudah menjadi lumrah bagi seseorang yang baru hendak mencuba tangan di dalam sesebuah market, pasti ada halangan-halangan yang perlu mereka tempuhi dan atasi. Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia enjin carian, halangan yang harus mereka tempuhi ialah sesuatu yang dipanggil sandbox, di mana ianya merupakan satu tempoh jangka waktu yang perlu dilalui oleh laman anda yang masih baru sebelum ianya betul-betul diiktiraf oleh Google dan tersenarai di tempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, sandbox merupakan tempoh waktu di mana laman anda berada di dalam tempoh percubaan.

Di dalam tempoh ini, tidak kira betapa bagusnya isi kandungan di dalam laman anda, Google tetap tidak akan memberi ranking yang tinggi. Sementara itu, dalam masa yang sama di enjin carian lain seperti MSN ataupun Yahoo, ranking laman web anda jauh lebih baik. Namun, di Google, tempoh percubaan ini boleh berlarutan dari sebulan hinggalah ke lapan bulan, bergantung pada budi bicara Google sendiri.

Memanglah secara kasar, ianya seperti tidak adil. Tapi, ada sebab di sebalik tempoh sandbox ini. Dengan taktik-taktik seperti membeli link, memaparkan isi kandungan yang sama di merata laman web dan memanipulasikan keyword yang berleluasa di internet kini, adalah penting bagi Google untuk menjaga dan memastikan keputusan enjin carian sentiasa berkualiti dan relevan untuk pengguna internet. Sandbox berfungsi untuk mengurangkan kegiatan yang menggunakan helah-helah pemilik laman web yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Seperti yang kami katakan tadi, tempoh sandbox berlarutan dari sebulan hingga ke lapan bulan. Ianya bergantung pada budi bicara Google sendiri. Sesetengah laman berada di dalam tempoh sandbox ini lebih lama berbanding laman yang lain. Ianya di luar kawalan pemilik laman web sepenuhnya. Walaubagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh membantu anda untuk bertahan di sepanjang tempoh sandbox ini di mana akan kami bincangkan di post seterusnya!


Rabu, 2007 November 07

Laman Web Anda Sebagai "Kedai"


Seorang pelanggan masuk ke kedai, meninjau-ninjau produk di rak-rak, menilik sesebuah barang, menimbangkan harga yang dipaparkan, memilih produk yang digemari, kemudian pergi ke kaunter bayaran untuk membeli barang tersebut. Maka, jika anda ingin menjual sesebuah produk secara online, laman anda haruslah mempunyai struktur e-commerce dan mengandungi kemudahan-kemudahan seperti berikut:

• Anda perlu menyediakan kandungan dan gambaran produk yang lengkap seperti saiz, dimensi, warna dan perbandingan dengan produk lain yang serupa. Laman anad harus membolehkan pengguna untuk memilih produk, mendapatkan harga yang sebenar dan kos penghantaran serta menyudahkan transaksi serta mendapat nombor tempahan dan invois melalui email. Juga benarkan pengguna untuk memilih cara penghantaran yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

• Anda harus menerangkan kepada pengguna samada barang yang dipaparkan itu ada di dalam stok ataupun akan dihantar mengikut tempahan sahaja. Lebih penting lagi, pengguna harus boleh berkomunikasi dengan anda melalui email ataupun live help bagi memudahkan mereka untuk bertanya. Jika anda ingin menyediakan kemudahan live chat, terdapat software yang menawarkan kemudahan tersebut.

• Pastikan link ‘costumer service’ di laman anda mudah untuk dicari oleh pengguna supaya mereka tidak perlu tercari-cari.

• Sertakan juga bahagian ‘tentang kami’ dan bahagian yang menerangkan tentang polisi syarikat anda. Jika anda turut mempunyai keterangan menganai privasi dan polisi kepuasan pengguna, ianya akan menggalakkan kepercayaan pengguna terhadap syarikat anda.

• Anda juga boleh paparkan kata-kata pujian daripada pelanggan yang lalu bagi menunjukkan kepada pengguna lain bahawa syarikat anda mempunyai pelanggan yang gembira dengan produk ataupun servis yang anda tawarkan. Ini boleh meningkatkan kredibiliti laman anda di mata pengguna.

• Sediakan bahagian maklumat FAQ yang menerangkan perihal seperti polisi pulangan, jaminan, kos penghantaran dan bayaran untuk insuran jika ada.

• Jika anda mahu, anda juga boleh menawarkan katalog yang dicetak bagi pengguna-pengguna yang lebih gemar membuat keputusan melalui katalog.

• Jangan buat pengguna bosan dan marah dengan memaparkan produk yang bertanda ‘habis’ ataupun laman yang memaparkan ‘under construction’ ataupun ‘akan datang’.

• Tambah kandungan baru dari masa ke semasa bagi memastikan pengguna tidak bosan melihat produk yang sama sahaja.

• Jika laman anda mengandungi ‘date tag’ ataupun ‘cadangan terkini’, pastikan maklumat ini sentiasa dikemas kini agar laman anda tidak kelihatan seperti tidak dilayari oleh orang ramai.


Isnin, 2007 November 05

Servis Web Hosting dan Nama-nama Domain


Memilih nama domain yang sesuai dengan laman anda merupakan satu langkah yang amat penting. Jangan sesekali memilih nama yang kedengaran kelakar, bodoh dan terlalu susah untuk disebut. Pastikan nama domain anda mudah untuk diingati oleh pengguna.

Seperkara lagi yang perlu anda ingat iaitu menempatkan laman web dan nama domain di bawah server seperti Geocities ataupun AOL mungkin boleh menjimatkan kos. Namun, kebanyakan enjin carian tidak akan memberi perhatian kepada laman-laman seperti ini yang dianggap sebagai laman yang bertempatkan di server-server percuma atau murah.

Nama domain yang lebih profesional dan melambangkan perniagaan ataupun nama syarikat anda akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada enjin carian kerana laman-laman seperti ini akan kelihatan lebih stabil di mata pengguna.

Membeli nama domain tidaklah mahal di mana ianya boleh didapati di bawah harga $100 dan terdapat banyak syarikat di luar sana yang menawarkan pendaftaran nama domain bagi pihak pemilik laman sekiranya nama yang yang anda pilih masih tidak digunakan oleh pemilik laman lain.

Dengan menggunakan kata kunci di dalam nama domain anda juga boleh meningkatkan lagi kemungkinan bagi laman anda untuk dijumpai oleh pengguna melalui enjin carian. Contohnya, asampedas.com akan menjadi lebih efektif berbanding dengan asam-pedas-nenek.com.

Anda juga boleh memilih dan mendaftar lebih daripada satu domain mengguna kata kunci yang bersesuaian dan menggunakan nama domain tersebut ke laman yang dipanggil ‘doorway’ site kemudian link kan domain itu ke laman utama anda. Tetapi, setiap domain akan mempunyai bayaran bulanan ataupun tahunan yang berbeza. Ianya bergantung pada kos, saiz perniagaan dan saingan anda.

Walaubagaimanapun, jangan lupa bahawa sesetengah enjin carian akan mengenepikan laman-laman yang menggunakan lebih daripada satu domain ataupun laman-laman ‘doorway’. Oleh itu pastikan anda turut memuatkan maklumat dan isi kandungan yang bersesuaian di dalam laman ‘doorway’ tersebut. Anda juga boleh mendaftarkan lebih daripada satu email yang mengandungi nama syarikat anda. Ini akan membuatkan perniagaan anda kelihatan lebih profesional. Contohnya, apabila pelanggan menerima email daripada servis@komputerinterprise.com mereka akan merasa lebih yakin.

Tidak kira lah bagaimana anda menguruskan email-email ini, yang penting pelanggan-pelanggan anda rasa lebih terjamin.


Ahad, 2007 November 04

Mendaftarkan Laman Web Anda di Enjin-enjin Carian


Jika anda mempunyai perniagaan berasaskan laman web ataupun mempunyai sumber penjanaan pendapatan melalui laman web, maka cara yang terbaik untuk mengiklankannya ialah dengan mendaftarkan laman tersebut di enjin-enjin carian. Hasilnya adalah lebih baik daripada mengiklankan melalui radio, surat khabar, iklan banner, email, newsletter dan sebagainya. Walaupun cara-cara ini juga berhasil, namun ianya tidak setanding dengan enjin carian.

Berjaga-jaga dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat untuk mendaftarkan laman anda di beratus-ratus enjin carian kerana kebanyakannya merupakan janji-janji palsu sahaja. Lebih baik jika anda melakukannya sendiri secara manual ataupun mengupah pakar untuk melakukannya bagi pihak anda dengan menghubungi enjin carian dan direktori-direktori tersebut.

Sebelum anda mendaftar, pastikan laman anda lengkap dengan rekaan dan maklumat yang profesional dan mempunyai kandungan yang relevan. Jangan daftarkan laman-laman yangv hanya separa siap. Ketika mendaftar pula, pastikan anda memberi maklumat yang menarik dan betul tentang laman anda, keyword dan maklumat-maklumat yang ingin anda sebarkan kepada pengguna termasuklah nama dan maklumat untuk menghubungi perniagaan anda.

Pendaftaran ke enjin-enjin carian tidak akan menjamin laman anda akan di senaraikan serta-merta dan ranking anda akan menjadi tinggi dalam masa yang singkat. Jangan lupa, setiap hari beribu-ribu laman web baru didaftarkan dan ianya akan mengambil masa bagi laman anda untuk disemak. Satu lagi factor penting yang harus anda ingat ialah untuk menyertakan sekali site map bagi laman anda bagi memudahkan lagi proses enjin carian untuk menyemak laman anda. Enjin carian seperti Google biasanya tidak gemarkan laman web yang tidak mengandungi site map.

Terdapat pelbagai-bagai syarikat yang menawarkan servis pendaftaran ke enjin carian. Terpulanglah pada anda untuk memilih pakej-pakej yang ditawarkan ataupun melakukannya sendiri.

Jika anda mahukan bantuan pakar, cuba layari laman-laman seperti:

http://www.addpro.com/professional_submission

http://www.submitawebsite.com/aboutus.html

Berikut merupakan senarai enjin carian yang popular serta direktori yang menerima pendaftaran laman web:

Enjin Carian
Go.com/InfoSeek AltaVista
Google, HotBot
Excite/Webcrawler

Direktori
AOL Search Inktomi
Lycos Open Directory
MSN, Yahoo!
LookSmart Snap

Selain daripada apa yang kami senaraikan di atas, terdapat beribu-ribu enjin carian dan direktori di luar sana. Cuba layari laman-laman di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

http://websearch.about.com/library/searchengine/blsearchenginesatoz.htm

http://websearch.about.com/library/tableofcontents/blsearchenginetableofcontents.htm


Isnin, 2007 Oktober 22

Komisyen Program Affiliate – Lebih Tinggi Lebih Bagus.


Cara bagus untuk mengetahui samada program affiliate yang anda sertai itu benar-benar serius dalam komisyen program affiliate ini adalah peratusan mereka bayar kepada anda. Jika seseorang memberikan anda komisyen 10% dan mereka menyimpan yang selebihnya, dan anda harus bertanya kepada diri anda, “adakah saya patut memasuki program affiliate ini?”.

Satu dari program affiliate yang saya masuki baru-baru ini membayar 45% komisyen kepada affiliatenya dan lagi 10% komisyen kepada 2nd tier. Itu 55% komisyen! Mereka hanya menyimpan 45% sahaja, dan dari sini juga mereka mengambil segala kos mereka. Samada mereka sudah hilang akal ataupun mereka benar-benar bijak!

Dengan menawarkan jumlah komisyen yang lebih tinggi, mereka sebenarnya menjemput lebih ramai pengunjung untuk memasuki program affiliate mereka. Ini bermaksud mereka dapat menjual dengan kadar yang tinggi. Dengan jumlah kadar yang tinggi ini mereka mampu untuk memberi komisyen yang tinggi.

Oleh kerana mereka memberikan affiliate mereka komisyen yang tinggi ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar yakin dengan produk dan servis dan keupayaan ia untuk dijual.

Affilate ini melakukan kesemua pre-selling, semua kerja keras, menarik segala perhatian ke laman web ini. Anda mestilah mahukan ganjaran untuk segala kerja ini kan? Saya amat jarang bersetuju menerima komisyen 10%, sekurang-kurangnya haruslah 20% keatas dan mestilah nilai wang yang berbaloi dengan usaha.

Dengan pembayaran peratusan yang besar ini anda akan dapat memperolehi komisyen berpatutan. 40% dan bonusnya. Dengan program affiliate besar sebeginilah yang memastikan baki bank anda melonjak naik setiap hujung bulan.


Ahad, 2007 Oktober 07

Membina Konsep Bisnes Internet yang Memberi Keuntungan


Langkah pertama untuk memulakan suatu perniagaan secara online ialah dengan membina satu tajuk bagi laman web anda.

Anda harus memilih daripada tajuk-tajuk yang menarik minat anda kerana anda harus menulis kandungan yang baru kedalam laman web anda.

Terlalu ramai webmaster baru yang membuat kesilapan dengan menulis kandungan ynag mereka fikirkan akan memberikan keuntungan banyak kepada mereka daripada kandungan mereka minati.

Mereka menghabiskan masa dengan memikirkan bagaimana untuk mengaut keuntungan melalui laman web mereka sebelum mereka mendapat pengunjung.

Apakah kesimpulannya?

Suatu laman web yang terlalu komersial. Anda harus ingat bahawa pengunjung melawat laman web anda untuk mendapatkan informasi bukan untuk melihat segala macam jualan anda.

Apa yang anda pelajari?

Jika anda ingin menjadi seorang ahli perniagaan web yang berjaya, anda harus menyediakan laman web anda dengan pelbagai maklumat dan kandungan berinformasi yang berkaitan dengan keyword anda.

Tanya diri anda, adakah anda tertarik untuk membeli produk dari laman web yang penuh dengan segala macam iklan, banner dan link bagi mengaut keuntungan mereka ataupun daripada laman web yang anda dapati sangat berguna kepada anda, yang memberikan anda sumber informasi dan laman web yang selalu anda kunjungi?

Bina kepercayaan pengunjung anda dengan memberikan mereka nilai kandungan yang original dalam laman web anda. Jika anda memilih tajuk yang menarik minat anda dan yang anda paham ini akan menjadikan lebih mudah bagi anda untuk membina kandungannya.

Semasa membina konsep laman web anda, pilih diantara 4 ke 5 topik pada permulaannya. Kemudian pilih diantara topik ini yang mana paling dapat memberikan anda keuntungan melalui teknik analisis keyword.

Kelebihan utama dalam menulis kandungan original anda ialah enjin carian sukakannya! Jika anda inginkan target percuma ke laman web anda (sudah semestinya!) mempunyai sebuah laman web yang penuh dengan informasi membuatkan enjin carian sukakannya.

Semasa anda membuat laman web anda yang penuh dengan nilai info itu, anda akan dapati banyak laman web lain yang akan memberi link ke laman web anda. Ini akan memberikan target percuma ke laman web anda sekaligus menaikkan ranking anda dalam enjin carian bergantung kepada kualiti laman web yang link dengan laman web anda.

Enjin carian melihat sebarang backlink ke satu laman web sebagai berapa popularnya sesebuah laman web tersebut. Jika anda mempunyai banyak backlink ke laman web anda, anda semestinya pentingkan? Banyak yang perlu dipelajari mengenai subjek ini yang melangkaui rencana ini.

Pengunjung ke laman web anda sudahpun dipre-sold (iaitu mempunyai minda terbuka untuk membeli), kerana backlink yang anda terima diperolehi melalui “laman web berkaitan” atau daripada “carian Internet”, didapati daripada keyword berkaitan dengan kandungan laman web anda.

Tambahkan link bagi produk dan servis yang anda sedang tawarkan dalam kandungan laman web anda dan anda akan mempunyai tool yang berkesan.

Strategi ini tidak akan menjadikan anda kaya sekelip mata tetapi memberikan anda situasi stabil bagi mendapatkan ramai pengunjung yang telah dipre-sold, sasaran pengunjung bagi jangkamasa 3 ke 6 bulan.


Isnin, 2007 Oktober 01

Mencari Masalah Untuk Diselesaikan Melalui Forum - Forum Online


Niche marketing secara amnya berfungsi sebagai penyelesaian masalah pengguna-pengguna dan membantu membuatkan kehidupan mereka berjalan dengan lebih lancar. Jika anda boleh menawarkan produk ataupun servis yang berkaitan dengan garis panduan ini, maka anda akan mempunyai niche market yang berjaya dan memperolehi senarai bakal pelanggan yang panjang dalam masa yang singkat.

Apa yang pengguna anggap sebagai ‘masalah’ merupakan satu aspek yang luas. Ianya boleh jadi perkara-perkara seperti bagaimana hendak menggantung gambar di dinding, bagaimana hendak bermain golf ataupun bagaimana hendak menghadapi penyakit kanser dan sebagainya.

Satu cara yang bagus untuk anda mengambil tahu mengenai masalah-masalah yang biasa di hadapi oleh pnegguna ialah dengan melayari forum-forum online. Di sini, pengguna selalu berbincang tentang perkara-perkara yang mereka tidak mahu perbincangkan dengan kawan-kawan ataupun keluarga kerana mereka tidak mahu dikenali. Mereka mencari jalan penyelesaian melalui forum-forum di atas sebab yang sama. Dengan melawati forum-forum ini, anda boleh mendapatkan idea mengenai apa yang boleh anda tawarkan untuk membantu pengguna-pengguna ini. Produk atau servis apa yang sesuai untuk mereka. Anda boleh mendapat idea perihal topik yang boleh anda gunakan. Dari situ, anda boleh cipta satu artikel berkenaan dengan topik tersebut. Dengan cara ini, anda bolehlah mencipta laman web untuk niche marketing, sekaligus menawarkan penyelesaian kepada pengguna-pengguna tadi.

Satu lagi cara untuk memanfaatkan forum bagi membantu anda membina market niche anda ialah dengan menyertai forum tersebut dan berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain. Tanya soalan-soalan dan berinteraksi dengan mereka. Seterusnya, anda boleh gunakan maklum-balas mereka untuk mengumpulkan maklumat dan menulis sebuah e-book berkenaan topik yang anda pilih. Pengguna gemar membeli e-book yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah mereka.


Khamis, 2007 September 27

Apa yang Anda Perlukan Untuk Menjual Produk Informasi


Jika anda ingin mencipta produk informasi yang hebat dan berupaya untuk menjana pendapatan dari rumah, anda bukanlah keseorangan. Ramai lagi di luar sana yang mengharapkan perkara yang sama. Tidak perlu lagi bangun awal pagi, bersesak – sesak di dalam bas ataupun terperangkap di dalam kesibukan trafik untuk ke kerja, berhadapan dengan majikan yang garang. Indahnya angan-angan! Tapi, jika kena caranya, angan-angan ini tidak mustahil untuk menjadi reality. Syaratnya, anda perlulah berusaha terlebih dahulu. Niche market untuk produk berinformasi bukanlah sesuatu yang tumbuh merata-rata.

Pertama sekali yang anda perlukan ialah idea. Sesuatu subjek ataupun topik, yang boleh mengisi keperluan pengguna, boleh menyelesaikan masalah, ataupun memperbaiki kehidupan seseorang dalam sesebuah komuniti dan populasi am. Sebenarnya, anda dikelilingi idea jika anda betul-betul beri perhatian. Ambil diri anda sebagai contoh. Apa masalah terbesar anda? Adakah sahabat-sahabat ataupun mereka disekeliling anda mempunyai masalah yang sama? Ataupun adakah anda mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi ataupun aktiviti? Perkara-perkara seperti inilah jika anda ambil kira dan beri perhatian akan memberikan anda idea yang baik bagi mencipta sesebuah produk informasi. Oleh itu, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialahh mengenal pasti sesebuah topik dan seterusnya pasaran.

Kemudian, buat kajian mengenai topik yang anda pilih. Tidak semua topik ataupun produk boleh menjana keuntungan. Cara yang terbaik untuk membuat kajian ialah dengan membaca dan menemu bual mereka yang berjaya dalam industri ini. Niche marketer yang bagus dengan mudahnya dapat mengenal pasti topik yang berpotensi dengan sekali pandang sahaja. Malu bertanya, sesat jalan. Oleh itu, tanya. Baca. Dan kaji.

Apabila anda sudah mempunyai idea, membuat kajian yang menyeluruh, dan mengenal pasti market untuk produk anda, selebihnya bergantung pada usaha anda dalam mencipta produk, membina laman web yang bagus dan mempromosikannya.


Isnin, 2007 September 24

Ke Kedai Buku Untuk Mengenal Pasti Produk “Panas”


Kini, hampir semua orang menggunakan internet untuk membaca, mencari maklumat dan membuat kajian. Walaubagaimanapun, bagi bahan bacaan seperti buku cerita ataupun fiksyen, kita masih lagi menggunakan buku seperti biasa. Agak ganjil rasanya jika anda mahu membaca buku cerita melalui komputer. Lain pula perihalnya dengan kajian, ramai yang memilih untuk menggunakan internet.

Kebiasaannya, pengguna akan membeli buku-buku “how-to” yang mengajar cara-cara untuk membuat sesuatu seperti hobi dan buku yang boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, salah satu cara yang boleh membantu anda untuk menentukan produk “panas” untuk niche marketing ialah dengan pergi ke kedai buku.

Pergi ke kedai buku dan ambil perhatian buku-buku non-fiction yang dijual. Fokuskan tumpuan anda pada buku-buku berunsurkan “how-to” ataupun buku-buku “self-help”. Jika boleh, tanya pemilik kedai ataupun mereka yang berkerja di situ mengenai buku apa yang selalu dibeli. Dengan ini, anda akan dapat menentukan buku yang mana yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Cara lain ialah dengan melayari laman-laman yang menjual buku secara online. Di sini, tentunya tiada siapa yang boleh anda tanya, tapi, jika kena caranya, anda akan boleh lihat buku apa yang selalu dijual.

Anda mungkin tertanya-tanya, apa kena mengena buku-buku ini dengan niche marketing? Dengan memastikan buku “how-to” ataupun “self-help” yang mempunyai permintaan yang tinggi, anda dapat mengenal pasti produk yang “panas” pada waktu itu. Produk apa yang sentiasa dicari-cari oleh kebanyakan pengguna. Dengan berbekalkan maklumat ini, anda bolehlah mencipta laman niche marketing yang menarik perhatian pengguna-pengguna di luar sana.


Ahad, 2007 September 23

Bagaimana Untuk Memperbaiki Produk Yang Sedia Ada


Anda mungkin sudah sedia mempunyai sebuah laman web untuk niche marketing tetapi tidak menjana jualan dan pendapatan seperti yang anda harapkan. Atau anda mungkin tidak menyedari sama sekali bahawa produk yang anda jual itu sebenarnya merupakan produk yang tergolong dalam niche market. Apa yang anda perlukan ialah sedikit perubahan dalam strategi dan taktik anda bagi membantu laman anda untuk berfungsi dengan lebih baik. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ikuti bagi memperbaiki penampilan produk anda.

Langkah #1: Sememangnya seseorang itu tidak boleh memuaskan hati setiap manusia di muka bumi ini. Dan sememangnya, anda juga tidak akan dapat menjual kepada semua orang! Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih sasaran market yang bersesuaian, tentukan produk anda sebagai produk niche marketing dan dari situ anda bolehlah mempromosikannya dengan bijak.

Langkah #2: Boleh jadi anda terlupa akan satu faktor penting dalam memperbaiki produk anda. Bertanyakan pendapat pengguna. Pengguna, seperti yang kita semua tahu merupakan golongan yang menggunakan produk atau servis yang ditawarkan. Oleh itu, mereka lebih mengetahui akan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk lebih daripada anda sendiri. Hargai pendapat mereka.

Langkah #3: Perhatikan pesaing-pesaing anda. Ambil sedikit masa dan usaha untuk meninjau produk atau servis yang mereka tawarkan. Ambil tahu akan kekurangan dan kelebihan mereka. Lebih elok lagi jika anda ambil tahu tentang apa yang tidak mereka tawarkan dan guna peluang itu untuk menarik pengguna.

Langkah #4: Adakah anda menetapkan harga yang berpatutan? Dengan meletakkan harga yang terlalu rendah akan memberi satu gambaran pada pengguna bahawa produk anda tidak berkualiti manakala jika harga produk anda terlalu mahal, pengguna akan menjadi tawar hati untuk membeli. Oleh itu, fikir masak-masak apabila mahu menetapkan harga.


Sabtu, 2007 September 22

Mengkaji dan Mencari Niche Anda Di Internet


Terdapat satu prinsip yang perlu anda patuhi untuk memilih produk ataupun servis yang ingin anda promosikan dalam “niche market”. Produk atau servis yang dipilih harus mempunyai permintaan dari pengguna. Apa yang anda mahu ialah menawarkan sesuatu yang diperlukan oleh pengguna, sesuatu yang akan membuat mereka rasa lebih menarik ataupun lebih baik. Sesuatu yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.

Setelah anda memutuskan produk ataupun servis yang anda mahu promosikan, anda perlu buat kajian yang lebih mendalam mengenai pengguna-pengguna yang anda mahu sasarkan. Apa yang anda perlu tahu ialah di mana mereka selalu menghabiskan masa mereka secara online, apa kegemaran mereka dan apa yang boleh menarik perhatian mereka. Terdapat sejenis program untuk niche marketing yang boleh membantu anda untuk menjawab soalan-soalan ini sekaligus membawa anda kepada market niche anda.

Satu lagi perkara yang anda perlu ambil tahu ialah harga yang berpatutan untuk produk anda. Untuk menetapkan harga, anda bolehlah pergi ke laman-laman web yang menawarkan produk ataupun servis yang serupa dengan apa yang anda tawarkan. Buat perbandingan melalui laman-laman ini. Dengan ini anda dapat menentukan harga dengan bijak.

Sekiranya anda boleh memastikan pengguna-pengguna yang sanggup berbelanja demi untuk mendapatkan produk atau servis yang anda tawarkan, bermakna anda mempunyai sasaran market yang boleh membantu anda untuk menjana pendapatan di dalam niche marketing. Kadang kala ianya memerlukan sedikit kreativiti untuk membuatkan produk anda kelihatan lebih menarik kepada pengguna berbanding dengan produk pesaing anda. Kunci untuk semua ini ialah, kajian demi kajian. Semoga berjaya!


Jumaat, 2007 September 21

Adakah Minat dan Hobi Anda Bermakna dan Berguna?


Adakah hobi anda dapat memberi faedah di dalam hidup anda? Adakah ianya berguna buat anda? Jika hobi anda tidak terlalu pelik dan berlainan daripada resam manusia, maka sememangnya ia boleh memberi keuntungan buat anda. Ramai orang di luar sana yang suka untuk berkongsi minat ataupun hobi mereka antara satu sama lain.

Terdapat sejenis marketing yang dipanggil “niche marketing” di mana hobi ataupun minat seseorang merupakan satu komponen yang penting di dalam bidang ini. Kebanyakan niche marketer di luar sana merupakan golongan yang memanfaatkan hobi ataupun minat mereka menjadi sebuah sumber pendapatan yang berjaya. Asas kejayaan mereka, tidak lain dan tidak bukan, hobi dan minat mereka sendiri.

Untuk membina sebuah laman untuk niche marketing sememangnya mengambil masa yang agak panjang serta dedikasi yang mendalam. Oleh itu, melainkan anda betul-betul berminat mengenai topik laman web yang anda pilih, agak susah bagi seseorang itu untuk tetap fokus dan bersemangat untuk meneruskan dan mengembangkan laman tersebut. Oleh itu, minat dan dedikasi merupakan dua asset yang paling penting. Anda haruslah menerima kenyataan bahawa ianya bukannya mengambil masa sekelip mata laman web anda mula menjana keuntungan. Teruskan berusaha merupakan satu-satunya cara bagi anda untuk berjaya di dalam Niche Marketing.

Tidak mustahil bagi anda untuk membina sebuah laman niche marketing yang menjana keuntungan yang banyak berasaskan hobi ataupun minat anda terhadap sesuatu. Jika anda boleh menentukan “niche” anda, pastikan pengguna berminat untuk membeli produk ataupun servis yang anda sediakan, dan pastikan anda menyasarkan pengguna yang turut mempunyai minat yang sama dengan apa yang laman anda tawarkan. Tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh memanfaatkan minat ataupun hobi anda kepada sesuatu yang boleh menjana pendapatan internet. Bayangkan, anda boleh membuat untung dalam masa yang sama anda boleh mendalami hobi ataupun minat anda. Siapa yang tak nak?


Khamis, 2007 September 20

Cara Untuk Memperbaiki Jualan Melalui Laman Web Anda.


Sesiapa yang mejalankan bisnes di internet faham bahawa trafik ke laman web merupakan nadi perniagaan mereka. Lebih ramai pengunjung bermakna lebih ramai jualan. Bagaimanapun ada beberapa cara untuk memperbaiki laman web anda untuk meningkatkan jualan dengan bilangan pengunjung yang sedia ada.

Cara pertama dengan memasukkan sentuhan peribadi dalam pesanan jualan (sales message) anda. Tiada siapa yang mahu digesa untuk membeli sesuatu daripada orang yang tidak dikenali, tapi ramai orang akan membeli apa yang disyorkan oleh kenalan rapat mereka. Jika anda dapat membuat pengunjung anda percaya yang anda adalah kawan yang baik yang juga memikirkan kepentingan mereka, mereka akan membeli produk anda. Jangan bercakap seperti anda bercakap dengan orang ramai, tetapi bercakap secara personal dengan pengunjung anda dalam sales letter anda.

Cara kedua ialah dengan mengeluarkan testimonial dan komen daripada pelanggan anda. Cara terbaik ialah dengan mengeluarkan kedua-dua komen baik dan kelemahan, dengan cara ini pelanggan akan yakin bahawa komen-komen ini adalah benar. Apabila pelanggan melihat testimonial dan komen didalam website anda mereka akan lebih yakin untuk membeli daripada anda kerana manusia banyak mengikut kata hati mereka. Apabila orang lain telah membeli dan membuktikan produk itu bagus, mereka akan membelinya juga.

Gunakan persembahan visual bagi segala permasalahan dan jalan penyelesaian yang diperlukan bagi produk anda. Bukan semua orang akan membaca rencana anda sampai habis, tapi kebanyakan orang akan memberi perhatian kepada imej didalam website anda.

Tawarkan bonus dalam produk tersebut. Jika anda menawarkan bonus yang melengkapkan produk anda, mereka akan merasakan yang ini adalah tawaran terbaik dan melepaskannya adalah tindakan yang merugikan. Pastikan anda memasukkan sekali nilai harga bonus anda itu supaya pelanggan lagi teruja untuk membeli produk anda, tetapi janganlah pula begitu melampau sehingga ianya nampak seperti memperbodohkan pelanggan anda.

Akhir sekali jangan lupa akan penjualannya. Ramai peniaga menarik perhatian pelanggan dengan kelebihan produk, menjualnya dengan cerita bagaimana produk itu telah membantu pelanggan lain, dan juga memberi bonus terbaik tetapi mereka lupa untuk mendapatkan jualannya. Beri arahan jelas bagaimana untuk membeli produk anda (contohnya: “tekan disini untuk memesan”).


Viral Marketing – Mengabaikannya Boleh Merugikan Bisnes Internet Anda.


Kreativiti...

Kreativiti adalah satu kelebihan yang harus seseorang miliki untuk bersaing dalam perniagaan internet hari ini. Dengan begitu banyak persaingan yang terdapat di internet, setiap kaedah pemasaran harus digunakan dan diterapkan.

Tidak kira jika anda mempunyai produk yang bagus atau rekaan website yang sangat menarik, jika orang tidak tahu akan kewujudan anda, anda tidak akan berjaya. Lebih teruk, bisnes anda boleh mati dengan begitu sahaja.

Walaupun terdapat banyak cara dan format yang digunakan oleh kebanyakan laman web e-commerce hari ini, ada juga diantaranya yang dapat membantu untuk meningkatkan populariti anda. Salah satu daripadanya dinamakan, viral marketing.

Perkataan viral itu sendiri diambil daripada perkataan virus, satu perkara yang paling dihindari oleh sesiapa yamg memiliki komputer, tapi bukan virus itu yang dimaksudkan. Anda tidaklah menggunakan virus computer untuk menyebarkan perniagaan anda, itu lebih memudaratkan daripada mendatangkan kebaikan. Semua orang sudah bosan dengan segala macam spyware dan pop-up.


Gambaran Am Viral Marketing

Viral marketing yang juga dikenali sebagai viral advertising, adalah satu teknik pemasaran digunakan untuk memberi kesedaran kepada umum mengenai produk dan bisnes seseorang. Ianya dilakukan menggunakan berbagai – bagai jenis media untuk mendapat perhatian umum, tanpa mempromosikan produk secara langsung. Dan kerana orang ramai mendapati bahan tersebut menghiburkan, mencuit hati dan sebagainya, mereka kemudiannya menyampaikannya dan forward kepada orang lain pula.

Secara ringkasnya, viral marketing menggunakan konsep bahawa jika seseorang menyukai kandungan sesuatu media itu, mereka akan sebarkan kepada keluarga terdekat dan rakan – rakan. Bisnes internet menggunakan media tertentu, contohnya game flash, video yang lucu, cerita menarik dan sebagainya, yang pengunjung akan sebarkan media itu bersama dengan logo dan jenama bisnes, diskripsi produk atau kandungan lain untuk menolong mempromosikan bisnes dan produk itu.

Viral marketing telah menjadi satu cara pengiklanan dan pemasaran yang popular kerana ianya tidak menelan belanja yang besar. Untuk mengelak dari dikategorikan sebagai spam email, ia bergantung kepada keinginan pengunjung menyebarkan produk. Jika seseorang mengenali siapa penghantar email, mereka akan membuka dan tidak akan membuang email tersebut.

Banyak syarikat menyediakan ganjaran seperti diskaun dan rebet sekiranya pengunjung menolong menyebarkan viral marketing mereka. Mereka bergantung kepada jumlah penerima viral marketing yang dipeolehi oleh seseorang untuk menentukan sebanyak mana insentif yang akan diberikan.


Mengambil Kesempatan Terhadap Penggunaan Viral Marketing

Kelebihan paling utama dalam viral marketing ini ialah ia memberikan banyak kesedaran umum dan publisiti mengenai laman web dan bisnes anda. Anda mendapat aliran trafik dari pengunjung yang berpotensi menjadi pelanggan. Dengan sedikit kreativiti dan imaginasi, ditambah dengan beberapa ganjaran dan hadiah, anda dapat mencapai pengunjung yang ramai dan memberitahu akan kewujudan bisnes anda.

Kebanyakan laman web dan bisnes internet menggunakan viral marketing dan pengiklanan. Tidak menggunakannya boleh merugikan bisnes internet anda. Bersama dengan beberapa kaedah dan cara dalam mempromosikan laman web anda seperti search engine optimization dan sebagainya, viral marketing dapat membantu melonjakkan website anda dalam ranking enjin carian dan meningkatkan populariti.

Viral marketing merupakan cara yang berkesan untuk memberitahu pengunjung mengenai anda dan bisnes internet anda. Anda dapat membuatkan mereka menyebarkan iklan anda. Ianya juga sangat berkos rendah dan tidak mencubanya boleh merugikan anda. Ianya hanya memerlukan idea yang bagus, permainan yang menarik, cerita yang kelakar, dan banyak lagi idea yang ada. Reka gossip atau buzz, banyak filem yang dipromosikan dengan cara begini untuk menjadikannya lebih popular, ingat tak filem The Blair Witch Project?. Ceritanya taklah seberapa pun, ianya sebuah filem budget rendah. Tetapi kerana viral marketing yang berkesan, ianya mendapat kutipan yang tinggi di box-office.

Banyak syarikat besar sudah menggunakan viral marketing dan memperolehi kejayaan daripadanya. Contohnya Microsoft Hotmail. Mereka adalah syarikat besar pertama yang menggunakan kaedah ini dan sangat berkesan bagi mereka.

Sekarang adalah masa anda untuk menggunakan viral marketing dan mendapatkan hasilnya. Bertindak sekarang dan dapatkan kelebihan yang boleh diperolehi daripada viral marketing untuk anda dan bisnes internet anda.


Rabu, 2007 September 19

Mudahkan Penggunaan Laman Web Anda.


Tak kira secanggih mana pun laman web anda, jika sekiranya susah untuk mencari kandungan didalamnya, laman web anda tiada gunanya. Di sini ada beberapa tip bagi meningkatkan kepenggunaan laman web supaya memastikan ia menyediakan fungsinya secara optimal.

Pertama sekali ialah dengan memastikan typografi kandungan laman web anda bersesuaian. Jika anda menggunakan blok teks yang besar, pastikan anda menggunakan CSS bagi mengasingkan ruangnya mengikut kesesuaian. Lagi panjang sebaris teks itu, lagi tinggi line-height bagi sesuatu baris. Juga pastikan saiz font teks anda senang dibaca. Sesetengah laman web menggunakan Verdana saiz font 10, memanglah ia nampak kemas dan teratur, tetapi ia juga menyakitkan mata untuk membaca keseluruhan kandungan teks itu.

Jadikan ia suatu tugas yang senang bagi pengunjung untuk mencari kandungan dalam laman anda. Jika anda mempunyai beribu rencana dalam laman web anda dan sesetengah pengunjung mungkin hanya mahukan rencana tertentu daripada himpunan rencana yang lain itu, anda harus menyediakan satu cara praktikal bagi pengunjung berbuat demikian tanpa kerumitan. Samada ia enjin carian berteraskan SQL atau hanya glosari atau indeks rencana, penyediaan cara ini pasti dapat membantu pengunjung anda menggunakan laman web anda tanpa masalah.

Pastikan muat turun laman web anda pantas, jika anda tidak mahu kehilangan pengunjung. Kebanyakan pengguna laman web akan membuka laman lain jika dalam masa 15 saat, laman web anda tidak habis dimuat turun. Jadi pastikan bahagian utama laman web anda boleh diloadkan dengan pantas untuk mengekalkan perhatian para pengunjung.

Akhir sekali, buat percubaan dan semakan pada setiap page dan link dalam laman web anda sebelum ia diuploadkan. Tiada apa yang lebih memburukkan imej syarikat anda dari link yang rosak. Jadi beri perhatian penuh kepada hal ini.